Wednesday, 14 October 2015

HR FAMILY DAY


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak story sikit event HRMC yang berlangsung semalam iaitu "HR Family Day". Event ni memang dikatakan wajib run bagi setiap semester untuk bersantai-santai dengan ahli kelab. Masa ni la junior nak kenal-kenal dengan senior pun, huu. Event ni dibahagikan kepada sesi pagi untuk acara sukaneka dan sesi petang untuk kayak dan BBQ. 


Antara game yang dijalankan - cari gula dalam tepung, belon beracun, isi botol dalam air, ikatan simpulan & ikatan tali terpanjang . Very the cliche kan, lol. AJK pun tak ketinggalan untuk join sekali. Sampai habis lencun baju punya seronok main simbah air bagai korang ni.




Yang ni pulak apa namanya tah. Main passing gelang getah guna straw. Fokus tu penting tau, hehe


Next, sebelah petangnya pulak ada aktiviti berkayak di Tasik Sime Darby. Banyak pulak tasik kat UUM ni, satu lagi Tasik Mas. Nak date tak payah pergi jauh sini pun dah OK bro, haha. Memandangkan aku AJK makanan, tak dapat la nak join sebab sibuk bakar BBQ punya pasal. Satu badan bau asap, huhu. Last aku berkayak pun time PLKN 4 tahun lepas.


Tapi petang tu hujan agak lebat. Apapun ber-BBQ hujan-hujan memang nice lah. Credit to Sir Rasul, dia yang tolong prepare ayam and kek. By the way, kek coklat moist Sir tu memang sedap sangat. Rugi pulak tak makan banyak. Lain kali nak bodek Sir untuk buat lagi, hehe.

Malam tu pulak kena pergi prektis orkestra lagi. Fuhhh letih weh. Balik je bilik semalam terus tidur tak ingat dunia. Rasanya minggu ni memang hectic gila dengan asaimen, kuiz dan prektis lagu. 







No comments:

Post a Comment