Saturday, 25 July 2015

RAYA 2015


Assalamualaikum semua, hari ni dah pun masuk 9 Syawal. Dan hari ni jugak aku berkesempatan nak update entri Raya 2015 sebab baru lepas baik demam je, huu. Raya sakan sangat, makan tak ingat dunia, minum air sejuk memanjang ni la jadinya. Lagipun aku ni memang jenis jarang nak dapat demam, but sekali demam tu mau seminggu jugak la. 

Untuk raya tahun ni macam biasa je. Raya first akak-akak aku takdak kat rumah, pakat beraya rumah mak mentua. Raya kedua baru diorang balik. 

Ootd Raya ke-2 . Sebenarnya nak tema royal blue, tapi cari baju raya pun last minute mana nak dapat beb.


Petang tu pulak pergi rumah Tok. Ala, rumah Tok aku ni 5 minit dah sampai tapi kat Kg Tebuk Jawa,Perak. Haha sempadan lah katakan. Open house ni untuk adik-beradik , saja kumpul ramai-ramai untuk borak,  gosip, dan makan-makan. Sebelah petang ramai jugak family sebelah Abah yang datang. Makin bertambah  Anak Cucu Tok Don ni, and this family expected to expand more for next raya. Huu.

Bila berkumpul dengan sedara mara, beraneka jenis soalan typical memang selalu ditanya - dah kerja ? bila nak habis? berapa tahun lagi kat sana? belajar kos apa?Tapi...this year ada soalan cepumas yang baru. "Bila nak kenduri?" Hehehe adoyai blur sekejap nak menjawab apa dengan makcik-makcik aku tu. Apapun kalau jodoh, lepas grad nanti lah kan. Aaminnn. 

Mak Ndak, Pak Long, Pak Teh, Mak Uda, Mak Lang, Mak Su and Mak Cik. My abah (Pak Ngah) dengan Pak Tam ja takdak dalam gambar. 

Tu la Tok aku. Umur dah 80-an pun tapi masih sihat alhamdulillah. Cuma sekarang dia kalau bersembang mcam ingat-ingat lupa.

Geng main mercun

Selfie on Hari Raya is a must!

Esoknya pulak, raya ke-3 duk rumah je melayan sedara mara yang datang. Raya ke-4 baru la ke Penang rumah besan mak abah. 

 selfe lagi :-p

 Recycle baju raya tahun 2013 sebenarnya ni. Eh masih muat, haha. Excuse my chubby face., hik


Nampak dah baby bump akak. Due insyAllah bulan 11 ni. I nak anak menakan lelaki pulak ye, huu


Malam tu pulak pegi Char Kuey Teow Along. Mengidam kot. Dah lama nak makan since balik cuti bulan yang lepas2, tapi tak berpeluang. Kalau kat Along ni memang aku rekemen sangat. Sedap, sedap dan sangat sedap. Best in town lah katakan. Kalau datang waktu malam, memang kedai dia asyik full sampai ada customer yang beratur and terpaksa tunggu kat belakang meja orang yang tengah makan untuk dapatkan tempat. Haaa memang terbaik la. Sapa yang mai Parit Buntar, wajib singgah Char Kuey Teow Along ok.


Banyak ni je duit raya tahun ni, huu syukur alhamdulillah. Selagi tak keja and kawen harus la dapat duit raya kan.

Ok la setakat ni saja entri raya aku. Tak ambik banyak gambar pun raya tahun ni, huu

Wednesday, 15 July 2015

BISKUT CORNFLAKES BERMADU


Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar dah masuk 28 Ramadan pun hari ni. Aku saja ka yang rasa Ramadan tahun ni cepat sangat? Lusa dah raya. Persiapan raya tahun ni macam biasalah every year, baju raya pun shopping last minute. Dah tu pulak masuk sampai banyak kedai, yang berkenannya sepasang ja. Haha. Cerewet. Yup, that's me.

Dari segi kuih raya tu, ada la buat dalam beberapa jenis- semprit, simpulan kasih serunding, kuih siput , biskut cornflakes dan kek batik. Yang lain tu semua beli je. So, untuk entri kali ni aku nak share resepi biskut cornflakes bermadu yang menjadi biskut raya wajib setiap tahun aku akan buat. Memang menjadi kegemaran budak-budak , jadi biskut ni la yang akan disapu licin dulu. Resepi yang simple n tak memerlukan banyak bahan.

- Satu kotak nestle cornflakes
- Buttercup 250g
- Setengah cawan gula kasar
- 1-2 sudu madu

Firstly, masukkan buttercup, gula dan madu ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Then tutup api dan masukkan cornflakes. Lepas letak dalam cawan kertas tu, bakar dalam oven selama 2-3 minit. Tak perlu lama pun, nanti hangit tak sedap pulak. 




Tadaaaa dah siap. Rangup plus maneh melecaih macam orang yang buat dia. Hihikkks. Ok lah di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Raya jemput mai rumah okay. Bye. :-)