Thursday, 26 February 2015

SEMESTER 4


Assalamualaikum. Dah hampir seminggu since aku balik ke Sintok ni demi meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasisiwi. Sebenarnya masih dalam mood homesick. Rindu family, rumah, and anak-anak ( Opi, Ozil, Sano, Cayang). Anak kucing maksud aku..huu. 

Hari Jumaat lepas aku sampai and terus daftar untuk ambik kunci. Unfortunately, disebabkan kerja-kerja pemasangan perabot baru kat Dpp Bank Muamalat ni, nombor bilik kitorang semua dah ditukar. Tu yang tak best..sobss. Aku kena pindah ke AP4 aras 3 tapi still dengan roomate lama, Jieha. Jenuh nego dengan orang pejabat tu nak balik semula ke AP3 sebab barang aku banyak giler kat pantry. Penat aku buat muka kesian apa semua, tapi tak boleh tukar jugak sebab dah masuk dalam sistem. Siap cakap lagi kira beruntung la sebab tak kena apung ke DPP lain yang jauh macam DPP Bank Rakyat and SME Bank. Hello, kalau kena apung pun aku boleh argue kot sebab semester lepas bukannya aku tak join aktiviti DPP langsung pun . Haihh takpe lah kali ni aku tak ambik port sangat  kat 'akak-akak' pejabat . Malas lah, redha ja..

Letih yang amat angkut barang dari AP3 ke AP4, then kemas bilik pulak. Adoyaii..


Done. Nasib baik boleh pilih roomate lagi. Semalam Mira datang bilik and dia cakap bilik aku pelik..sebab kemas sangat. Hahaha. Yeke kemas? Kau perli eh? Dari semester 1 lagi aku roomate dengan si Jieha, and benda first yang aku detect - budak ni memang tak boleh tengok benda berselerak atau senang kata jenis kemas la. Aku pun kadang-kadang tak boleh tengok jugak kalau berselerak, sakit mata oi. So, memang serasi lah kitorang ni, haha. Before pergi kelas, mesti akan cekangkan cadar dulu and make sure semua dalam keadaan teratur. Mungkin dah terbiasa sebab dulu kan aku dok hostel.  


Port study. 
Harus la ada Lee Min Ho kat situ.. :-p


Oppa, bogoshipo! At least ada jugak gambar yang aku boleh letak kat frame ni, daripada tak guna langsung.


Gambar baru balik kelas EPM petang tadi, hii

Untuk semester 4 ni aku ambik 6 subjek jugak dengan harapan boleh score lah kesemuanya.
1) Employee Performance Management
2) Mandarin II
3) Introduction to Occupational Safety and Health 
4) Management Ethics
5) Financial Management
6) Employment & Industrial Realations Law

Risaunya dengan FM, subjek yang boleh dikatakan killer lagi-lagi untuk orang yang tak minat math macam aku ni..wuu. 

No comments:

Post a Comment