Friday, 13 February 2015

RESULT SEMESTER 3


Tanggal 12 Februari 2015 iaitu kelmarin telah diumumkan keputusan final exam semester pertama sesi 2014/2015. Hari yang penuh debaran bagi semua mahasiswa/i  UUM. Siapa tak ketaq lutut bro, result final. Tapi result hanya angka..chill la. Eceyhhh.

Petang kelmarin aku memang off data, malas nak tengok whatsapp sebab member2 dalam group whatsapp tu pakat dok tanya result. Dan aku pulak tak senang duduk punya takut nak bukak portal. Apa jadi pun kena check jugak kan, aku mempasrahkan diri , lewat malam semalam aku gigih jugak bukak portal. Memang TER-lalu risau dekat subjek T&D,  Business Law and Staffing sebab carry mark rendah je kot. 




Kerisauan tahap kucing hilang anak tu akhirnya terjawab jugak. Alhamdulillah..tak kena repeat and pointer pun exceeded my target. Peningkatan sebanyak 0.39. 


1. Gelagat Organisasi - at least B- , at most B+  
    Paper ni tak boleh nak A dah la since carry mark pun low..huhu tak pelah.

2. Penstafan - target at least C , at most B-
Yuhuuu fortunately tak kena repeat paper ni dan tak payah la nak kena masuk kelas Sir Wan     Din lagi sem depan. Well, dia memang strict dalam marking paper and attendance student. Nak dapat 1 markah untuk kuiz pun susah weh. To be honest, aku pernah ponteng kelas dia 1/5 kali. :-p

3. Latihan dan Pembangunan (T&D)  - at least C , at most B
Ni lah paper killer dengan lecturer foreigner lagi, huhu. Assignment group kitorang  dulu dia pernah reject tau dengan alasan ada plagiarism. So dengan perassan down , kitorang kena buat semula and pasal visit company tu pun dengan last minute. Dia punya terrible horrible masa tu hanya Tuhan yang tahu, bayangkan la for sure carry mark tak seberapa. Bila final pun redha saja buat sebaik mungkin dengan harapan boleh lulus. At last, semalam I was so shocked . A? Seriously Dr Awais ni? Kenapa baik sangat. Ni nak start sayang dia ni. Haha. Lembut jugak hati dia dengan doa aku..hihi. Syukur..

4. Undang- undang Perniagaan - at least C, at most B+ 
Paper Law yang aku tak tau jawab apa. Time midterm hari tu siap tersilap akta dengan seksyen. Berapa banyak kali hafal pun tak boleh nak lekat..lol. Alhamdulillah tak expect jugak dapat A- . Thanks Puan Azma. Aku suggest junior2 ambik kelas dia, sebab dia memang sempoi dan agak selalu cancel kelas last minute. Geram tak rasa? Hehe. 

5. Process Writing - at least A- , at most A
Biasa la, process writing paper yang aras lebih tinggi selepas Ecom II. A- pun jadi lah, ni mesti slack banyak kat part essay..huhu.

6. Bahasa Mandarin 1 - at least A- , at most A
Paper ni memang jawab pejam mata ja. Haha k gurau. Tapi siyes bagitau yang dia tak lah sesusah kalau nak compare dengan time buat latihan tu as long as kau hafal dan faham macam mana nak buat ayat. Mungkin coursework banyak membantu sebab ada video presentation dan chinese character. Oh tidak.. lagi 2 sem kena buat video lagi untuk Mandarin Level 2 dan 3. 

7. Orkestra III - Ni memang target A setiap sem, huu. Bukan ada exam pun, asal datang ko-k plus involve untuk show, guarantee A lah. Aku hampir di-bar kot sebab ponteng ko-k 2x. Nasib baik lah berjaya pujuk Encik Rizal tu.. :-p


Apa-apa pun selagi kita usaha, rezeki tu ada ja Allah akan bagi. Alhamdulillah sem 3 ni dapat jugak merasa dapat DL. Huhu..fokus untuk next semester pulak. Add drop aku tak settle lagi ni.. Please la ada kosong untuk subjek Management Ethics tu.. huk. 

Till then, bubui. 


2 comments: