Tuesday, 6 December 2016

ANNUAL GRAND DINNER BHRM


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hye guys! I'm back after 2 month in a silent mode. Don't ask me why, huu. Nak update sikit pasal Annual Grand Dinner Human Resource Management Club (HRMC) yang baru berlangsung baru-baru ini. Basically, dinner ni memang khas untuk meraikan student semester akhir Bachelor of Human Resource Management yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi di UUM.

Selfie is a must yeahh.. Simple light makeup by myself


Kinda girlish outfit. Bersempena dengan tema 'Malam Seribu Bunga' , kira ok la tu pakai palazzo bunga-bunga n flower crown, hehe

Seronoknya kali ni attend dinner sebagai tetamu and makan je, haha sebab selalunya jadi AJK. Sedap jugak menu malam tu, tak rugi bayar RM25. Flow dinner macam biasa, ada beberapa persembahan tarian dan nyayian daripada student semester 7, lucky draw, dan tayangan montaj. Takdak luck pulak untuk lucky draw, tapi biasanya memang julung-julung kali untuk aku dapat, huu. Thanks Dr Hendrik, Dekan COB yang sudi meluangkan masa meraikan majlis dan juga lecturer course - Dr Siti, Dr Lazim, Sir Rasul, Dr Wan dan tetamu jemputan khas , Encik Abu Shariff, HR Manager of Faurecia HICOM. 

As a part of this club, I'm proud to say HRMC adalah antara kelab yang mendapat Anugerah Program Terbaik (Komuniti & Kesukarelawan) dalam Majlis Anugerah Kerana Jasa (AKJ) UUM COB yang lalu. Heaaa Program TOT kitorang sem lepas la tu, berbaloi penat-penat pun. Tahniah jugak kepada mantan presiden - Shahrul Robani yang turut mendapat Anugerah Pemimpin Mahasiswa Terbaik di bawah legasi kepimpinan HRMC 2015/2016.


Geng buat assignment dan kelas yang sama since semester 2


With our beloved Dr Siti 



Yang lain asyik bergambar dengan partner masing-masing, kita selfie berdua je lah Mira


Hmm..should I or shouldn't I? Hewhew acah-acah kena propose

Sebahagian daripafa student semester 7. So what's next guys? Road to internship. Of course aku akan merindui perangai korang yang gila-gila remaja ni.

Sebelum majlis tamat, sempat lagi buat mannequin challenge. Gigih je freeze satu minit. Apa pun sebak pulak rasanya tak sampai sebulan lagi bakal meninggalkan universiti yang banyak tercipta kenangan pahit manis bagi aku. Good luck for everyone, final exam dah nak dekat pun. May Allah ease everything, Insyallah.


Masa nak balik tu, terpaksa lepak kat kedai makan tepi roundabout dulu sebab UK buat roadblock kat main gate. Haaa tu lah korang ni, bawak kereta tapi takdak sticker huhuuu. 

Ok guys, sekian untuk entri kali ni. Till then.


Wednesday, 7 September 2016

HELLO YEAR 4, SEMESTER 7


Assalamualaikum semua,

This gonna be my very first entry for the beginning of my final year in UUM. Fuhhhh berdebar rasa nak menghabiskan sisa hidup di bumi Sintokyo ni. 

Sengaja balik awal, nak ambik mood dulu, haha. Malam sambutan Kemerdekaan ke-59 di Pusat Sukan bersama pelajar-pelajar baharu intake September ni.


Spend time dengan yang tersayang sebelum masing-masing sibuk dengan kelas.


So, untuk semester 7 ni aku ambik empat subjek - Career Management, Strategic Management, Seminar in Human Resource Management dan Introduction to Writing. Writing ni actually paper 1000 Bahasa Melayu penulisan yang menjadi penyelamat untuk dapat A insyallah. Rasa macam berat jugak even ambik empat subjek saja sebab assignment, case study memang banyak. First day kelas pun lecturer dah buat serious, mana tak ketar lutut beb. 


Tempat intern pun tak cari lagi ni. Aihhhh sis serabut la. Semoga semuanya baik-baik je la. Hari Khamis ni dah kena present untuk subjek Strategic Management, 10 marks tu tak kelakar ok. Huhu may Allah ease everything. 

So kepada yang dah start sem baru tu, selamat ke kelas dan mengadap asaimen yang bakal menghantui hari-hari indah kita. Semoga kita tabah! 

Bye





Tuesday, 26 July 2016

SEMESTER BREAK


Assalamualaikum semua. 

Memang dah sebulan lebih tak update blog. So what? Haha masa mula-mula register blog dulu kemain semangat at least 2 minggu sekali la nak update. Sekarang pa citaaa? Huu nasib baik tak lupa yang account ni masih wujud. Ok di kesempatan ini masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Raya kan sebulan, sesiapa yang still buat open house tu jemput lah aku hoho.

So ada apa dengan semester break ni? Terisi dengan sebaiknya atau tak. Untunglah kawan-kawan yang dah bertunang dan berkahwin time cuti ni. Semoga berbahagia lah. Makan hati jugak tengok gambar korang, haha ehh takpa ada jodoh aku pun akan sampai lah ke stage tu. Cuti yang menjangkau sebulan ni hanyalah terisi dengan melepak kat rumah dan menambah berat badan. Ada lagi sebulan weh. Bosan tahap dewa sebab setakat ni aku tak buat part time apa lagi. Anyone yang memerlukan khidmat pekerja yang bukan full-time ataupun assistant boleh la contact aku, huhu amboi Mas. 

Pejam celik pejam celik dah nak masuk semester 7 aku kat UUM tu. Insyallah Februari 2017 start praktikal, tarikh pun dah keluar. Cuma sekarang ni masih dalam proses pencarian company yang menyediakan internship for Human Resource Management student. Kalau boleh aku nak intern area Penang ja, jimat kos sikit. Kalau ada sesiapa yang tahu, ejas-ejas la ye..hehe.

Cuti kali ni rasa lama sangat pulak plus tengah rindu giler kat si dia. Huhu. Rasa nak cepat habiskan lagi sebulan ni dan balik UUM untuk mulakan sem baru dengan bahagianya. HAHAHHA padahal kalau sebelum ni kemain nak extend cuti la takmau balik lagi la. Poyosss.

Setakat ni saja entri tangkap muat disebabkan lama berdiam diri. Haha jumpak kat next entri okay.



Friday, 10 June 2016

S.M.A.R.T PROGRAM

Assalamualaikum semua,

Bersempena dengan tugasan subjek Pengurusan Kejurulatihan Organisasi, 7 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung program yang aku dan ahli-ahli kumpulan dah jalankan iaitu SMART in conjuction with SK Felda Laka Selatan. Seperti yang aku dah mention kat previous entry, program ni melibatkan seramai 37 orang pelajar-pelajar Tahun 6. Objektif utama program adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar tentang kemahiran belajar yang betul, meningkatkan keyakinan diri dan semangat bekerjasama dalam kumpulan. Eh apeni macam nak buat report pulak dah, haha. 

Seawal 7.30 pagi dah gerak ke sekolah. 


Sesi pendaftaran

1st energizer, selamat pagi sayang


Slot 1 & 2 by motivator : Abang Farhaan Rahmat. Ceramah motivasi dan jugak slot pengurusan masa. Abang Ann ni ex student UUM dan sekarang tengah praktikal plus selalu dipanggil untuk ceramah motivasi kat sekolah-sekolah. Kelakar orangnya, banyak pulak tu benda nak cakap sampai tak nak stop, hehe


Btw credit untuk Abang Ann sebab sudi meluangkan masa dengan kitorang n adik-adik Felda Laka Selatan.


Meet our fasi , Kak Zana yang tengah sibuk bagi arahan huu

Pukul 2.30 petang dah start Ice breaking di mana setiap kumpulan dikehendaki memilih logo kumpulan masing-masing dan bentangkan di hadapan. Group aku ni pilih Apple. Fatin Nadia yang sebelah aku tu tanya. "Muka kak mas macam pelakon la. Nad Zainal tu" hahaha ye2 ja budak ni, sokay awak orang ke berapa dah cakap akak camtu. Hihu aduiii tang mana samanya?


Sesi pembentangan


Kak Mas & Kak Teha



Next, LDK 2 iaitu Kasut Popular. Setiap kumpulan dikehendaki hasilkan kasut dengan menggunakan kotak yang diberikan, then letak sebiji telur di dalam. Buat je macam mana cara sekalipun asalkan telur kat dalam tu tak pecah. Fasi akan lompat atas kotak tu nanti untuk uji kekukuhan kasut tersebut. 





Next game - Musang Berjanggut , untuk game ni empat jenis kacang mesti diasingkan dalam masa 15 minit. Jumlah yang paling banyak diasing akan dikira menang. Tengok tu, gigih budak-budak ni, hehe tu baru berapa jenis je dik. Cuba tengok cerita P. Ramlee tu lagi la mencabar, huhu



Fashion Show jadi penutup kepada LDK hari tu. Actually ada lagi 2 game yang kitorang nak run, tapi disebabkan masa yang tak mencukupi hanya 3 game saja yang boleh jalan. Tapi takpe la since diorang puh enjoy sampai nak main lagi. 










Alhamdulillah apa pun selesai sudah program yang menjadi keperluan untuk subjek TOT kitorang ni. Banyak lagi benda yang kena betulkan, tapi takpe kita belajar dari pengalaman kan. Seronok buat program dengan budak-budak ni. See you all next time ya! Masa korang ambik result UPSR nanti, hehe.













Tuesday, 10 May 2016

OF ONE7 TRAINERS

Assalamualaikum,

Entri harini berkisar tentang apa yang group aku dah usahakan sepanjang tempoh sebelum berlangsungnya program TOT. Apa itu One7 Trainers? Apa pulak TOT? Ok, seperti yang aku dah update kat blog awal semester ni minggu kedua lagi kitorang dah start meeting bagai. TOT stands for Training of Trainers which one of six courses yang aku ambik semester 6 ni yang memerlukan kitorang handle satu program based on training dan meliputi 60% coursework. 40% lagi untuk final exam. Fyi, subjek Management of Training For Trainers memang penting untuk HR student sebab overall memang akan berurusan dengan orang ramai plus a professional trainer must be prepared and mampu jalankan tugas serta tanggungjawab that come with the job in future. So untuk preparation why not kita ambik je, yedop?

We are One7 Trainers, one mewakili si Daus yang satu-satunya lelaki dalam group ni and 7 for the rest. Gigih ambik gambar korporat untuk banner n video presentation nanti.

Your future HR

Lepas dah deal dengan beberapa buah sekolah, in the end kitorang pilih SK (Felda) Laka Selatan, Changlun. Fokus utama program adalah untuk memberi motivasi kepada semua pelajar Tahun 6 yang akan meduduki UPSR tahun ni. So, antara inisiatif yang kitorang dah buat bagi mencari dana termasuklah jual jajan, cupcake, kek potong dan juga kerja part-time di kafe Palapes. Selebihnya hasil sponsor daripada individu, alumni dan kitorang ada jugak sumbangkan RM50 dari baucer buku setiap seorang untuk beli buku-buku latih tubi UPSR.






2 slices for RM5, kitorang kira ambik upah jual dari akak tu. Dapat la jugak beratus dalam seminggu. Memang agak meletihkan tapi semangat yang membara untuk kumpul dana bagi menjayakan projek ni, semua tu tak jadi masalah besar pun bagi kitorang. Cewah.. Bergilir-gilir kalau ada gap kelas kitorang akan jual kat Kafe Lego. Kalau hari minggu pulak jual kat kafe Dpp lain. Sama jugak macam jajan and cupcake. Lenguh kaki ketuk pintu bilik ke bilik setiap level kat Dpp Bukit Kachi tu kitorang ja yang tau. Ada yang nak beli pastu bagi sumbangan sikit, alhamdulillah la. Kalau yang taknak bukak pintu langsung tu hadoi sabar je la, haha. Tapi takpa sebab ni semua pengalaman, lagipun before ni mananya aku nak merajinkan diri jual apa-apa sampai pi bilik ke bilik kan, huu. So thanks kat semua yang sudi support jualan bagi kutipan dana kami ni. Membeli sambil menderma ye.


Sebulan sebelum program berlangsung, kitorang pergi sekolah untuk bincang and briefing kat Puan Suryati regarding list plan yang kitorang nak buat. Kadang-kadang program yang kita nak run tu kena ikut jugak apa yang pihak sekolah mahukan sebab diorang lebih tahu macam mana situasi pelajar-pelajar. So, kita just plan apa yang bersesuaian.

Setiap minggu kitorang akan jumpak Dr Siti Zubaidah, selaku lecturer subjek TOT ni untuk update perjalanan program dan jugak belanjawan.. Happy belated birthday Dr! Hehe kinda sporting and very helpful lecturer.



Cari bahan-bahan dalam goodies bag kat Mydin

Ni pulak cari alat tulis and buku-buku UPSR kat Hasani

Sourvenir untuk cikgu-cikgu
Oh ya, nama program kitorang - S.M.A.R.T which stands for Sedia, Motivasi, Awal, Rajin, Tawakal


Setiap soeorang akan dapat empuat buah buku - Matematik, English, Bahasa Melayu dan Sains


Tediaa..dalam goodies bag korang, macam-macam ada akak-akak n abang tolong carikan nak bagi kat adik-adik semua siap dengan kismis lagi. Kalau tak dapat 6A lagi taktau nak habaq la..haha. UPSR je dik..cuma kena rajin sikit. Sebab akak rasa akak bukannya pandai mana, tapi alhamdulillah berkat usaha dapat jugak result yang diimpikan. Zaman akak dulu UPSR ni bukan apa sangat pun, cuma tiket untuk ke boarding school or sekolah yang lebih baik. Jauh lagi perjalanan korang sebenarnya. PT3 dan SPM nanti lagi mencabar. Masa tu kalau tak rajin, tak usaha memang ke laut lah result. Serious talk. Akak dah mengalaminya..sobs sobs.


Sibuk packing goodies bag, dua hari sebelum program berlangsung.

Ye, boleh panggil Kak Mas okayy



Sehari sebelum hari kejadian kitorang datang semula ke sekolah untuk kemas dewan, set up lcd dan susun atur semua. 

7 Mei yang lepas alhamdulillah dah berlangsungnya program kitorang. Aku akan update untuk next entry sebab still tunggu gambar dari kamera Dr Siti. Till then.






Sunday, 1 May 2016

LAST NIGHT AT ULU LEGONG HOT SPRINGS


Assalamualaikum. Ok guys, sambung kat sini pulak hope anda tak bosan membaca hehe. So, semalam secara tak lansungnya si Zana ajak pergi Kolam Air Panas Ulu Legong kat Baling tu. Serious la you, tengah malam pulak tu. Aku on je lah sebab tak pernah touch down situ lagi kan. Gerak dari UUM pukul 11.15pm and sampai sana lebih kurang pukul 1.30. Huu jauh jugak perjalanan dengan jalan yang gelap kat area Sik sana tu. 


RM6 untuk orang dewasa. Memang 24jam bukak, so kalau kau nak melenjan berendam ke tido dalam kolam tu sampai esok pun takpa, haha. Tapi semalam ramai sangat orang yelah cuti Hari Pekerja pulak esoknya. 

As usual with my hot chics, haha si Daus ni di mana ada kami di situ ada dia.


Lepas berjam-jam berendam mau tak bunyi perut ni. Makan jap, but please abaikan si mulut muncung tu, kahkah


Kalau hari Isnin masih cuti, memang tak balik lagi ni. Tah-tah sampai ke Penang pulak jadinya, hehe. So sampai je bilik dah pun pukul 7 pagi, sambung tido sampai tengahari. Opsss haha letih kan.. 

Till then, adious!