Thursday, 26 February 2015

SEMESTER 4


Assalamualaikum. Dah hampir seminggu since aku balik ke Sintok ni demi meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasisiwi. Sebenarnya masih dalam mood homesick. Rindu family, rumah, and anak-anak ( Opi, Ozil, Sano, Cayang). Anak kucing maksud aku..huu. 

Hari Jumaat lepas aku sampai and terus daftar untuk ambik kunci. Unfortunately, disebabkan kerja-kerja pemasangan perabot baru kat Dpp Bank Muamalat ni, nombor bilik kitorang semua dah ditukar. Tu yang tak best..sobss. Aku kena pindah ke AP4 aras 3 tapi still dengan roomate lama, Jieha. Jenuh nego dengan orang pejabat tu nak balik semula ke AP3 sebab barang aku banyak giler kat pantry. Penat aku buat muka kesian apa semua, tapi tak boleh tukar jugak sebab dah masuk dalam sistem. Siap cakap lagi kira beruntung la sebab tak kena apung ke DPP lain yang jauh macam DPP Bank Rakyat and SME Bank. Hello, kalau kena apung pun aku boleh argue kot sebab semester lepas bukannya aku tak join aktiviti DPP langsung pun . Haihh takpe lah kali ni aku tak ambik port sangat  kat 'akak-akak' pejabat . Malas lah, redha ja..

Letih yang amat angkut barang dari AP3 ke AP4, then kemas bilik pulak. Adoyaii..


Done. Nasib baik boleh pilih roomate lagi. Semalam Mira datang bilik and dia cakap bilik aku pelik..sebab kemas sangat. Hahaha. Yeke kemas? Kau perli eh? Dari semester 1 lagi aku roomate dengan si Jieha, and benda first yang aku detect - budak ni memang tak boleh tengok benda berselerak atau senang kata jenis kemas la. Aku pun kadang-kadang tak boleh tengok jugak kalau berselerak, sakit mata oi. So, memang serasi lah kitorang ni, haha. Before pergi kelas, mesti akan cekangkan cadar dulu and make sure semua dalam keadaan teratur. Mungkin dah terbiasa sebab dulu kan aku dok hostel.  


Port study. 
Harus la ada Lee Min Ho kat situ.. :-p


Oppa, bogoshipo! At least ada jugak gambar yang aku boleh letak kat frame ni, daripada tak guna langsung.


Gambar baru balik kelas EPM petang tadi, hii

Untuk semester 4 ni aku ambik 6 subjek jugak dengan harapan boleh score lah kesemuanya.
1) Employee Performance Management
2) Mandarin II
3) Introduction to Occupational Safety and Health 
4) Management Ethics
5) Financial Management
6) Employment & Industrial Realations Law

Risaunya dengan FM, subjek yang boleh dikatakan killer lagi-lagi untuk orang yang tak minat math macam aku ni..wuu. 

Sunday, 15 February 2015

AISKRIM TEMPURUNG KELAPA


Belakangan ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang fenomena aiskrim tempurung kelapa . Mula-mula coconut shake, then aiskrim pasu , tak lama lepas tu diterjah pulak dengan aiskrim dalam tempurung ni. Lepas ni dalam apa pulak? Huu

Disebabkan yang lain tak dapan join, aku , Kucai dengan Sarah je la yang pergi. Matlamat utama nak mencari aiskrim tempurung sambil jalan-jalan kat Penang. Tak ingat jalan sampai guna Waze. Haha nama ja dok Pulau Pinang tapi area Island tu pun aku tak habis travel lagi, plus jalan kat Penang sentiasa berubah macam kat KL jadinya. 

Dalam pukul 4pm sampai sana, terus pergi street art nak ambil gambar dulu. Dah la panas terik, burn aku dibuatnya.

Kreatif kan. Best street art ni sebab banyak mural yang cantik-cantik n sesuai untuk orang yang suka seni dan bergambar macam aku. ;-p

Owh, raya cina nak dekat dah

Kucing gergasi

Tumpang jap adik, akak nak bergambar..hehe

 Ermmm..dapnyaaaa.!


Tadaaaa. Sila terliur. Ehee. Well, aku suka dok mencuba benda-benda baru  tapi aiskrim pasu tu tak sempat rasa lagi. Fyi, aiskrim ni dijual kat gerai tepi-tepi jalan tu ja, kat Lebuh Chulia. RM 6 setiap satu plus air kelapa secawan. Sedap makan benda camni time cuaca panas-panas, sejuk tekak. So, sapa yang nak merasa boleh la datang area sini. 



Terjumpak si Affan  pulak kat situ, nak hantar member dia pi airport katanya. Dia kata aku dah gemuk. Cisss kuajiaqqq punya bachan, hukhuk. 

Sebenarnya aku nak ambik gambar banyak2 lagi kat street art ni, tapi memandangkan cuaca panas dan tak larat nak jalan kaki dah, so lain kali je lah. Next time datang sini, nak ambik gambar puas-puas kat semua mural situ. Haha. Lepas makan, lepak Padang Kota Lama kejap and then gerak balik rumah. 

20hb ni dah kena balik UUM. Cuti yang pada awalnya sebulan lebih sekarang ni bagaikan seminggu ja rasa. Hiperbola sangat! 

Friday, 13 February 2015

RESULT SEMESTER 3


Tanggal 12 Februari 2015 iaitu kelmarin telah diumumkan keputusan final exam semester pertama sesi 2014/2015. Hari yang penuh debaran bagi semua mahasiswa/i  UUM. Siapa tak ketaq lutut bro, result final. Tapi result hanya angka..chill la. Eceyhhh.

Petang kelmarin aku memang off data, malas nak tengok whatsapp sebab member2 dalam group whatsapp tu pakat dok tanya result. Dan aku pulak tak senang duduk punya takut nak bukak portal. Apa jadi pun kena check jugak kan, aku mempasrahkan diri , lewat malam semalam aku gigih jugak bukak portal. Memang TER-lalu risau dekat subjek T&D,  Business Law and Staffing sebab carry mark rendah je kot. 




Kerisauan tahap kucing hilang anak tu akhirnya terjawab jugak. Alhamdulillah..tak kena repeat and pointer pun exceeded my target. Peningkatan sebanyak 0.39. 


1. Gelagat Organisasi - at least B- , at most B+  
    Paper ni tak boleh nak A dah la since carry mark pun low..huhu tak pelah.

2. Penstafan - target at least C , at most B-
Yuhuuu fortunately tak kena repeat paper ni dan tak payah la nak kena masuk kelas Sir Wan     Din lagi sem depan. Well, dia memang strict dalam marking paper and attendance student. Nak dapat 1 markah untuk kuiz pun susah weh. To be honest, aku pernah ponteng kelas dia 1/5 kali. :-p

3. Latihan dan Pembangunan (T&D)  - at least C , at most B
Ni lah paper killer dengan lecturer foreigner lagi, huhu. Assignment group kitorang  dulu dia pernah reject tau dengan alasan ada plagiarism. So dengan perassan down , kitorang kena buat semula and pasal visit company tu pun dengan last minute. Dia punya terrible horrible masa tu hanya Tuhan yang tahu, bayangkan la for sure carry mark tak seberapa. Bila final pun redha saja buat sebaik mungkin dengan harapan boleh lulus. At last, semalam I was so shocked . A? Seriously Dr Awais ni? Kenapa baik sangat. Ni nak start sayang dia ni. Haha. Lembut jugak hati dia dengan doa aku..hihi. Syukur..

4. Undang- undang Perniagaan - at least C, at most B+ 
Paper Law yang aku tak tau jawab apa. Time midterm hari tu siap tersilap akta dengan seksyen. Berapa banyak kali hafal pun tak boleh nak lekat..lol. Alhamdulillah tak expect jugak dapat A- . Thanks Puan Azma. Aku suggest junior2 ambik kelas dia, sebab dia memang sempoi dan agak selalu cancel kelas last minute. Geram tak rasa? Hehe. 

5. Process Writing - at least A- , at most A
Biasa la, process writing paper yang aras lebih tinggi selepas Ecom II. A- pun jadi lah, ni mesti slack banyak kat part essay..huhu.

6. Bahasa Mandarin 1 - at least A- , at most A
Paper ni memang jawab pejam mata ja. Haha k gurau. Tapi siyes bagitau yang dia tak lah sesusah kalau nak compare dengan time buat latihan tu as long as kau hafal dan faham macam mana nak buat ayat. Mungkin coursework banyak membantu sebab ada video presentation dan chinese character. Oh tidak.. lagi 2 sem kena buat video lagi untuk Mandarin Level 2 dan 3. 

7. Orkestra III - Ni memang target A setiap sem, huu. Bukan ada exam pun, asal datang ko-k plus involve untuk show, guarantee A lah. Aku hampir di-bar kot sebab ponteng ko-k 2x. Nasib baik lah berjaya pujuk Encik Rizal tu.. :-p


Apa-apa pun selagi kita usaha, rezeki tu ada ja Allah akan bagi. Alhamdulillah sem 3 ni dapat jugak merasa dapat DL. Huhu..fokus untuk next semester pulak. Add drop aku tak settle lagi ni.. Please la ada kosong untuk subjek Management Ethics tu.. huk. 

Till then, bubui. 


RAIKAN CINTA


Assalamualaikum. It has been a month kot aku tak update blog dengan alasan agak malas dan internet tak selalu ada. Huhu. Dulu setiap minggu or dua minggu sekali mesti akan update sebab ada someone as sumber inspirasi yang dok suruh aku update jugak..opss. 

Baru-baru ni berlangsungnya pernikahan dan majlis perkahwinan kakak kembar aku yang kedua. Dah upgrade status jadi Puan Laila dah sekarang dia. Alhamdulillah.  31/01/2015 yang lepas menjadi tarikh yang amat bermakna untuk kakak aku yang dah selamat dinikahkan bersama lelaki pilihan hatinya, Abang Wazirin.


Dapat lagi sorang abang ipar, huu


Alaaa lepas ni dah tak selalu la dia nak balik rumah and our bonding time pun akan terhad. Jelesnyaaa..huhu. Bukan apa, sebab kitorang memang rapat dari kecik, selalu share everythings plus hangout sama-sama. Since dia dah ber-suami ni, aku tak boleh nak merap sangat dah la kat dia..sobss.


So..i'm next. Eheee gatai ! Lepas habis belajar baru boleh kahwin, itu lah syarat mak dengan abah. I told Fazrul yang my dad dah 'up' harga hantaran so dia kena prepare la dari sekarang and he said ''Ala kalau hantaran mahal saya kawin je la dengan orang yang hantaran free or tak mahal''. Ouchh how dare youuuu. Huhu k fine pi lahhhh. Do I care? since I ada Abang Min Ho. Haha.. Just kidding, by the way  hantaran tak perlu sampai berpuluh ribu pun, and I'm totally tak kisah la Cik Abang oi yang penting dapat halalkan our relationship.


Esoknya 01/02/2015 - majlis sebelah pengantin perempuan yang bertempat kat rumah aku sendiri. Pelamin,  baju nikah n sanding totally dari Romzy Studio. Pakej yang ditawarkan berbaloi jugak la.


08/02/2015 - majlis sebelah pihak lelaki yang bertempat di Malim Nawar, Ipoh , Perak. Masa on the way tu, my mum sempat dok bagi suggestion kat aku suruh cari yang dekat-dekat ja nanti senang nak pi kenduri .and I replied, '' Dah dapat dah yang dekat mak..orang Perlis." Tapi cakap dalam hati jelah . Huhu Insyallah kalau ada jodoh kami.




Syukur ke hadrat Ilahi majlis semua berjalan dengan lancar. Last but not least, aku doakan perkahwinan mereka kekal hingga hujung nyawa dan bahagia selamanya. Ermmm..lepas ni makin bertambah la yang akan memanggil aku dengan title 'mak cik' . :-p