Tuesday, 10 May 2016

OF ONE7 TRAINERS

Assalamualaikum,

Entri harini berkisar tentang apa yang group aku dah usahakan sepanjang tempoh sebelum berlangsungnya program TOT. Apa itu One7 Trainers? Apa pulak TOT? Ok, seperti yang aku dah update kat blog awal semester ni minggu kedua lagi kitorang dah start meeting bagai. TOT stands for Training of Trainers which one of six courses yang aku ambik semester 6 ni yang memerlukan kitorang handle satu program based on training dan meliputi 60% coursework. 40% lagi untuk final exam. Fyi, subjek Management of Training For Trainers memang penting untuk HR student sebab overall memang akan berurusan dengan orang ramai plus a professional trainer must be prepared and mampu jalankan tugas serta tanggungjawab that come with the job in future. So untuk preparation why not kita ambik je, yedop?

We are One7 Trainers, one mewakili si Daus yang satu-satunya lelaki dalam group ni and 7 for the rest. Gigih ambik gambar korporat untuk banner n video presentation nanti.

Your future HR

Lepas dah deal dengan beberapa buah sekolah, in the end kitorang pilih SK (Felda) Laka Selatan, Changlun. Fokus utama program adalah untuk memberi motivasi kepada semua pelajar Tahun 6 yang akan meduduki UPSR tahun ni. So, antara inisiatif yang kitorang dah buat bagi mencari dana termasuklah jual jajan, cupcake, kek potong dan juga kerja part-time di kafe Palapes. Selebihnya hasil sponsor daripada individu, alumni dan kitorang ada jugak sumbangkan RM50 dari baucer buku setiap seorang untuk beli buku-buku latih tubi UPSR.






2 slices for RM5, kitorang kira ambik upah jual dari akak tu. Dapat la jugak beratus dalam seminggu. Memang agak meletihkan tapi semangat yang membara untuk kumpul dana bagi menjayakan projek ni, semua tu tak jadi masalah besar pun bagi kitorang. Cewah.. Bergilir-gilir kalau ada gap kelas kitorang akan jual kat Kafe Lego. Kalau hari minggu pulak jual kat kafe Dpp lain. Sama jugak macam jajan and cupcake. Lenguh kaki ketuk pintu bilik ke bilik setiap level kat Dpp Bukit Kachi tu kitorang ja yang tau. Ada yang nak beli pastu bagi sumbangan sikit, alhamdulillah la. Kalau yang taknak bukak pintu langsung tu hadoi sabar je la, haha. Tapi takpa sebab ni semua pengalaman, lagipun before ni mananya aku nak merajinkan diri jual apa-apa sampai pi bilik ke bilik kan, huu. So thanks kat semua yang sudi support jualan bagi kutipan dana kami ni. Membeli sambil menderma ye.


Sebulan sebelum program berlangsung, kitorang pergi sekolah untuk bincang and briefing kat Puan Suryati regarding list plan yang kitorang nak buat. Kadang-kadang program yang kita nak run tu kena ikut jugak apa yang pihak sekolah mahukan sebab diorang lebih tahu macam mana situasi pelajar-pelajar. So, kita just plan apa yang bersesuaian.

Setiap minggu kitorang akan jumpak Dr Siti Zubaidah, selaku lecturer subjek TOT ni untuk update perjalanan program dan jugak belanjawan.. Happy belated birthday Dr! Hehe kinda sporting and very helpful lecturer.



Cari bahan-bahan dalam goodies bag kat Mydin

Ni pulak cari alat tulis and buku-buku UPSR kat Hasani

Sourvenir untuk cikgu-cikgu
Oh ya, nama program kitorang - S.M.A.R.T which stands for Sedia, Motivasi, Awal, Rajin, Tawakal


Setiap soeorang akan dapat empuat buah buku - Matematik, English, Bahasa Melayu dan Sains


Tediaa..dalam goodies bag korang, macam-macam ada akak-akak n abang tolong carikan nak bagi kat adik-adik semua siap dengan kismis lagi. Kalau tak dapat 6A lagi taktau nak habaq la..haha. UPSR je dik..cuma kena rajin sikit. Sebab akak rasa akak bukannya pandai mana, tapi alhamdulillah berkat usaha dapat jugak result yang diimpikan. Zaman akak dulu UPSR ni bukan apa sangat pun, cuma tiket untuk ke boarding school or sekolah yang lebih baik. Jauh lagi perjalanan korang sebenarnya. PT3 dan SPM nanti lagi mencabar. Masa tu kalau tak rajin, tak usaha memang ke laut lah result. Serious talk. Akak dah mengalaminya..sobs sobs.


Sibuk packing goodies bag, dua hari sebelum program berlangsung.

Ye, boleh panggil Kak Mas okayy



Sehari sebelum hari kejadian kitorang datang semula ke sekolah untuk kemas dewan, set up lcd dan susun atur semua. 

7 Mei yang lepas alhamdulillah dah berlangsungnya program kitorang. Aku akan update untuk next entry sebab still tunggu gambar dari kamera Dr Siti. Till then.






Sunday, 1 May 2016

LAST NIGHT AT ULU LEGONG HOT SPRINGS


Assalamualaikum. Ok guys, sambung kat sini pulak hope anda tak bosan membaca hehe. So, semalam secara tak lansungnya si Zana ajak pergi Kolam Air Panas Ulu Legong kat Baling tu. Serious la you, tengah malam pulak tu. Aku on je lah sebab tak pernah touch down situ lagi kan. Gerak dari UUM pukul 11.15pm and sampai sana lebih kurang pukul 1.30. Huu jauh jugak perjalanan dengan jalan yang gelap kat area Sik sana tu. 


RM6 untuk orang dewasa. Memang 24jam bukak, so kalau kau nak melenjan berendam ke tido dalam kolam tu sampai esok pun takpa, haha. Tapi semalam ramai sangat orang yelah cuti Hari Pekerja pulak esoknya. 

As usual with my hot chics, haha si Daus ni di mana ada kami di situ ada dia.


Lepas berjam-jam berendam mau tak bunyi perut ni. Makan jap, but please abaikan si mulut muncung tu, kahkah


Kalau hari Isnin masih cuti, memang tak balik lagi ni. Tah-tah sampai ke Penang pulak jadinya, hehe. So sampai je bilik dah pun pukul 7 pagi, sambung tido sampai tengahari. Opsss haha letih kan.. 

Till then, adious!

MIDNIGHT MOVIE DATE

Assalamualaikum semua. Aiyoookk lamanya sis tak update blog. Ni lah ayat cliche yang akan digunakan setiap kali nak taip new entri, haha. Ok back to my main point, malam Sabtu haritu ber-movie date sikit dengan my geng. As one of Steve's fan yang sangat mengagumi watak dia, kitorang decide untuk tengok Captain America Civil War. Untuk lebih rare kita tengok midnight lah kan 12.50 am. 


Joe with his Gfs..hiks


Wif pretty Kak Farah. Kalau jalan sebelah dia jadi tenggelam lah i, hehe


Sementara tunggu movie, masuk Sam's Groceria dulu. Suka kedai ni sebab banyak barang luar, kemas and nampak ekslusif.


Makan dulu, Ekceli petang tadi pergi beli barang-barang untuk program yang akan berlangsung 7hb Mei nanti. Hope that everything's gonna be okay la.


Baru pukul 11, movie lambat lagi so kitorang night walk sikit kat bawah area Menara Alor Setar 


Kemain bercahaya muka orang belakang kan, haha


Yes,, walau apapun yang jadi i'll always be by your side cewahhhhh. #TeamCap

So overall memang interesting, tak rugi tengok and for sure lepas ni ada sambungan lagi pasal Spiderman pulak..huu. So lepas tu terus gerak balik UUM and sampai pukul 4.30 camtu. Tak mampu dah nak berjaga lagi, letih oi.

Ok guys, proceed for my next entry k. Bye!