Sunday, 2 August 2015

OF PENANG HILL n TRANSFORMERS


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak update satu entry pasal jelajah Penang kelmarin. Takdak la jelajah seluruh kawasan pun, setakat jalan-jalan ja. Disebabkan akak and husband dia balik sini, diorang bawak aku dengan adik pergi Penang Hill. Kira ni kali ketiga pergi sana, so tunggu 10 tahun akan datang pulak la bawak anak-anak kalau nak pergi pun. Haha.


Cuaca tengahari tu tak berapa ok , hujan lebat. Lepas pukul 2 baru hujan dah stop and dapat bergambar dengan berlambaknya. Lama tak naik train ni, rasa gayat pulak.

 Sweet like cekelat tak? Hehe jangan nak salah paham sangat lah, ni adik aku. Tapi kalau jalan sebelah, aku suka kepit lengan dia acah-acah kapel. Lol.



Oh no, excuse my chubby face!


Baru lepas hujan, sejuk plus berkabus jadinya. Tapi, bila cakap kenapa tak keluar asap dari mulut pun macam Oppa Lee Min  Ho tu? Hihihihihi

Macam-macam gelagat orang dapat tengok. Ada yang asyik tak lepas GoPro dengan pose ala-ala hipster, selfie setiap saat, jalan pegang tangan (how sweet) and acah-acah terjun bukit. Haha. Tapi apa yang buat aku rasa geram, bila tengok ibu-ibu muda yang bawak anak kecik kat kawasan yang ramai orang camni. Baby ok, yang suka nanges and merengek 24 jam. Aku kesian tengok baby tu, kalau nak datang tempat camni takpayah la bawak. Ni gigih nak usung dengan stroller besar gedabak bagai. Then, aku yang tengok ni pun ada rasa rimas jugak. Haihhh. 

Akak and Abg Wazir


Area padlock yang still under new renovation ni of course jadi tarikan utama untuk pasangan bercinta. Takpela awak if kita tak lock nama kat sini pun. Sebabnya saya dah kunci awak dalam hati saya rapat-rapat, kemas-kemas. Hehe.


Petang tu pulak pergi jumpak Optimus Prime and Bumblebee kat Esplanade Padang Kota Lama. Pameran ni berlangsung sampai 17 September. So sapa nak tengok transformer in person datang la sini, hee.





Lama tak pose ayu , hehe


Char Kue Teow Along before balik rumah. Tak pernah jemu.

That's all untuk harini. Cuti semester yang mengambil masa selama 2 bulan ni membuatkan aku kelihatan lebih chubby sebab hanya duduk rumah menghabiskan makanan yang ada, kerja pun tak. Huhu 'memanfaatkan' cuti dengan sebaiknya guys.



No comments:

Post a Comment