Sunday, 22 March 2015

TAYANGAN AMAL ISYARAT CINTA

Assalamualaikum semua. Malam ni aku nak update tentang event yang berlangsung baru-baru ni di Dewan Mua'dzam Shah, UUM. Hari Jumaat dan Sabtu lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Suhan Movies & Trading telah menganjurkan sebuah program Tayangan Amal Isyarat Cinta. Aku saja join jadi AJK unutk program ni. Mulanya nak tiket free ja, huu.

 Rehearsal pada sebelah petang. Tomok datang buat persembahan untuk lagu rasmi UUM iaitu Biru Warna dan OST filem ni, Tak Harus Memiliki. Sempat la jugak bergambar kejap, huu. 

Bukan selalu nak acah-acah jadi usher, hee

Before program start, baik selfie dulu dengan mek Jiha ni. 


Fortunately, program malam tu memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada student UUM. Lebih kurang 2k penonton yang hampir memenuhi seat kat DMAS tu. Full house. Nak tau sapa artis yang datang malam tu? Mestila pelakon utama filem ni. Fizo Omar, Adi Putra, dan penampilan khas oleh Tomok serta Muaz. 


Gambar ihsan dari Instagram. Apapun cerita ni banyak dapat feedback yang positif dari penonton. Jalan cerita yang menarik ditambah lagi sound effect time Adi Putra tutup buku tu. Perghhh macam bunyi guruh, haha. Tapi, aku macam tak berapa nak puas hati part ending. Why Airiel yang kahwin dengan Dhia? Iskandar pulak yang berkorban lebih. Sobss emo pulak. Hahaha. So untuk sapa-sapa yang nak tau jalan cerita ni macam mana, pergi la tengok. Apapun lagu yang Tomok nyanyikan tu best sangat, deep, menyentuh hati..huu.


Bila dok kat back stage menyempat jugak la selfie dengan Tomok. Takpela tak sempat bergambar dengan Fizo and Adi Putra pun, hihi


Next, dengan emcee kita - Abg Muaz , radio announcer tu. Handsome kan? Melting kejap. Haha opsss mohon awak tak jeles ye FA. 

Alhamdulillah program ni dapat jugak berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Tahniah diucapkan kepada pengarah program, saudara Amin Hazeeq dan juga AJK yang terlibat dalam menguruskan program ini. At least, sambil berhibur kita beramal. Yedop? 


Cinta tak harus memiliki. Sekian.






No comments:

Post a Comment