Saturday, 19 September 2015

BENGKEL APA STYLE


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni nak story sikit tentang program Kelab Pengurusan Sumber Manusia (HRMC) UUM ni, iaitu 'Bengkel APA Style'. APA stands for American Psychological Association, bukan tanda tanya 'apa' ok. Haha. Bengkel ni merupakan program pertama bagi HRMC untuk semester sesi 2015/2016. Bila mula semester baru , buat la program akademik  since new intake masuk. Aku diberi tugas as Biro Publisiti. Macam biasa, buat poster or flyers then promote and publish. Ambil gambar untuk montaj and update blog kelab. 


Pendaftaran peserta bermula pada jam 9.00 pagi. Tak expect pulak kali ni ramai nak join, sebab kitorang target dalam 100 je. Nasib baik muat DKG 1/5 tu, huu. Mostly from first semester students la. 


Seperti yang kita sedia maklum, APA Style ni memang satu benda yang sangat penting untuk digunakan sebagai format sumber rujukan dalam assignment. Senang cakap, kalau kita ditangkap apply 'plagiarism' more than 50%  memang  senang nak dapat 0 la, tu pun kalau bernasib baik. Kalau tak bernasib baik, entah-entah lecturer tu bagi  'failed'  kat kita. Tak ke tragis nak mengulang lagi paper tu? Huhu. 




Bengkel tamat pada jam 11.30 tgh. Diharapkan program sebegini dapat memberikan input yang berguna kepada semua peserta di samping dapat memahami cara-cara mengaplikasikan format APA Style dengan betul. Tahniah diucapkan kepada pengarah program, Siti Aishah Bt Yusoff dan barisan AJK yang telah mengendalikan bengkel ini dengan jayanya. Nantikan program seterusnya - HR Family Day yang bakal berlangsung pada 2 Oktober yang akan datang. 

Sekian, majulah HRMC untuk UUM.



Thursday, 17 September 2015

OF MAZE RUNNER n SEOUL GARDEN


Selamat Hari Malaysia semua. Memandangkan public holiday, aku dengan budak geng hangout kejap petang tadi. Tujuan asal memang nak tengok Maze Runner 2 lah. Nasib baik Akim bawak kereta sem ni, tak payah nak sewa kereta bagai kalau nak keluar, hehe. Around 2.30 petang, Akim pick up kami then terus ke Alor Star Mall. 

Lunch kat SG dulu before wayang start pukul 5.30. 



Tengah masak ramen untuk my oppa. :-p

Jieha, Safwan, and yang sebelah aku pulak, Ain n Akim




Flawless je kamera handset si Akim ni. Rasa nak selfie banyak-banyak, haha


Asyik bergambar and riuh berborak, macam SG tu kitorang yang punya. Lama jugak lepak sini sementara nak tunggu Asar. Abang waiter tu senyum perli je kat kitorang. Do we care? Hahaha




Pape pun Maze Runner ni memang superb lah.Tak menyesal tengok. 


By the way, tadi baru Sir whatsapp kata esok ada kuiz Nego. Eh, seronoknya tak study apa lagi ni. Huhu. Nak baca slide kejap, pastu tido. Good night semua!

Monday, 7 September 2015

HELLO SEMESTER 5


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Hari Khamis yang lepas aku dah pun balik semula ke UUM untuk meneruskan perjuangan yang masih berbaki lagi 3 semester ni Insyallah. 


Luckily, aku still dapat bilik and roomate yang sama. Tambah pulak langsir and kipas siling baru, yeayy. Tapi lenguh mengangkut barang-barang dari pantry pun tak habis lagi ni, huhu. 



First day kelas selepas 2 bulan bercuti semester be like this la. Muka tak rela je. Bukan lecturer nak mengajar pun, just pergi sign attendance and setelkan add drop subjek. Berdebar pulak makin naik semester ni. Mampu ke aku nak mengadap environment semester 5 yang makin mencabar dan bakal berliku dengan segala assignment , kuiz, presentation, tutorial and so on?? Lagi pulak banyak subjek yang quite tough untuk sem ni macam Negotiation, HR Information System and Industrial Relation. Bak kata Dr Kamal- "Biasa lah student life kan, kalau kamu tak stress maknanya kamu tak study la". Err betul jugak tu Dr, huu. 

Ramai jugak intake semester 2015/2016 ni, sampai trending #UUMisthebest bagai, hehehe. Pape pun tahniah la untuk junior-junior yang berjaya ditawarkan ke Universiti di Rimba Hijau ni. Aman damai je tau, kalau stress pergi ja Go-Kart, tunggang kuda, tengok rusa, kahkah. Sedar tak sedar dah 2 tahun pun aku kat UUM ni. Eh kejap pulak masa berlalu, dah jadi senior pun sekarang. 

Ok la nak sambung tengok movie ni, esok takdak kelas. Hehe bye.