Wednesday, 15 July 2015

BISKUT CORNFLAKES BERMADU


Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar dah masuk 28 Ramadan pun hari ni. Aku saja ka yang rasa Ramadan tahun ni cepat sangat? Lusa dah raya. Persiapan raya tahun ni macam biasalah every year, baju raya pun shopping last minute. Dah tu pulak masuk sampai banyak kedai, yang berkenannya sepasang ja. Haha. Cerewet. Yup, that's me.

Dari segi kuih raya tu, ada la buat dalam beberapa jenis- semprit, simpulan kasih serunding, kuih siput , biskut cornflakes dan kek batik. Yang lain tu semua beli je. So, untuk entri kali ni aku nak share resepi biskut cornflakes bermadu yang menjadi biskut raya wajib setiap tahun aku akan buat. Memang menjadi kegemaran budak-budak , jadi biskut ni la yang akan disapu licin dulu. Resepi yang simple n tak memerlukan banyak bahan.

- Satu kotak nestle cornflakes
- Buttercup 250g
- Setengah cawan gula kasar
- 1-2 sudu madu

Firstly, masukkan buttercup, gula dan madu ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Then tutup api dan masukkan cornflakes. Lepas letak dalam cawan kertas tu, bakar dalam oven selama 2-3 minit. Tak perlu lama pun, nanti hangit tak sedap pulak. 




Tadaaaa dah siap. Rangup plus maneh melecaih macam orang yang buat dia. Hihikkks. Ok lah di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Raya jemput mai rumah okay. Bye. :-)



No comments:

Post a Comment