Friday, 10 June 2016

S.M.A.R.T PROGRAM

Assalamualaikum semua,

Bersempena dengan tugasan subjek Pengurusan Kejurulatihan Organisasi, 7 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung program yang aku dan ahli-ahli kumpulan dah jalankan iaitu SMART in conjuction with SK Felda Laka Selatan. Seperti yang aku dah mention kat previous entry, program ni melibatkan seramai 37 orang pelajar-pelajar Tahun 6. Objektif utama program adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar tentang kemahiran belajar yang betul, meningkatkan keyakinan diri dan semangat bekerjasama dalam kumpulan. Eh apeni macam nak buat report pulak dah, haha. 

Seawal 7.30 pagi dah gerak ke sekolah. 


Sesi pendaftaran

1st energizer, selamat pagi sayang


Slot 1 & 2 by motivator : Abang Farhaan Rahmat. Ceramah motivasi dan jugak slot pengurusan masa. Abang Ann ni ex student UUM dan sekarang tengah praktikal plus selalu dipanggil untuk ceramah motivasi kat sekolah-sekolah. Kelakar orangnya, banyak pulak tu benda nak cakap sampai tak nak stop, hehe


Btw credit untuk Abang Ann sebab sudi meluangkan masa dengan kitorang n adik-adik Felda Laka Selatan.


Meet our fasi , Kak Zana yang tengah sibuk bagi arahan huu

Pukul 2.30 petang dah start Ice breaking di mana setiap kumpulan dikehendaki memilih logo kumpulan masing-masing dan bentangkan di hadapan. Group aku ni pilih Apple. Fatin Nadia yang sebelah aku tu tanya. "Muka kak mas macam pelakon la. Nad Zainal tu" hahaha ye2 ja budak ni, sokay awak orang ke berapa dah cakap akak camtu. Hihu aduiii tang mana samanya?


Sesi pembentangan


Kak Mas & Kak Teha



Next, LDK 2 iaitu Kasut Popular. Setiap kumpulan dikehendaki hasilkan kasut dengan menggunakan kotak yang diberikan, then letak sebiji telur di dalam. Buat je macam mana cara sekalipun asalkan telur kat dalam tu tak pecah. Fasi akan lompat atas kotak tu nanti untuk uji kekukuhan kasut tersebut. 





Next game - Musang Berjanggut , untuk game ni empat jenis kacang mesti diasingkan dalam masa 15 minit. Jumlah yang paling banyak diasing akan dikira menang. Tengok tu, gigih budak-budak ni, hehe tu baru berapa jenis je dik. Cuba tengok cerita P. Ramlee tu lagi la mencabar, huhu



Fashion Show jadi penutup kepada LDK hari tu. Actually ada lagi 2 game yang kitorang nak run, tapi disebabkan masa yang tak mencukupi hanya 3 game saja yang boleh jalan. Tapi takpe la since diorang puh enjoy sampai nak main lagi. 










Alhamdulillah apa pun selesai sudah program yang menjadi keperluan untuk subjek TOT kitorang ni. Banyak lagi benda yang kena betulkan, tapi takpe kita belajar dari pengalaman kan. Seronok buat program dengan budak-budak ni. See you all next time ya! Masa korang ambik result UPSR nanti, hehe.













No comments:

Post a Comment