Sunday, 15 February 2015

AISKRIM TEMPURUNG KELAPA


Belakangan ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang fenomena aiskrim tempurung kelapa . Mula-mula coconut shake, then aiskrim pasu , tak lama lepas tu diterjah pulak dengan aiskrim dalam tempurung ni. Lepas ni dalam apa pulak? Huu

Disebabkan yang lain tak dapan join, aku , Kucai dengan Sarah je la yang pergi. Matlamat utama nak mencari aiskrim tempurung sambil jalan-jalan kat Penang. Tak ingat jalan sampai guna Waze. Haha nama ja dok Pulau Pinang tapi area Island tu pun aku tak habis travel lagi, plus jalan kat Penang sentiasa berubah macam kat KL jadinya. 

Dalam pukul 4pm sampai sana, terus pergi street art nak ambil gambar dulu. Dah la panas terik, burn aku dibuatnya.

Kreatif kan. Best street art ni sebab banyak mural yang cantik-cantik n sesuai untuk orang yang suka seni dan bergambar macam aku. ;-p

Owh, raya cina nak dekat dah

Kucing gergasi

Tumpang jap adik, akak nak bergambar..hehe

 Ermmm..dapnyaaaa.!


Tadaaaa. Sila terliur. Ehee. Well, aku suka dok mencuba benda-benda baru  tapi aiskrim pasu tu tak sempat rasa lagi. Fyi, aiskrim ni dijual kat gerai tepi-tepi jalan tu ja, kat Lebuh Chulia. RM 6 setiap satu plus air kelapa secawan. Sedap makan benda camni time cuaca panas-panas, sejuk tekak. So, sapa yang nak merasa boleh la datang area sini. 



Terjumpak si Affan  pulak kat situ, nak hantar member dia pi airport katanya. Dia kata aku dah gemuk. Cisss kuajiaqqq punya bachan, hukhuk. 

Sebenarnya aku nak ambik gambar banyak2 lagi kat street art ni, tapi memandangkan cuaca panas dan tak larat nak jalan kaki dah, so lain kali je lah. Next time datang sini, nak ambik gambar puas-puas kat semua mural situ. Haha. Lepas makan, lepak Padang Kota Lama kejap and then gerak balik rumah. 

20hb ni dah kena balik UUM. Cuti yang pada awalnya sebulan lebih sekarang ni bagaikan seminggu ja rasa. Hiperbola sangat! 

2 comments: