Saturday, 19 September 2015

BENGKEL APA STYLE


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni nak story sikit tentang program Kelab Pengurusan Sumber Manusia (HRMC) UUM ni, iaitu 'Bengkel APA Style'. APA stands for American Psychological Association, bukan tanda tanya 'apa' ok. Haha. Bengkel ni merupakan program pertama bagi HRMC untuk semester sesi 2015/2016. Bila mula semester baru , buat la program akademik  since new intake masuk. Aku diberi tugas as Biro Publisiti. Macam biasa, buat poster or flyers then promote and publish. Ambil gambar untuk montaj and update blog kelab. 


Pendaftaran peserta bermula pada jam 9.00 pagi. Tak expect pulak kali ni ramai nak join, sebab kitorang target dalam 100 je. Nasib baik muat DKG 1/5 tu, huu. Mostly from first semester students la. 


Seperti yang kita sedia maklum, APA Style ni memang satu benda yang sangat penting untuk digunakan sebagai format sumber rujukan dalam assignment. Senang cakap, kalau kita ditangkap apply 'plagiarism' more than 50%  memang  senang nak dapat 0 la, tu pun kalau bernasib baik. Kalau tak bernasib baik, entah-entah lecturer tu bagi  'failed'  kat kita. Tak ke tragis nak mengulang lagi paper tu? Huhu. 




Bengkel tamat pada jam 11.30 tgh. Diharapkan program sebegini dapat memberikan input yang berguna kepada semua peserta di samping dapat memahami cara-cara mengaplikasikan format APA Style dengan betul. Tahniah diucapkan kepada pengarah program, Siti Aishah Bt Yusoff dan barisan AJK yang telah mengendalikan bengkel ini dengan jayanya. Nantikan program seterusnya - HR Family Day yang bakal berlangsung pada 2 Oktober yang akan datang. 

Sekian, majulah HRMC untuk UUM.



1 comment:

  1. hai...Yaya Cendana BW (NO.5) dari blog uzu Emas Putih BW sini....dah follow sini...harap sudi follow yaya blek.. :) mohon komen murni di sini...tq... :)

    http://www.yayacendana.com/2015/09/review-telur-pindang-nordin-terkenal-di.html

    ReplyDelete