Friday, 11 December 2015

HRMC APPRECIATION NIGHT


Assalamualaikum semua. Setelah sebulan, hari ni baru aku berkesempatan update blog. Punya lah sibuk kalah student master, huhu. Entri tangkap muat pun tak ter-update jugak. 
20 November yang lepas, Kelab Pengurusan Sumber Manusia (HRMC) telah mengadakan dinner untuk meraikan pelajar-pelajar semester akhir dan sebagai program terakhir bagi tampuk kepimpinan kelab bagi sesi 2014/2015. Tema malam tu ialah blocking colour.

Untuk malam ni aku diberi tugas biro cenderamata.

Pose dalam bilik jap dengan mek klate ni

Flow dinner macam biasa la, ada persembahan dan sesi cabutan bertuah. Tapi malam tu lebih kepada meraikan mantan ajk dan penganugerahan kepada pelajar cemerlang, berkepimpinan dan berjasa.

Congrats mek Buna dapat anugerah paling berjasa dalam kelab. Yeke ni? Haha

Dr Siti Zubaidah selaku penasihat kelab yang sporting dan banyak bagi nasihat, motivasi serta sponsor..hehe

 With abang sado merangkap mantan presiden hrmc. Hmm kang awek dia tengok abis la aku, haha

Congrats Abang Fadli dapat anugerah pelajar berkepimpinan. Banyak bagi aku guidelines pasal subjek-subjek yang perlu diambil since semester 2 lagi. Tahun depan praktikal kat Sabah jugak katanya.



Antara sebahagian senior-senior HR yang datang. Selamat berpraktikal ye semua.


Barisan kepimpinan HRMC yang akan datang. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di samping memajukan lagi kelab kita. All the best guys! Once a family always be a family. Cukup lah rasanya aku pegang jawatan sampai semester 5 saja. Lagipun sebab dominan aku join HRMC more to ambik pengalaman dan busykan diri dengan program dalam dan luar universiti. Banyak pengalaman aku dah dapat dari sini. Satu je aku nak ingatkan, jangan pegang jawatan sebab nak popular dan jadi attention seeker. 

Thanks HRMC for the sweet sour momeries! Sekian.



Tuesday, 3 November 2015

KONVOKESYEN UUM KE-28


     Assalamualaikum semua. Rasa belum terlambat untuk aku update regarding big event yang baru berlangsung iaitu Istiadat Konvokesyen UUM kali ke-28. Seramai lebih kurang 12k graduan yang terdiri daripada ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD telahpun menerima ijazah masing-masing pada 24 - 28 Oktober lalu. Seperti tahun-tahun yang lepas jugak, aku terlibat sebagai pemuzik iringan. Antara team musician lain yang mengiringi majlis konvo -  buskers, muzik asli, gamelan, cak lempong, angklung, orkestra , dan koir. 

     Tahun ni ada penambahan lagu bagi perarakan graduan masuk iaitu 'Final Countdown' and 'Glorious Victory'. Masa intermission pulak kitorang bergabung dengan gamelan, cak lempong dan angklung untuk perform lagu 'Manusia'.




Instrument yang aku pegang ni Clarinet namanya. Tak salah kan belajar tahu nama alat muzik moden. Nanti  kalau anak-anak kau tanya, takde kau lah blur ja, tambah pulak alat muzik tradisional pun kau tak tahu. :-p


Rileks ja tak masuk kelas, mentang-mentang ada surat pelepasan kuliah. Nailah ni dah student tahun akhir. Next year kau pulak yang grad.


Encik Rizal & Che Mat. Antara jurulatih brassband yang train kitorang selama 2 minggu before majlis konvo ni.




With Iman, bass drummer ni. Jangan main-main, hee


Yang ni pulak Trombone. Saiz mouthpiece dia sama ja macam Euphonium punya. So kalau aku nak try main trombone pun tak susah, cuma aku still tak dapat change key tu dengan laju, huu


Belanja satu gambar formal

Apa yang bestnya minggu konvo ni sebab tak payah masuk kelas, makan free, bergambar sampai lebam and tengok orang konvo. Terus rasa tak sabar jugak nak berjubah dan lambung topi tu acah-acah gambar hipster, haha. Sambil berangan pulak, nanti aku grad future husband surprise datang bawak bunga besar-besar. Ouchhh so sweet, hihik.



Sedar tak sedar, dah sampai hari terakhir kitorang perform. Boleh la dikatakan family for a week. Rasa sedih pulak, huhu. Walaupun team kitorang ni ramai chinese, tapi still can get along. 


Macam biasa, last day ambil gambar sekali. Too sad, I wasn't there sebab pergi kelas , tu lah rajin sangat..huu. Kan dah jeles.






Petang tu pulak Dato' VC jemput semua team musician untuk minum petang as a sign of appreciation kat kitorang. "Tanpa kamu semua, tak hiduplah majlis konvo kita ni. Saya pun akan bosan lama-lama dalam DMAS tu selama 9 sesi 5 hari kalau tak diselitkan dengan persembahan dan muzik iringan." Hehe, tahu takpa Dato', thanks too for the warm appreciation.

Ada yang bertanya, "Korang main ni tak dapat elaun ke? " Actually, Yes tapi beberapa tahun yang lepas. Sekarang takda pun, pusat kok kekurangan modal mungkin, lol. Ala tak kisah pun dapat elaun ke tak sebab benda ni dah jadi as a part of our life since zaman sekolah menegah. Plus aku involve sebab nak happy-happy, so that dapat la terubat rindu dengan Tun Syed Band. Huuhuu. Insyallah next year kalau tak ada halangan aku join lagi. 


Till we meet again, bandmates. :-)






Wednesday, 14 October 2015

HR FAMILY DAY


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak story sikit event HRMC yang berlangsung semalam iaitu "HR Family Day". Event ni memang dikatakan wajib run bagi setiap semester untuk bersantai-santai dengan ahli kelab. Masa ni la junior nak kenal-kenal dengan senior pun, huu. Event ni dibahagikan kepada sesi pagi untuk acara sukaneka dan sesi petang untuk kayak dan BBQ. 


Antara game yang dijalankan - cari gula dalam tepung, belon beracun, isi botol dalam air, ikatan simpulan & ikatan tali terpanjang . Very the cliche kan, lol. AJK pun tak ketinggalan untuk join sekali. Sampai habis lencun baju punya seronok main simbah air bagai korang ni.




Yang ni pulak apa namanya tah. Main passing gelang getah guna straw. Fokus tu penting tau, hehe


Next, sebelah petangnya pulak ada aktiviti berkayak di Tasik Sime Darby. Banyak pulak tasik kat UUM ni, satu lagi Tasik Mas. Nak date tak payah pergi jauh sini pun dah OK bro, haha. Memandangkan aku AJK makanan, tak dapat la nak join sebab sibuk bakar BBQ punya pasal. Satu badan bau asap, huhu. Last aku berkayak pun time PLKN 4 tahun lepas.


Tapi petang tu hujan agak lebat. Apapun ber-BBQ hujan-hujan memang nice lah. Credit to Sir Rasul, dia yang tolong prepare ayam and kek. By the way, kek coklat moist Sir tu memang sedap sangat. Rugi pulak tak makan banyak. Lain kali nak bodek Sir untuk buat lagi, hehe.

Malam tu pulak kena pergi prektis orkestra lagi. Fuhhh letih weh. Balik je bilik semalam terus tidur tak ingat dunia. Rasanya minggu ni memang hectic gila dengan asaimen, kuiz dan prektis lagu. 







Sunday, 11 October 2015

PENANG BRIDGE CHALLENGE 2015


Assalamualaikum semua. Seperti yang kita sedia maklum, 10 Oktober 2015 merupakan Hari Sukan Negara yang memang julung kalinya diadakan. Jadi, aku pun tak ketinggalan untuk turun padang bagi event Penang Bridge Challenge yang bertempat di Stadium Batu Kawan, Simpang Ampat Pulau Pinang. Memandangkan acara bagi  Fun Run 10km ni start pukul 8.00 pagi, so kitorang gerak dari UUM pukul 4.00 pagi. Bajet dalam pukul 6.30 dah sampai sana lagi pun si Amad tu drive laju asyik nak speed je, huu. 

Banyak lagi acara lain untuk PBC ni antaranya - Fun Run 30km, Crossfit, Zumba, Strongman, Kayuhan Berbasikal 30km & Kayak.

Beberapa minit sebelum acara Fun Run 10km berlangsung.

T-shirt tu nice. Bagus sapa yang design ni, hee




Alhamdulillah cuaca ok je pada hari kejadian. Tepat jam 8.15 semua peserta dilepaskan. Rasanya acara larian yang paling banyak participant, hampir 2k semuanya.


Fyi, ni first time aku join larian 10km. Yelah nak kata aku ni budak sports memang jauh panggang dari api. Tapi saja la nak join sihatkan badan sikit rather than tido ja kat bilik hari-hari minggu camni. 10km tu jauh beb, kitorang ikut laluan dari stadium sampai la masuk jambatan kedua Penang - Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge then patah balik ke stadium. Aku dengan si Zana pulak baru lari 2km dah macam nak tercabut kaki. Apa barang? Haha.



Orang lain sibuk berlari kitorang dok bergambar pulak, huu. 


Setelah hampir 1 jam bermandi peluh, sampai jugak kat garisan penamat. Muka dah burn sikit tu plus lenguh gila kaki sampai sekarang masih terasa..wuu. Takpe la, yang penting pengalaman.


Sijil & Medal . Next time nak join Zumba pulak lah, hikk


Banyak booth yang dibukak. Jumpak jugak Brader Kopi  flavor Cappuccino yang aku nak rasa sangat ni. Memang kaw gila. Highly recommended okay. HQ dia dekat je ngan rumah aku  kat Parit Buntar tu.

Around 1.00pm kitorang gerak balik ke UUM. Letih sangat dah nak pergi lepak kat Penang pun, Najib pulak injured sikit kat kaki. Jadi, masing-masing decide terus balik. 


Ok guys, tu je entri sempena PCB 2015 ni. Bye!







Friday, 2 October 2015

WEEK 5


Assalamualaikum semua. Cepat betul masa berlalu, dah Oktober plus dah masuk minggu ke-5 untuk  permulaan semester ni.  Assignment jugak makin bertambah. Yang tak tahannya setiap subjek kena submit tarikh yang dekat-dekat pulak tu. Nak visit company mana pun tak pikir lagi..haiyaa.



29/9 yang lepas dah setel satu lagi program under kelab HRMC - Annual Grand Meeting yang wajib diadakan setiap semester bagi menentukan barisan MT/EXCO baru untuk sesi semester kedua 2015/2016. Aku still pegang jawatan sampai hujung sem ni, next sem biar la adik-adik pulak yang teruskan. 


Bersama Dr Farizal Rajemi, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COB. Tahniah untuk Ayoy, selaku presiden dan juga MT/EXCO baru yang akan mengambil alih kelab HR ni. Hope kelab kita akan beroperasi dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

OOTD lah sikit, sekarang ni malas dah nak melawa bagai pergi kelas. Kalau boleh simple ja, senang. Lain la macam budak sem 1, 2 banyak masa nak dressing vogue2 dengan heels lagi..haha.


Actually, sem ni aku macam taknak join as accompanist. Tapi memandangkan Sir rizal yang suruh main jugak untuk konvo kali ni, and aku tak mampu menolak..huu. Nanti dia cakap pulak mentang-mentang dah habis ko-k taknak tunjuk muka dah..hik. Jadi, aku join je. Esok dah start prektis dengan lagu baru katanya. 


Ok, sekian untuk entri di hari Jumaat yang indah ini, bye.


Saturday, 19 September 2015

BENGKEL APA STYLE


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni nak story sikit tentang program Kelab Pengurusan Sumber Manusia (HRMC) UUM ni, iaitu 'Bengkel APA Style'. APA stands for American Psychological Association, bukan tanda tanya 'apa' ok. Haha. Bengkel ni merupakan program pertama bagi HRMC untuk semester sesi 2015/2016. Bila mula semester baru , buat la program akademik  since new intake masuk. Aku diberi tugas as Biro Publisiti. Macam biasa, buat poster or flyers then promote and publish. Ambil gambar untuk montaj and update blog kelab. 


Pendaftaran peserta bermula pada jam 9.00 pagi. Tak expect pulak kali ni ramai nak join, sebab kitorang target dalam 100 je. Nasib baik muat DKG 1/5 tu, huu. Mostly from first semester students la. 


Seperti yang kita sedia maklum, APA Style ni memang satu benda yang sangat penting untuk digunakan sebagai format sumber rujukan dalam assignment. Senang cakap, kalau kita ditangkap apply 'plagiarism' more than 50%  memang  senang nak dapat 0 la, tu pun kalau bernasib baik. Kalau tak bernasib baik, entah-entah lecturer tu bagi  'failed'  kat kita. Tak ke tragis nak mengulang lagi paper tu? Huhu. 




Bengkel tamat pada jam 11.30 tgh. Diharapkan program sebegini dapat memberikan input yang berguna kepada semua peserta di samping dapat memahami cara-cara mengaplikasikan format APA Style dengan betul. Tahniah diucapkan kepada pengarah program, Siti Aishah Bt Yusoff dan barisan AJK yang telah mengendalikan bengkel ini dengan jayanya. Nantikan program seterusnya - HR Family Day yang bakal berlangsung pada 2 Oktober yang akan datang. 

Sekian, majulah HRMC untuk UUM.



Thursday, 17 September 2015

OF MAZE RUNNER n SEOUL GARDEN


Selamat Hari Malaysia semua. Memandangkan public holiday, aku dengan budak geng hangout kejap petang tadi. Tujuan asal memang nak tengok Maze Runner 2 lah. Nasib baik Akim bawak kereta sem ni, tak payah nak sewa kereta bagai kalau nak keluar, hehe. Around 2.30 petang, Akim pick up kami then terus ke Alor Star Mall. 

Lunch kat SG dulu before wayang start pukul 5.30. 



Tengah masak ramen untuk my oppa. :-p

Jieha, Safwan, and yang sebelah aku pulak, Ain n Akim




Flawless je kamera handset si Akim ni. Rasa nak selfie banyak-banyak, haha


Asyik bergambar and riuh berborak, macam SG tu kitorang yang punya. Lama jugak lepak sini sementara nak tunggu Asar. Abang waiter tu senyum perli je kat kitorang. Do we care? Hahaha




Pape pun Maze Runner ni memang superb lah.Tak menyesal tengok. 


By the way, tadi baru Sir whatsapp kata esok ada kuiz Nego. Eh, seronoknya tak study apa lagi ni. Huhu. Nak baca slide kejap, pastu tido. Good night semua!