Friday, 2 October 2015

WEEK 5


Assalamualaikum semua. Cepat betul masa berlalu, dah Oktober plus dah masuk minggu ke-5 untuk  permulaan semester ni.  Assignment jugak makin bertambah. Yang tak tahannya setiap subjek kena submit tarikh yang dekat-dekat pulak tu. Nak visit company mana pun tak pikir lagi..haiyaa.



29/9 yang lepas dah setel satu lagi program under kelab HRMC - Annual Grand Meeting yang wajib diadakan setiap semester bagi menentukan barisan MT/EXCO baru untuk sesi semester kedua 2015/2016. Aku still pegang jawatan sampai hujung sem ni, next sem biar la adik-adik pulak yang teruskan. 


Bersama Dr Farizal Rajemi, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COB. Tahniah untuk Ayoy, selaku presiden dan juga MT/EXCO baru yang akan mengambil alih kelab HR ni. Hope kelab kita akan beroperasi dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

OOTD lah sikit, sekarang ni malas dah nak melawa bagai pergi kelas. Kalau boleh simple ja, senang. Lain la macam budak sem 1, 2 banyak masa nak dressing vogue2 dengan heels lagi..haha.


Actually, sem ni aku macam taknak join as accompanist. Tapi memandangkan Sir rizal yang suruh main jugak untuk konvo kali ni, and aku tak mampu menolak..huu. Nanti dia cakap pulak mentang-mentang dah habis ko-k taknak tunjuk muka dah..hik. Jadi, aku join je. Esok dah start prektis dengan lagu baru katanya. 


Ok, sekian untuk entri di hari Jumaat yang indah ini, bye.


No comments:

Post a Comment