Saturday, 9 May 2015

JERAI EXPEDITION


Assalamualaikum semua. Nak cerita sikit first experience aku mendaki Gunung Jerai. "This gonna be my first and last " . Haha benda ni yang aku berleter masa tengah penat tahap tak boleh bawak bincang hiking hari tu. Sebenarnya program ni under Human Resource Management Club, HRMC UUM which the 4th program untuk semester ni. Nak ke taknak of course kita kena support program kelab, kan? Kitorang bertolak dari UUM pukul 7 pagi and sampai kat Yan tu dalam pukul 9 pagi. Then, start mendaki dari Tangga Kenari or lebih dikenali sebagai Tangga Seribu. 


Mendaki lebih kurang 1000 anak tangga sambil menggalas backpacker yang berat dengan botol air mineral bukanlah suatu kerja yang mudah guys. Huu letihnya tu taktau nak kata lah sampai bernafas tercungap-cungap. Then, kitorang teruskan hiking melepasi checkpoint 1,2 dan 3. 



Memang bermandi peluh dan letih teramat. Lagi satu kami yang gegirls ni terpaksa meredah pacat yang begitu menggelikan, eeeiuuuuu. Sabar je la. Tambah pulak pagi tu hujan. Memang geli sangat weh. Aku pun tak terlepas kena gigit pacat. Bukak stokin je, berdarah kat betis. Memang berparut la gamaknya.



Singgah jap main air kat sini, sejuk giler 




Around 6 ptg setelah berjalan lebih kurang 3km sementara ke puncak,  kitorang berjaya sampai di Puncak gunung Jerai. Yeahhhh! At last, berjaya jugak mencabar diri mendaki gunung yang ketinggian 986 meter dari aras laut. Then, terus ke tapak campsite untuk berehat, urus diri dan set up khemah. 



Kan ku ukir namamu di awan Gunung Jerai. Hihi teringat lagu Cinta Pantai Merdeka pulak.


Prepare untuk BBQ Night. Nyumsss. 

Malam tu kitorang ada BBQ and sembang-sembang santai ja. No more other aktiviti sebab hujan lebat dan angin kuat. Khemah pun hampir terbang, huu kesian betul. Then, tido untuk recharge semula energy. 

Pagi esoknya, kemas barang, breakfast dan bersedia untuk pulang. 




Alhamdulillah, program kali ini berjalan dengan lancar. Memang satu pengalaman yang berharga untuk aku dan yang lain. Sakit satu badan ni berbaloi. Tahniah kepada pengarah program, Farahani. 

No comments:

Post a Comment