Friday, 22 January 2016

HAPPY BELATED BIRTHDAY


Assalamualaikum semua. Fuhhhh lamanya tak update blog. Kenapa ya? Huu susah nak ungkap dengan kata-kata. Takpa, harini jari jemari aku dah mula berinteraksi semula dengan papan kekunci Acer untuk menaip. Jadi, entri harini berkisar tentang belated birthday untuk diri sendiri yang dah menjangkau usia 23 tahun. Alhamdulillah dah besar anak Encik Ahmad ni. Boleh kahwin dah bak kata rakan-rakan sebaya, haha, Belum terlambat kan since January masih belum melabuhkan tirai. Lagipun tengah cuti sem ni, banyak pulak masa terluang sampai naik bosan rasanya tak kerja. 

28 Disember yang kepas kitorang picnic kat  Tasik Darul Aman sebab dah lama plan nak gathering sesama.

Menu utama, sandwich resepi Cik Zana yang gigih tengah gaul bahan-bahan tu, huu.

Mek Jieha sapu planta sambil buat-buat ayu, haha

Ceh rajinnya anak dara ni potong buah. Tapi maap, dah berpunya hehe


Tadaaaa dah siap! Cukuplah ni 6 orang bersantap

 Bergambar sampai penuh memory handset, hihi


Tengah dok mengemas barang nak balik, tetiba dengar budak-budak ni nyanyi lagu birthday sambil bawak kek. Ouchhh haha nak celebrate birthday I rupanya korang ni. Terharulah, lalala. Sejak kat UUM ni memang sambut in advance je sebab minggu final exam. Masuk ja new year, automatik usia pun bertambah satu angka.

 Thanks korangggg



Mai, suka la selfie guna Oppo awak ni. Buat muka I jadi peloles sentiasa, haha

Memang sengaja pakai baju sama dengan Jieha. Kononnya rumet sejati. :-p


Dapat mushroom yang kiut ni. TQ!


Lepas solat maghrib, kitorang singgah Boat Noodles Jitra. Haihh asyik makan kan. To be honest, this was my very first time makan boat noodle and for me,  rasa biasa je. Takdak la sedap tersangat mana pun hihi


 Kuat makan takpa, jangan kuat shopping. Haha kan awak?



Then, 31hb tu lepas exam Mandarin aku kena culik sekejap dengan Fazrul. Huu tak sangka ingat pulak dia birthday and my fav cakes. Mekasih. :-)


No comments:

Post a Comment