Tuesday, 26 July 2016

SEMESTER BREAK


Assalamualaikum semua. 

Memang dah sebulan lebih tak update blog. So what? Haha masa mula-mula register blog dulu kemain semangat at least 2 minggu sekali la nak update. Sekarang pa citaaa? Huu nasib baik tak lupa yang account ni masih wujud. Ok di kesempatan ini masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Raya kan sebulan, sesiapa yang still buat open house tu jemput lah aku hoho.

So ada apa dengan semester break ni? Terisi dengan sebaiknya atau tak. Untunglah kawan-kawan yang dah bertunang dan berkahwin time cuti ni. Semoga berbahagia lah. Makan hati jugak tengok gambar korang, haha ehh takpa ada jodoh aku pun akan sampai lah ke stage tu. Cuti yang menjangkau sebulan ni hanyalah terisi dengan melepak kat rumah dan menambah berat badan. Ada lagi sebulan weh. Bosan tahap dewa sebab setakat ni aku tak buat part time apa lagi. Anyone yang memerlukan khidmat pekerja yang bukan full-time ataupun assistant boleh la contact aku, huhu amboi Mas. 

Pejam celik pejam celik dah nak masuk semester 7 aku kat UUM tu. Insyallah Februari 2017 start praktikal, tarikh pun dah keluar. Cuma sekarang ni masih dalam proses pencarian company yang menyediakan internship for Human Resource Management student. Kalau boleh aku nak intern area Penang ja, jimat kos sikit. Kalau ada sesiapa yang tahu, ejas-ejas la ye..hehe.

Cuti kali ni rasa lama sangat pulak plus tengah rindu giler kat si dia. Huhu. Rasa nak cepat habiskan lagi sebulan ni dan balik UUM untuk mulakan sem baru dengan bahagianya. HAHAHHA padahal kalau sebelum ni kemain nak extend cuti la takmau balik lagi la. Poyosss.

Setakat ni saja entri tangkap muat disebabkan lama berdiam diri. Haha jumpak kat next entri okay.