Wednesday, 16 March 2016

TRIP TO HATYAI


Assalamualaikum semua. Jumaat yang lepas aku join trip to Hatyai n Songkhla. Memang DAH acah-acah plan dari sem lepas lagi dengan budak-budak geng. Haha tu pun sebab sempadan je dari Kedah ni. Trip yang aku pergi ni under Idaman Travel, so Kak Anis dengan Abg Amirul tu yang guide kitorang. Overall bajet yang aku dah guna untuk trip ni RM250. RM80 pakej, RM10 passport group dan RM150 untuk tukar duit. Sebenarnya nak tukar lebih lagi, tapi sebab taknak belanja banyak-banyak so aku just tukar sejumlah ni kalau convert kepada currency Thai bersamaan dengan 1290 baht. Cukup lah untuk sehari, siap ada lebih lagi 80 baht.

My kind of ootd..hiks


Selfie pulak.. lalala

So our first destination - Nora Plaza yang menempatkan pelbagai jenis souvenir dan kitorang diberi 20% discount.

Comel kan beg-beg kecik ni, harga around 300 baht tapi aku tak beli pape lagi kat sini, bergambar je lebih..hehe




Hatyai Town - Eh pinjam lah kejap scooter sapa ni


Next - Renu Shop or Kilang Jagus aku tak sure nama tempat ni..sebab banyak kerepek dan jugak makanan laut , makanan kering. Kat sini pun kitorang diberi masa 30 minit jugak, kejap je kan sebab taknak lebih masa plus trip sehari ja. 


Dah masuk Zohor kitorang solat dulu kat masjid ni. Aku rasa sedikit pelik sebab waktu kat sini kan lambat sejam dari Malaysia, masuk je masjid tengok orang lelaki baru selesai solat Jumaat.


So, bila touchdown Thai standard la makan Tomyam yang sememangnya 'kaw'. Satu set 110 baht lebih kurang 12MYR

Yang kat atas ni pulak area Samila Beach, which is the ost beautiful beach yang aku dah tengok so far. Air hijau cantik weh. Based on pemandu pelancong kitorang Kak Pawita tu, tempat ni memang legend dengan Naga muntah dan jugak mermaid. 



My geng - Nadia, Maizurin, Jieha, Diba, Ikah & Zana

Samila Beach 



The Legend of mermaid - Kitorang difahamkan kewujudan ikan duyung kat Samila Beach ni disebabkan satu kisah di mana duyung ni kehilangan suaminya dalam laut tu..diorang terpisah dan duyung ni selalu mendarat kat tepi pantai tunggu husband dia sambil sisir rambut..tapi in the end husband dia tak jugak muncul-muncul. Haaa gitu lah ceritanya..huhu sedih kan.



Next - Chang Puak Camp yang menempatkan Elephant Show. 500 baht for 30 minutes ride


Aku tak naik pun gajah dalam tu, Just masuk, tengok and snap pic.. Untuk Chang Puak Camp ni pun kitorang just ada 30 minit

 Destinasi seterusnya antara tempat femes kat Hat Yai ni of course floating market atau lebih dikenali sebagai Klonghae Floating Market. Sebelah depan tu pulak ada jual baju, handbag, kasut dan beraneka jenis souvenir cantik-cantik.


Seiously banyak makanan pelik-pelik kat sini tapi jangan risau n ragu-ragu sebab makanan dijamin HALAL lagipun mostly penjual adalah beragama Islam.

Sempat try coconut ice cream yang letak dalam bekas comel ni, berharga 30 baht je.

 The last destination - Asean Plaza yang merupakan night market terbesar kat Thai ni. Banyak sangat kedai jual barang and satu tips bila membeli kat sini sila lah bargain. Nego sampai korang dapat. Kalau dalam language diorang cakap camni, "Kolot noi ka/kap?" means "boleh tawar?"


Oh my..pretty girly things here,, i kenot la,.hehe murah-murah pulak tu. So aku grab bangle and rantai.


Cantik sangat...tapi tak reti la pakai tinggi camni. Bahaya kalau tersilap langkah..hihi


Baju budak pun comel-comel

Tapi kitorang just diberi 1 jam lebih untuk round night market ni. Memang tak puas weh..haha..rasa kalau nak shopping sini kena khas untuk semalaman je. Kitorang siap terlebih masa and paling lambat naik bas sampai Abang Mirul terpaksa pergi cari dalam keadaan sesak-sesak dalam tu. HAHA shopping tak ingat nak balik punya pasal. Sebabnya takut malam tu tak sempat lepas imigresen kang kena bermalam kat sini pulak, huu. So, tepat ngam-ngam puklul 12 kitorang sampai Bukit Kayu Hitam..fuhh


Overall trip ni memang awesome. Best sampai rasa nak pi lagi duduk tiga hari dua malam..haha. So guys, ni je yang dapat aku share pasal trip ke Hatyai ni. 

Bye!





















No comments:

Post a Comment