Sunday, 11 October 2015

PENANG BRIDGE CHALLENGE 2015


Assalamualaikum semua. Seperti yang kita sedia maklum, 10 Oktober 2015 merupakan Hari Sukan Negara yang memang julung kalinya diadakan. Jadi, aku pun tak ketinggalan untuk turun padang bagi event Penang Bridge Challenge yang bertempat di Stadium Batu Kawan, Simpang Ampat Pulau Pinang. Memandangkan acara bagi  Fun Run 10km ni start pukul 8.00 pagi, so kitorang gerak dari UUM pukul 4.00 pagi. Bajet dalam pukul 6.30 dah sampai sana lagi pun si Amad tu drive laju asyik nak speed je, huu. 

Banyak lagi acara lain untuk PBC ni antaranya - Fun Run 30km, Crossfit, Zumba, Strongman, Kayuhan Berbasikal 30km & Kayak.

Beberapa minit sebelum acara Fun Run 10km berlangsung.

T-shirt tu nice. Bagus sapa yang design ni, hee




Alhamdulillah cuaca ok je pada hari kejadian. Tepat jam 8.15 semua peserta dilepaskan. Rasanya acara larian yang paling banyak participant, hampir 2k semuanya.


Fyi, ni first time aku join larian 10km. Yelah nak kata aku ni budak sports memang jauh panggang dari api. Tapi saja la nak join sihatkan badan sikit rather than tido ja kat bilik hari-hari minggu camni. 10km tu jauh beb, kitorang ikut laluan dari stadium sampai la masuk jambatan kedua Penang - Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge then patah balik ke stadium. Aku dengan si Zana pulak baru lari 2km dah macam nak tercabut kaki. Apa barang? Haha.



Orang lain sibuk berlari kitorang dok bergambar pulak, huu. 


Setelah hampir 1 jam bermandi peluh, sampai jugak kat garisan penamat. Muka dah burn sikit tu plus lenguh gila kaki sampai sekarang masih terasa..wuu. Takpe la, yang penting pengalaman.


Sijil & Medal . Next time nak join Zumba pulak lah, hikk


Banyak booth yang dibukak. Jumpak jugak Brader Kopi  flavor Cappuccino yang aku nak rasa sangat ni. Memang kaw gila. Highly recommended okay. HQ dia dekat je ngan rumah aku  kat Parit Buntar tu.

Around 1.00pm kitorang gerak balik ke UUM. Letih sangat dah nak pergi lepak kat Penang pun, Najib pulak injured sikit kat kaki. Jadi, masing-masing decide terus balik. 


Ok guys, tu je entri sempena PCB 2015 ni. Bye!







4 comments: