Tuesday, 3 November 2015

KONVOKESYEN UUM KE-28


     Assalamualaikum semua. Rasa belum terlambat untuk aku update regarding big event yang baru berlangsung iaitu Istiadat Konvokesyen UUM kali ke-28. Seramai lebih kurang 12k graduan yang terdiri daripada ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD telahpun menerima ijazah masing-masing pada 24 - 28 Oktober lalu. Seperti tahun-tahun yang lepas jugak, aku terlibat sebagai pemuzik iringan. Antara team musician lain yang mengiringi majlis konvo -  buskers, muzik asli, gamelan, cak lempong, angklung, orkestra , dan koir. 

     Tahun ni ada penambahan lagu bagi perarakan graduan masuk iaitu 'Final Countdown' and 'Glorious Victory'. Masa intermission pulak kitorang bergabung dengan gamelan, cak lempong dan angklung untuk perform lagu 'Manusia'.




Instrument yang aku pegang ni Clarinet namanya. Tak salah kan belajar tahu nama alat muzik moden. Nanti  kalau anak-anak kau tanya, takde kau lah blur ja, tambah pulak alat muzik tradisional pun kau tak tahu. :-p


Rileks ja tak masuk kelas, mentang-mentang ada surat pelepasan kuliah. Nailah ni dah student tahun akhir. Next year kau pulak yang grad.


Encik Rizal & Che Mat. Antara jurulatih brassband yang train kitorang selama 2 minggu before majlis konvo ni.




With Iman, bass drummer ni. Jangan main-main, hee


Yang ni pulak Trombone. Saiz mouthpiece dia sama ja macam Euphonium punya. So kalau aku nak try main trombone pun tak susah, cuma aku still tak dapat change key tu dengan laju, huu


Belanja satu gambar formal

Apa yang bestnya minggu konvo ni sebab tak payah masuk kelas, makan free, bergambar sampai lebam and tengok orang konvo. Terus rasa tak sabar jugak nak berjubah dan lambung topi tu acah-acah gambar hipster, haha. Sambil berangan pulak, nanti aku grad future husband surprise datang bawak bunga besar-besar. Ouchhh so sweet, hihik.



Sedar tak sedar, dah sampai hari terakhir kitorang perform. Boleh la dikatakan family for a week. Rasa sedih pulak, huhu. Walaupun team kitorang ni ramai chinese, tapi still can get along. 


Macam biasa, last day ambil gambar sekali. Too sad, I wasn't there sebab pergi kelas , tu lah rajin sangat..huu. Kan dah jeles.






Petang tu pulak Dato' VC jemput semua team musician untuk minum petang as a sign of appreciation kat kitorang. "Tanpa kamu semua, tak hiduplah majlis konvo kita ni. Saya pun akan bosan lama-lama dalam DMAS tu selama 9 sesi 5 hari kalau tak diselitkan dengan persembahan dan muzik iringan." Hehe, tahu takpa Dato', thanks too for the warm appreciation.

Ada yang bertanya, "Korang main ni tak dapat elaun ke? " Actually, Yes tapi beberapa tahun yang lepas. Sekarang takda pun, pusat kok kekurangan modal mungkin, lol. Ala tak kisah pun dapat elaun ke tak sebab benda ni dah jadi as a part of our life since zaman sekolah menegah. Plus aku involve sebab nak happy-happy, so that dapat la terubat rindu dengan Tun Syed Band. Huuhuu. Insyallah next year kalau tak ada halangan aku join lagi. 


Till we meet again, bandmates. :-)






1 comment:

  1. macam best jer .. hihi
    saya singgah jalan sini :D
    http://zianaeunos.blogspot.my

    ReplyDelete