Saturday, 22 August 2015

A CAT PERSON


Assalamualaikum semua. Hari minggu ni buat apa ja? Mesti ramai yang keluar shopping, hiking or picnic mana-mana kan. Aku dok rumah je menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang masih berbaki seminggu. Huu sekejap pulak rasa, nak balik UUM pun macam takdak nafsu . Entah nak prepare macam mana pulak untuk semester depan yang kian mencabar. Ok la memandangkan aku asyik mengadap laptop harini sambil singgah dekat blog korang, aku nak update pasal kucing-kucing kesayangan aku kat rumah ni. Mana yang kenal aku memang cukup tersedia maklum aku ni pencinta kucing, gambar kat Instagram bukti segalanya.


Aku dah pernah update pasal kucing-kucing aku yang dulu kat blog ni if I’m not mistaken. Tapi, jodoh aku dengan Nakatsu, Sano, Oscar, Hibari, Mizu and Nicky tak panjang. Hujung tahun lepas sekor demi sekor menghilangkan diri, entah pergi mana pun taktau. Disebabkan kucing ni tak dikurung, so biar kat luar rumah je since dah jinak. Tapi taktau sebab apa sekor pun dah takdak hari tu. Sedih sangat. Nakatsu la yang jadi anak emas time tu, huu. Takpela kat mana pun depa berada aku harap depa semua still hidup and selamat. Depa? Macam orang la pulak,huu.

Nak dijadikan cerita, awal tahun lepas Cikgu Wahid  la yang offer nak jual kucing Parsi dia kat aku. Sekor RM100 katanya. Tapi masa tu aku hold dulu sebab tengah busy kat U plus duit pun tak cukup nak beli padahal memang teringin sangat nak bela kucing parsi bulu gebu gebas tu. So aku reserve dulu kat Cikgu. Sampai awal bulan 6, Cikgu Wahid kata dia nak bagi free ja sebab banyak sangat kucing kat rumah dia dok beranak. Dah tak larat jaga kot sampai nak bagi free. Aku pun bukan main happy la, terus suruh akak pi ambik kat Cikgu Wahid. Dia bagi sepasang baka Parsi plus Siam yang umur lebih kurang 3 bulan.


Haaa ni la Ozil dengan Opi . Dah 1 tahun 5 bulan pun. Gemok kan? Mana taknya, makan banyak. Cuma Opi ja yang tak membesar macam Ozil.  Nama tu nama asal, aku tak tukar. Nama penuh Opi ni Sofea. Hihi ayu sangat. Mencabar jugak rupanya ada kucing yang banyak dikategorikan banyak songeh ni. Bulu nak kena jaga, bila dia biyak pun kena sediakan cat litter. Kebiasaannnya aku bagi Friskies, Blackwood dengan Smartheart. Tak mampu nak bagi Royal Canin selalu, mahal dowh. 400g pun  dah RM17.


Mr Ozil yang tak suka orang pegang ekor dia. Kedekut sangat, lol

  
Mrs Opi yang garang macam tuan dia, kihkih

Eleh, muka eksyen

Mengantuk mungkin. Time ni Opi tengah preggy

Senang ja nak jinakkan kucing peliharaan kita. Tips dari aku- bagi makan ikut time, main dan belai dia selalu macam kita jaga baby. Kucing ni sifat azali yang ada kat depa, manja, comel, gebu, and boleh jadi pendengar setia kita. That's why I love cat! 

Bulan 5 tahun ni, Opi lahirkan 5 ekor kitten yang comel-comel. Tapi yang hidup pun 2 ekor ja, huhu sedih. Mungkin sebab ni first birth, Opi tak reti nak jaga and breastfeed anak dia lagi sebab tu yang lain tak dapat diselamatkan. Mati selepas 2 hari dilahirkan. Jadi yang tinggal ni pun sepasang jantan and betina. Bab-bab nama ni of course aku yang ada kuasa veto nak kasi.  So aku namakan Ben and Olivia. Bajet omputih sangat, kalah nama kucing spesis ragdoll haha.


My handsome Ben

My beautiful Olivia



Untuk esok, happy 3 months Ben and Olivia. My little chubbies are growing up. *grin*


Sekian untuk entry 'A Cat Peson'. Last but not least, Sayangi lah haiwan, mereka jugak makhluk Tuhan. :-)

1 comment: