Sunday, 19 April 2015

KEK BATIK UNTUK DIA


Assalamualaikum bloggers sekalian! Harini nak share resepi kek batik simple mimple. Sengaja TER-rajin buat since Cik Abe yang request. Lagipun orang kata nak pikat hati yang tersayang, pikat perut dia dulu.. haha. 



Ok, ni dia bahan-bahannya..Tak banyak pun and senang nak dapat.

1 paket milo (yang kecik tu)
1 paket biskut marie (ikut suka nak patah-patahkan berapa kerat pun)
1 ketul buttercup 250g 
1 sudu esen vanilla ( optional - untuk bagi kek tu bau wangi je)
1/2 tin susu pekat manis (depends jugak sapa yang suka manis boleh letak lebih dari setengah, but setengah pun dah cukup  taste dah)


Cara-cara buat - 

Masukkan seketul butter bersama-sama dengan milo dan susu. Kacau laju-laju. Kalau boleh api tu sedang-sedang je nanti hangus pulak, huu. Kacau je lelaju sebab taknak bagi berketul. 

Next, kalau dah naik buih-buih menggelegak tu, masukkan biskut marie tadi. Kacau sampai sebati. Tutup api. 





Masukkan dalam loyang then tekap sampai rata. Then, letak dalam peti sejuk. Nak biarkan semalamam pun boleh. Esoknya makan dengan berseleranya. Nyum nyum~


See, simple je kan. Selamat mencuba. Kbai! 


No comments:

Post a Comment