Sunday, 8 March 2015

8 MARCH 2015


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni ada masa senggang sikit so saja la nak update blog. First entry for this month. 

Hari Jumaat yang lepas, kelab HR aku ada anjurkan Bengkel Adobe Photoshop yang khusus untuk semua MT dan Exco Kelab Pengurusan Sumber Manusia sesi 2014/2015. Untuk pertama kalinya aku jadi Pengarah projek..haha. Tapi alhamdulillah la sebab semua berjalan dengan baik even program kecik and kalau ada yang kurang tu biasa la as a beginner macam aku ni kan. Betul la cakap mantan presiden kitorang sem lepas, sebelum program tu memang kalut sikit. Buat paperwork then pergi hantar kat PPA, lepas tu ada salah sikit kena edit balik. Penat aku turun naik tangga pergi jumpak penyelaras lah itu lah ini lah. Huk..tapi lepas program jalan je baru la lega sikit. 




Sebelah petangnya pulak misi ke Padang Besar bersama budak geng. Again. Haha pi shopping apa je lah. Then, pergi C-Mart tengok barang dapur sikit untuk masak kat bilik. Yuhuuu~




Sejak jadi Exco Informasi ni memang aku busy la kena update itu ini kat group and page kat FB termasuklah website kelab. Kena manage 2 blog..huu. Blog personal ni pun jarang-jarang update sekarang tapi better la dari tak update langsung kan. 


Hari minggu ada ko-k macam biasa. Hari tu dapat skor lagu baru, "Ku Bahagia" . Nope la, tengah homesick ni tahu tak? Huwaaaa. Pagi Sabtu hari tu jugak Pusat ko-k terima kunjungan dari ko-k Seni Muzik Gamelan Uitm Perlis. Kitorang kena perform sekejap lagu ni kat diorang. Erk..awkward ok..hari tu dapat lagu, tanpa prektis yang betul-betul, masa tu jugak la  terus kena perform kat orang. Ohhh noo..tapi main setengah skor je la. Malu la iolsss..haha.

No comments:

Post a Comment