Saturday, 28 March 2015

TESTIMONI PRODUK TERBARU MISS MJ


Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal make up. Haha jarang bebenar la Cik Mas ni nak cakap pasal make up and benda-benda girlish camtu. Tapi petang tadi aku dengan bebudak geng join testimoni untuk produk terbaru Miss MJ. Sabrina tu la ajak dalam sepuluh orang untuk join. Makcik dia sendiri yang tolong make up kan. Sebab selalunya kalau nak keluar manapun make up nipis, takdak la nak letak foundation tebal-tebal, eyeshadow, blusher dan seangkatan dengannya. Dah memang tak reti make up kan, hihik. Lagipun kalau keluar dengan si Fazrul tu, taknak nya dia tengok aku make up bagai. Why lelaki tak suka perempuan make up? Why? HAHA. So, to be simple aku just pakai foundation , bedak tipis, mascara and lipbalm. 


Nampak lain sungguh muka. Garang pun ada, haha. The power of make up. First time make up macam ni. Ada iras-iras Nad Zainal tak? Kahkah. Kalau termasuk Mak Jah tadi, berapa orang dah cakap muka aku macam nad Zainal. Kbai :-p

With Sabrina, model ni. Hehe

Foundation Miss MJ. Smooth, tutup cela dan jerawat. Terbaik! 





Bawang Merah Bawang Putih . Haha muka aku tu ganas pulak..




Dapat free mascara and compact powder, Yeayy!


Ok guys tu je cerita hari ni. Try la pakai produk terbaru dari Miss MJ ni. Anda tidak akan menyesal, guarantee warranty. Eheee. Bye.

Sunday, 22 March 2015

TAYANGAN AMAL ISYARAT CINTA

Assalamualaikum semua. Malam ni aku nak update tentang event yang berlangsung baru-baru ni di Dewan Mua'dzam Shah, UUM. Hari Jumaat dan Sabtu lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Suhan Movies & Trading telah menganjurkan sebuah program Tayangan Amal Isyarat Cinta. Aku saja join jadi AJK unutk program ni. Mulanya nak tiket free ja, huu.

 Rehearsal pada sebelah petang. Tomok datang buat persembahan untuk lagu rasmi UUM iaitu Biru Warna dan OST filem ni, Tak Harus Memiliki. Sempat la jugak bergambar kejap, huu. 

Bukan selalu nak acah-acah jadi usher, hee

Before program start, baik selfie dulu dengan mek Jiha ni. 


Fortunately, program malam tu memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada student UUM. Lebih kurang 2k penonton yang hampir memenuhi seat kat DMAS tu. Full house. Nak tau sapa artis yang datang malam tu? Mestila pelakon utama filem ni. Fizo Omar, Adi Putra, dan penampilan khas oleh Tomok serta Muaz. 


Gambar ihsan dari Instagram. Apapun cerita ni banyak dapat feedback yang positif dari penonton. Jalan cerita yang menarik ditambah lagi sound effect time Adi Putra tutup buku tu. Perghhh macam bunyi guruh, haha. Tapi, aku macam tak berapa nak puas hati part ending. Why Airiel yang kahwin dengan Dhia? Iskandar pulak yang berkorban lebih. Sobss emo pulak. Hahaha. So untuk sapa-sapa yang nak tau jalan cerita ni macam mana, pergi la tengok. Apapun lagu yang Tomok nyanyikan tu best sangat, deep, menyentuh hati..huu.


Bila dok kat back stage menyempat jugak la selfie dengan Tomok. Takpela tak sempat bergambar dengan Fizo and Adi Putra pun, hihi


Next, dengan emcee kita - Abg Muaz , radio announcer tu. Handsome kan? Melting kejap. Haha opsss mohon awak tak jeles ye FA. 

Alhamdulillah program ni dapat jugak berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Tahniah diucapkan kepada pengarah program, saudara Amin Hazeeq dan juga AJK yang terlibat dalam menguruskan program ini. At least, sambil berhibur kita beramal. Yedop? 


Cinta tak harus memiliki. Sekian.






Sunday, 8 March 2015

8 MARCH 2015


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni ada masa senggang sikit so saja la nak update blog. First entry for this month. 

Hari Jumaat yang lepas, kelab HR aku ada anjurkan Bengkel Adobe Photoshop yang khusus untuk semua MT dan Exco Kelab Pengurusan Sumber Manusia sesi 2014/2015. Untuk pertama kalinya aku jadi Pengarah projek..haha. Tapi alhamdulillah la sebab semua berjalan dengan baik even program kecik and kalau ada yang kurang tu biasa la as a beginner macam aku ni kan. Betul la cakap mantan presiden kitorang sem lepas, sebelum program tu memang kalut sikit. Buat paperwork then pergi hantar kat PPA, lepas tu ada salah sikit kena edit balik. Penat aku turun naik tangga pergi jumpak penyelaras lah itu lah ini lah. Huk..tapi lepas program jalan je baru la lega sikit. 




Sebelah petangnya pulak misi ke Padang Besar bersama budak geng. Again. Haha pi shopping apa je lah. Then, pergi C-Mart tengok barang dapur sikit untuk masak kat bilik. Yuhuuu~




Sejak jadi Exco Informasi ni memang aku busy la kena update itu ini kat group and page kat FB termasuklah website kelab. Kena manage 2 blog..huu. Blog personal ni pun jarang-jarang update sekarang tapi better la dari tak update langsung kan. 


Hari minggu ada ko-k macam biasa. Hari tu dapat skor lagu baru, "Ku Bahagia" . Nope la, tengah homesick ni tahu tak? Huwaaaa. Pagi Sabtu hari tu jugak Pusat ko-k terima kunjungan dari ko-k Seni Muzik Gamelan Uitm Perlis. Kitorang kena perform sekejap lagu ni kat diorang. Erk..awkward ok..hari tu dapat lagu, tanpa prektis yang betul-betul, masa tu jugak la  terus kena perform kat orang. Ohhh noo..tapi main setengah skor je la. Malu la iolsss..haha.