Monday, 15 June 2015

CRAVING SATISFIED

Assalamualaikum and selamat petang. Eh rajin pulak update 2 entry sehari ni. Memandangkan gap for the next paper ada lagi seminggu, kasi can iols bermanja dengan blog kejap, huu. Main point nya pasal aku ni yang dah beberapa hari mengidam pizza mengalahkan ibu mengandung. Kesian my roomate yang asyik dengar ayat-ayat craving aku kat bilik, haha. 

Jadi, semalam tak rancang sangat pun. Sengaja ajak si Safwan pi Pizza Hut Jitra. Alangkah bahagianya diri ini bila dia kata 'JOM LA' . Hehe.


Chicken Hawaiian and Barbecue Chicken as our dinner last night. 

At last, my pizza craving was satisfied. I'm a happy girl. :-p


Bagus twin aku ni, ajak ja pi mana mesti dia ON. 



A big thanks to them yang sudi melayan kerenah aku. Haihhh belum jadi ibu mengandung lagi dah mengidam sana sini. Nanti dah preggy mengidam apa lah kan, hihi. FA, mohon awak bersedia dengan perangai mengidam saya ni start dari sekarang..huu. 


OF CHICKEN RICE SHOP AND INSIDIOUS 3


Assalamualaikum semua. Hari ni nak update jap entry yang sepatutnya 13hb, tapi masih belum basi kot..hehe. Nak dijadikan cerita memang plan nak keluar lepas habis paper killer (Financial Management) tu. Erm nak move on dari kemurungan lepas jawab exam lah katakan. Tapi memang susah la FM hari tu. Aku tak mengharap banyak melainkan LULUS saja. Sobs.

Lokasi pilihan kitorang hari tu ialah Aeon Big Alor Setar. Pukul 6 bergerak dari UUM and dalam sejam sampai sana. Terus menerpa masuk The Chicken Rice Shop sebab si Zana ni nak berbuka puasa situ.



Sushi King pun sedap ni. Tapi since masih ragu-ragu dengan status halalnya, so cancel lah nak makan. 



Besties since Semester 1. Tak perlu kenalkan dah kot sebab entry yang sebelum ni pun banyak muka diorang dah, haha. Pahang, Penang, Kedah, Johor, Terengganu & Kelantan. See, berkawan tak semestinya kena satu kenegerian, still boleh masuk kepala even masing-masing lain dialek pertuturan.



Sebab nak release stress, tengok la citer yang jerit-jerit sikit, huu. Insidious 3. Boleh tahan seram and banyak part suspense. Tapi..citer dia sekejap sangat, tak sampai 2 jam.

Dah lepas solat ni sebab tu pakai shawl camtu ja. Malas nak belit-belit bagai dah. Simply the best. :-p


Nak tengok Jurassic World tapi tiket dah sold out. Kitorang muka suka bergambar kat mana pun. Apa orang nak cakap don't care, kihkih


Pendek dan mokmok. That's me. Huhu




Ok that's all. Tak sabar nak balik rumah pulak rasanya. Habis final exam 25/6 , then esoknya balik rumah. Wehuuu. Kbai.

Saturday, 6 June 2015

OH FINAL EXAM !


Assalamualaikum. Hmm satu entri merangkap minggu final exam ni. Esok bermula la peperiksaan akhir semester 4 aku kat UUM. Fuhhh risau pulak rasa. 

First paper, Mandarin diikuti dengan Finance, OSH, Performance Appraisal, Employee Law and lastly Ethics. Yang paling risau to the max of course Finance sebab carry mark low. Erm, lulus pun jadi lah untuk paper ni. Takmau repeat like seriously.


Till then, wish me luck!