Monday, 15 June 2015

OF CHICKEN RICE SHOP AND INSIDIOUS 3


Assalamualaikum semua. Hari ni nak update jap entry yang sepatutnya 13hb, tapi masih belum basi kot..hehe. Nak dijadikan cerita memang plan nak keluar lepas habis paper killer (Financial Management) tu. Erm nak move on dari kemurungan lepas jawab exam lah katakan. Tapi memang susah la FM hari tu. Aku tak mengharap banyak melainkan LULUS saja. Sobs.

Lokasi pilihan kitorang hari tu ialah Aeon Big Alor Setar. Pukul 6 bergerak dari UUM and dalam sejam sampai sana. Terus menerpa masuk The Chicken Rice Shop sebab si Zana ni nak berbuka puasa situ.



Sushi King pun sedap ni. Tapi since masih ragu-ragu dengan status halalnya, so cancel lah nak makan. 



Besties since Semester 1. Tak perlu kenalkan dah kot sebab entry yang sebelum ni pun banyak muka diorang dah, haha. Pahang, Penang, Kedah, Johor, Terengganu & Kelantan. See, berkawan tak semestinya kena satu kenegerian, still boleh masuk kepala even masing-masing lain dialek pertuturan.



Sebab nak release stress, tengok la citer yang jerit-jerit sikit, huu. Insidious 3. Boleh tahan seram and banyak part suspense. Tapi..citer dia sekejap sangat, tak sampai 2 jam.

Dah lepas solat ni sebab tu pakai shawl camtu ja. Malas nak belit-belit bagai dah. Simply the best. :-p


Nak tengok Jurassic World tapi tiket dah sold out. Kitorang muka suka bergambar kat mana pun. Apa orang nak cakap don't care, kihkih


Pendek dan mokmok. That's me. Huhu




Ok that's all. Tak sabar nak balik rumah pulak rasanya. Habis final exam 25/6 , then esoknya balik rumah. Wehuuu. Kbai.

No comments:

Post a Comment