Tuesday, 18 November 2014

ISTIADAT KONVOKESYEN UUM KE-27


Assalamualaikum semua. Pada 8-12 November yang lalu telah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UUM kali ke-27 bertempat di Dewan Mua'adzam Shah. Majlis dimulakan dengan pemasyuran Canselor baharu, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Lebih kurang 6k graduan telah menerima ijazah pada sidang konvokesyen selama lima hari tersebut. Huu bila tengok orang konvo, diri ni pun terasa tazzabarrr nak cepat2 konvo.

Dan seperti biasa, aku terlibat dengan muzik iringan perarakan graduan masuk. Unit seni muzik yang terlibat dengan persembahan semperna konvokesyen tahun ni terdiri daripada angklung, gamelan, cak lempong, orkestra dan brassband.Untuk konvo tahu lepas pun aku ada join jugak.

Spot sapa yang over-shadow kat situ. Haha


Nailah the flutist

No, i'm not a trumpeter. Sengaja nak ajet-ajet main trumpet. Hok kat belakang tu sibuk ja nak masuk sekali. Dah la percaya aku ni umur 19 , sem 1. Hahaaa. Tapi dia memang umur 19, haa aku ingatkan 20 lebih camtu..lol.



By the way,  instrument yang aku pegang ni namanya French Horn..bunyi dan bentuk yang unik. Kalau takdak benda ni, kira macam tak berapa cukup la lagu tu..huu. Ni Safwan yang main, well aku kan dah terbiasa dengan Euphonium..hihikk.

wif clarinet

Trumpeters

Mas n her Euphonium. Haha caption takleh blah. Ni masa training. Seminggu direct prektis kat bilik band and Dmas..huu. So minggu tu memang fokus kat benda ni je lah..asaimen banyak yang tertangguh ni...lalallaa


Hari terakhir, sesi ke-9 majlis konvokesyen UUM. Iqbal Popstar tu mai buat persembahan kat sini, huu. Untungla..kecik-kecik dah suara sedap plus muka komersial lagi tu.

Brassband UUM

Maka dengan berakhirnya sesi ke9, maka berakhirlah konvokesyen UUM kali ke-27 untuk tahun 2014 ni. Seronok sebenarnya involve dengan band ni, sebab kitorang macam family even ada jugak benda-benda sengal yang terjadi. Well, biasa lah tu..alah bisa tegal biasa..hehe. Insyallah next year kalau tak busy, aku join lagi.


Daa~



3 comments:

  1. wah..ahli muzik rupanya..rindu dengan uum

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yup kaak nadia.. rindu uum? mai la melawat uum ..hee.. :-)

      Delete
  2. hi friend, u r really pretty, pls help me click this, thanks, no need to approve this on ur blogspot if u dont like it, thanks lots
    http://peruserpaid.com/?ref=96156

    ReplyDelete