Sunday, 26 April 2015

SHORT TRIP TO KL


Assalamualaikum korang semua. Hari Jumaat and Sabtu hari tu aku ke KL. Actually, kitorang pergi ni under Kegiatan Luar Kuliah (KLK) untuk Ko-k punya group tapi lebih kepada santai plus jalan-jalan je. Well, budak band mana nak layan benda-benda skema ni haha. 

Bertolak dari UUM pukul 11pm and sampai Sg Buloh around 5am. Mandi, solat, breakfast then terus gerak ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL.

Why nampak bambam ni? Huu


Orkestra Kuala Lumpur ni memang quite famous jugak sebab ramai professional musician yang tertumpu kat sini. Bestnya, bila la aku nak dapat join main dengan diorang? Hehe. Banyak lagu yang diorang perform hari tu. Antaranya - Stairway to Heaven, Jeritan Batinku, Victoria, Menanti Harapan and Final Countdown. Aku paling tertarik dengan lagu Final Countdown sebab  dekat part violin tu memang ohsem lah. For those yang nak try dengar, just singgah FB aku ada upload video tu. Most of them banyak dari section woodwind - tengok je la banyak violin and flute kat situ. Brass section tak berapa banyak maybe orkestra ni lebih tertumpu kepada lagu-lagu klasik which memerlukan banyak bantuan woodwind instrument.

Ada yang tanya if kitorang nak buat band camp kat sini sempena prektis untuk konvo semester depan boleh tak. Then Encik Hanafiah tu cakap, boleh sangat no problem, lagi pun pihak diorang sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar yang ada basic band. Huu yeayyyy! 

Then, diorang ni ada 2 team Combo yang di mana pemain-pemainnya memang teror belaka. Guitar player, percussionist, alto soprano, sexophone and keyboard player. By the way, abang keyboardist tu handsome macam retis. Before bersurai, sempat jugak aku bergambar dengan dia. Tapi gambar tu ada dalam DSLR member, hiks. 


Next, lepak kat Berjaya Times Square sampai petang. Kalau ikut plan asalnya, ada lagi dua tempat untuk visit - Istana Budaya & Aswara. Tapi disebabkan pihak IB busy dengan event, Aswara pulak tengah ada Festival Wind Orchestra so, kitorang pun terpaksa postpone. Huu takdak rezeki la kali ni nak pergi Aswara. Kalau tak, boleh jugak aku tengok budak-budak band perform on that day. 

Berjaya Theme Park

Nak naik benda alah ni tapi rasa macam gayat pulak. So, CANCEL. Haha


Untuk mengisi kekosongan masa yang ada, aku tengok citer Avengers dengan  budak-budak tu. Superb! Tak payah banyak komplen lah, aku bagi 9 out of 10 . Tapi part last agak terkilan sebab banyak hero dah takdak. 



Pukul 9pm kitorang gerak balik ke UUM. Huu even sort trip je, tapi memang banyak la input and pengalaman yang dapat. Tunggu next trip pulak lah dengan budak-budak konvo. Till we meet again guys. 

Wednesday, 22 April 2015

A NIGHT WITH GIRLFRIENDS


Assalamualaikum. Malam semalam aku dengan bebudak geng lepak sekejap kat Steamboat Bukit Kayu Hitam. Mengidam katanya, huu. Sebelum tu singgah Cmart dulu beli sedikit ration and barang-barang untuk program esoknya. Tapi kali ni Diba pulak tak dapat join sebab tak sihat, selalu kan kitorang berlima.

Peloles dan putih sangat dah kenapa? Biasa la, kombinasi camera360 + flash


Ermmm dapnya..jom main masak-masak. Harga steamboat kat sini quite murah, satu kepala RM 13 

Nampak tak orang pro tengah bakar daging black pepper tu, pebret sangat . Hehe



Makan sampai full sangat rasa macam nak terkeluar balik, huu. Sebab aku denga Jieha puasa so memang tanki kosong dipenuhkan serta-merta malam  tu. 

Around 10.30 kitorang gerak balik UUM. By the way minggu ni dah start paper midterm. Huhu stduy, asaimen, kuiz and presentation pun masih tunggang- langgang lagi. 

Sunday, 19 April 2015

KEK BATIK UNTUK DIA


Assalamualaikum bloggers sekalian! Harini nak share resepi kek batik simple mimple. Sengaja TER-rajin buat since Cik Abe yang request. Lagipun orang kata nak pikat hati yang tersayang, pikat perut dia dulu.. haha. 



Ok, ni dia bahan-bahannya..Tak banyak pun and senang nak dapat.

1 paket milo (yang kecik tu)
1 paket biskut marie (ikut suka nak patah-patahkan berapa kerat pun)
1 ketul buttercup 250g 
1 sudu esen vanilla ( optional - untuk bagi kek tu bau wangi je)
1/2 tin susu pekat manis (depends jugak sapa yang suka manis boleh letak lebih dari setengah, but setengah pun dah cukup  taste dah)


Cara-cara buat - 

Masukkan seketul butter bersama-sama dengan milo dan susu. Kacau laju-laju. Kalau boleh api tu sedang-sedang je nanti hangus pulak, huu. Kacau je lelaju sebab taknak bagi berketul. 

Next, kalau dah naik buih-buih menggelegak tu, masukkan biskut marie tadi. Kacau sampai sebati. Tutup api. 





Masukkan dalam loyang then tekap sampai rata. Then, letak dalam peti sejuk. Nak biarkan semalamam pun boleh. Esoknya makan dengan berseleranya. Nyum nyum~


See, simple je kan. Selamat mencuba. Kbai!