Sunday, 30 August 2015

SEPETANG DI AEON MALL, BUKIT MERTAJAM


Assalamualaikum semua. Nak update kejap blog ni sebelum aku membusykan diri minggu depan. Siang tadi aku berjaya bodek akak ke Aeon Mall, Bukit Mertajam untuk shopping sikit barang keperluan before balik UUM. Paling penting, stok rations. Kalau stress, makan je..huhu. Aeon ni baru je bukak last year, sejak Jusco kat Perda tu ditutup. 


Sampai je terus lunch, sebab perut pun dah bergelora. Atas cadangan aku, kitorang makan kat Kenny Rogers. Kan dah cakap, aku ni pandai bodek, hik. 



Akak balik pun sempena cuti merdeka. Husband dia dah boleh tukar kerja kat Seremban, so senang la sikit diorang nak balik kampung sekali.

Weh tu pipi ke pau ayam? Lol


Boleh tahan ramai jugak orang hari ni, biasa la hari minggu kan. Aku just nak cari sweater baru, tshirt and beg laptop je. Tapi sedih betul la kat sini takdak kedai Timberland, wuu.


Pilih je sesuka hati, sebab hari ni my sis yang jadi banker..lalala


Budak ni pun semua nak yang baru

Outfit of the day, hee


Orang laki senang je kan nak pilih apa-apa. Kalau aku, masuk sampai 5 buah kedai pun belum tentu dapat yang berkenan, hii


Akak shopping baju baby je. Tak lama dah tu nak keluar..takpe banyak berjalan, orang kata senang nak deliver nanti.


Lusa aku dah kena balik UUM. Cuti 2 bulan terasa bagaikan 2 minggu ja, huhu. Ok la, sekian untuk entri hari ni. Good night semua.

Sunday, 23 August 2015

SYMA BEAUTY SKINCARE


Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni terasa bersemangat pulak nak update tentang Syma Beauty Skincare yang aku tengah consume ni, huu. Dah nak masuk 5 bulan aku stay dengan produk ni. Alhamdulillah lepas sebulan pakai tu muka aku dah terasa OK berbanding bila pakai skincare yang sebelum-sebelum ni.


Tak pelik kalau orang perempuan sibuk nak jaga penampilan and kecantikan wajah.  Salah satu faktor keyakinan diri jugak. Muka aku memang senang sangat nak berminyak dan naik jerawat yang kecik-kecik tu bila kena panas. Aduii tak suka betul, rasa macam nak cuci muka setiap masa. Tapi tu bukan penyelesaian yang baik pun, sebab kalau kita cuci muka lebih 2x sehari nanti kulit akan cepat kering and hilang kelembapan. 



Aku start guna skincare ni lepas tengok akak aku tu guna, muka dia pun dah ok plus jerawat dah tak berapa naik. So sampai sekarang aku still guna satu set yang basic tu. Happy jugak la bila muka jerawat dah tak naik, kalau naik pun bila period biasa la hormon kan, then dah tak berminyak and makin cerah.  Actually, krim malam tu la yang banyak membantu untuk kecutkan jerawat kita. Sabun dia pulak lepas bilas je muka akan rasa licin and lembap. Best2, hehe. Krim siang pulak tak melekit.  Jangan risau, sebab produk ni bebas merkuri. Basically, produk yang dicampur merkuri atau bahan kimia yang berlebihan of course akan bagi kesan kat kulit kita macam menggelupas. Tapi sepanjang aku pakai Syma Beauty ni, kulit muka aku tak menggelupas . So kira produk ni sesuai la dengan muka aku.


Before


After

Sekarang ambik gambar bukan via camera360 pun takpa. No worries, hehe. 

For those yang berminat nak mencuba, aku sarankan order terus dari HQ. Bukan apa, untuk mengelakkan dari guna yang tak ori. Ala, lelaki pun boleh je kalau nak pakai, huu. Ni number Syma tu, boleh whatsapp dia untuk lebih info - 0179060503

Saturday, 22 August 2015

A CAT PERSON


Assalamualaikum semua. Hari minggu ni buat apa ja? Mesti ramai yang keluar shopping, hiking or picnic mana-mana kan. Aku dok rumah je menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang masih berbaki seminggu. Huu sekejap pulak rasa, nak balik UUM pun macam takdak nafsu . Entah nak prepare macam mana pulak untuk semester depan yang kian mencabar. Ok la memandangkan aku asyik mengadap laptop harini sambil singgah dekat blog korang, aku nak update pasal kucing-kucing kesayangan aku kat rumah ni. Mana yang kenal aku memang cukup tersedia maklum aku ni pencinta kucing, gambar kat Instagram bukti segalanya.


Aku dah pernah update pasal kucing-kucing aku yang dulu kat blog ni if I’m not mistaken. Tapi, jodoh aku dengan Nakatsu, Sano, Oscar, Hibari, Mizu and Nicky tak panjang. Hujung tahun lepas sekor demi sekor menghilangkan diri, entah pergi mana pun taktau. Disebabkan kucing ni tak dikurung, so biar kat luar rumah je since dah jinak. Tapi taktau sebab apa sekor pun dah takdak hari tu. Sedih sangat. Nakatsu la yang jadi anak emas time tu, huu. Takpela kat mana pun depa berada aku harap depa semua still hidup and selamat. Depa? Macam orang la pulak,huu.

Nak dijadikan cerita, awal tahun lepas Cikgu Wahid  la yang offer nak jual kucing Parsi dia kat aku. Sekor RM100 katanya. Tapi masa tu aku hold dulu sebab tengah busy kat U plus duit pun tak cukup nak beli padahal memang teringin sangat nak bela kucing parsi bulu gebu gebas tu. So aku reserve dulu kat Cikgu. Sampai awal bulan 6, Cikgu Wahid kata dia nak bagi free ja sebab banyak sangat kucing kat rumah dia dok beranak. Dah tak larat jaga kot sampai nak bagi free. Aku pun bukan main happy la, terus suruh akak pi ambik kat Cikgu Wahid. Dia bagi sepasang baka Parsi plus Siam yang umur lebih kurang 3 bulan.


Haaa ni la Ozil dengan Opi . Dah 1 tahun 5 bulan pun. Gemok kan? Mana taknya, makan banyak. Cuma Opi ja yang tak membesar macam Ozil.  Nama tu nama asal, aku tak tukar. Nama penuh Opi ni Sofea. Hihi ayu sangat. Mencabar jugak rupanya ada kucing yang banyak dikategorikan banyak songeh ni. Bulu nak kena jaga, bila dia biyak pun kena sediakan cat litter. Kebiasaannnya aku bagi Friskies, Blackwood dengan Smartheart. Tak mampu nak bagi Royal Canin selalu, mahal dowh. 400g pun  dah RM17.


Mr Ozil yang tak suka orang pegang ekor dia. Kedekut sangat, lol

  
Mrs Opi yang garang macam tuan dia, kihkih

Eleh, muka eksyen

Mengantuk mungkin. Time ni Opi tengah preggy

Senang ja nak jinakkan kucing peliharaan kita. Tips dari aku- bagi makan ikut time, main dan belai dia selalu macam kita jaga baby. Kucing ni sifat azali yang ada kat depa, manja, comel, gebu, and boleh jadi pendengar setia kita. That's why I love cat! 

Bulan 5 tahun ni, Opi lahirkan 5 ekor kitten yang comel-comel. Tapi yang hidup pun 2 ekor ja, huhu sedih. Mungkin sebab ni first birth, Opi tak reti nak jaga and breastfeed anak dia lagi sebab tu yang lain tak dapat diselamatkan. Mati selepas 2 hari dilahirkan. Jadi yang tinggal ni pun sepasang jantan and betina. Bab-bab nama ni of course aku yang ada kuasa veto nak kasi.  So aku namakan Ben and Olivia. Bajet omputih sangat, kalah nama kucing spesis ragdoll haha.


My handsome Ben

My beautiful Olivia



Untuk esok, happy 3 months Ben and Olivia. My little chubbies are growing up. *grin*


Sekian untuk entry 'A Cat Peson'. Last but not least, Sayangi lah haiwan, mereka jugak makhluk Tuhan. :-)

Friday, 7 August 2015

OH RESULT SEMESTER 4


Assalamualaikum. 3 Ogos 2015 yang lalu merupakan tarikh keramat untuk mahasiswa/i UUM. Kenapa? Result final exam la oi. Regarding my result sem lepas, jatuh beberapa  anak tangga. Erghhhh sedihnya. Semua sebab subjek Financial Management ‘tersayang’ tu. Aku dah agak..kalau ada subjek seangkatan dengan calculation ni mesti result aku akan spoil. Tak guna kalau subjek lain ok tapi satu subjek tu menjatuhkan pointer kau wehhh. Terkilan tak dapat maintain DL , still 3 above tu pun back up daripada subjek HR yang lain and Mandarin. Kawan-kawan yang result gempak pointer mencecah 4 flat tu tak payah la acah-acah whatsapp aku tanya pasal result. Aku taknak layan, huuuu. FM, seriously you BROKE my heart!


Memandangkan ia subjek teras program, kita yang takdak kuasa veto ni terpaksa jugak ambik sebab nak cukupkan kredit. Kadang-kadang TERKILAN jugak sebab kena menghadap subjek yang kita tak suka, tak minat and tak faham. Kelas, tutorial, assignment yang berlambak, midterm, kuiz. LETIH tahu?? Even dah try jugak nak faham, tapi kita TAK SUKA. Benda ni menjadikan effort kita tak ke mana sangat pun. Dan kalau ambik, target LULUS saja. Sedih kan. Sebagai student, rasa  TERANIAYA pun ada. Huhu. Just imagine, kau sangat-sangat tak berminat dengan seseorang tu, kau rasa annoying, malas nak ambik tahu but at the same time kau terpaksa ambil berat pasal dia for the SAKE of your LIFE, your FUTURE.


Tapi, aku ni bukan lah jenis yang memberontak sampai tak ingat dunia. Kita ada ALLAH, dia ja yang mampu dengar apa kita luahkan, isi hati kita. Sometimes, orang yang dekat dengan kita pun TAK dapat faham kita, and paling sedih hanya cari kita bila perlu. It’s freaking HURT inside. Now I feel that. Takpe lah, since aku  percaya semua yang jadi ada HIKMAH even aku rasa down, give up dan segala yang lemah semangat tapi kalau kita FOLLOW apa yang Dia dah tetapkan, mesti ada kebaikan suatu hari nanti.




InsyaAllah, have FAITH, Mas! 

Sunday, 2 August 2015

OF PENANG HILL n TRANSFORMERS


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak update satu entry pasal jelajah Penang kelmarin. Takdak la jelajah seluruh kawasan pun, setakat jalan-jalan ja. Disebabkan akak and husband dia balik sini, diorang bawak aku dengan adik pergi Penang Hill. Kira ni kali ketiga pergi sana, so tunggu 10 tahun akan datang pulak la bawak anak-anak kalau nak pergi pun. Haha.


Cuaca tengahari tu tak berapa ok , hujan lebat. Lepas pukul 2 baru hujan dah stop and dapat bergambar dengan berlambaknya. Lama tak naik train ni, rasa gayat pulak.

 Sweet like cekelat tak? Hehe jangan nak salah paham sangat lah, ni adik aku. Tapi kalau jalan sebelah, aku suka kepit lengan dia acah-acah kapel. Lol.



Oh no, excuse my chubby face!


Baru lepas hujan, sejuk plus berkabus jadinya. Tapi, bila cakap kenapa tak keluar asap dari mulut pun macam Oppa Lee Min  Ho tu? Hihihihihi

Macam-macam gelagat orang dapat tengok. Ada yang asyik tak lepas GoPro dengan pose ala-ala hipster, selfie setiap saat, jalan pegang tangan (how sweet) and acah-acah terjun bukit. Haha. Tapi apa yang buat aku rasa geram, bila tengok ibu-ibu muda yang bawak anak kecik kat kawasan yang ramai orang camni. Baby ok, yang suka nanges and merengek 24 jam. Aku kesian tengok baby tu, kalau nak datang tempat camni takpayah la bawak. Ni gigih nak usung dengan stroller besar gedabak bagai. Then, aku yang tengok ni pun ada rasa rimas jugak. Haihhh. 

Akak and Abg Wazir


Area padlock yang still under new renovation ni of course jadi tarikan utama untuk pasangan bercinta. Takpela awak if kita tak lock nama kat sini pun. Sebabnya saya dah kunci awak dalam hati saya rapat-rapat, kemas-kemas. Hehe.


Petang tu pulak pergi jumpak Optimus Prime and Bumblebee kat Esplanade Padang Kota Lama. Pameran ni berlangsung sampai 17 September. So sapa nak tengok transformer in person datang la sini, hee.





Lama tak pose ayu , hehe


Char Kue Teow Along before balik rumah. Tak pernah jemu.

That's all untuk harini. Cuti semester yang mengambil masa selama 2 bulan ni membuatkan aku kelihatan lebih chubby sebab hanya duduk rumah menghabiskan makanan yang ada, kerja pun tak. Huhu 'memanfaatkan' cuti dengan sebaiknya guys.