Wednesday, 19 November 2014

HRMC CORPORATE NIGHT


Selamat malam semua.. Semalam telah berlangsungnya Corporate Night Kelab Pengurusan Sumber Manusia UUM untuk tahun 2014. Majlis ini juga bagi merasmikan pelantikan Majlis Tertinggi dan Exco baharu Kelab ini untuk semester hadapan. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam dan dirasmikan oleh Dr Faizal, Penasihat Kelab Pengurusan Sumber Manusia. 


Outfit semalam. Tak sempat nak prepare baju cantik-cantik, rembat je mana yang ada..wuuu. Tema korporat pulak tu.

Photobooth HRMC
 Model : Shazana


Menu macam biasa la : Nasi Goreng Chicken Chop, Coslow, Fries, cocktail
Sedap! 

Ramai jugak yang datang dari kalangan senior. Selalunya time dinner, family day and event camni je la nak kenal dengan senior junior kelab. At least dapat mengeratkan lagi silaturahim..huu. Kalau tak, mana la korang nak kenal budak course masing-masing kan..

 Terima kasih atas pengiktirafan yang diberikan..waceyhh..hehe

ada orang dapat lucky draw..eheee

Barisan MT/Exco HRMC 2014/2015 bersama Penasihat Kelab dan pensyarah HR.


So, untuk semester hadapan Puan Siti Zubaidah (baju biru) akan menggantikan Dr Faizal sebagai penasihat kelab dengan harapan kelab ini dapat bergiat lebih aktif dan terus cemerlang, gemilang terbilang.huu.. Majulah HR untuk negara!

Tuesday, 18 November 2014

ISTIADAT KONVOKESYEN UUM KE-27


Assalamualaikum semua. Pada 8-12 November yang lalu telah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UUM kali ke-27 bertempat di Dewan Mua'adzam Shah. Majlis dimulakan dengan pemasyuran Canselor baharu, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Lebih kurang 6k graduan telah menerima ijazah pada sidang konvokesyen selama lima hari tersebut. Huu bila tengok orang konvo, diri ni pun terasa tazzabarrr nak cepat2 konvo.

Dan seperti biasa, aku terlibat dengan muzik iringan perarakan graduan masuk. Unit seni muzik yang terlibat dengan persembahan semperna konvokesyen tahun ni terdiri daripada angklung, gamelan, cak lempong, orkestra dan brassband.Untuk konvo tahu lepas pun aku ada join jugak.

Spot sapa yang over-shadow kat situ. Haha


Nailah the flutist

No, i'm not a trumpeter. Sengaja nak ajet-ajet main trumpet. Hok kat belakang tu sibuk ja nak masuk sekali. Dah la percaya aku ni umur 19 , sem 1. Hahaaa. Tapi dia memang umur 19, haa aku ingatkan 20 lebih camtu..lol.



By the way,  instrument yang aku pegang ni namanya French Horn..bunyi dan bentuk yang unik. Kalau takdak benda ni, kira macam tak berapa cukup la lagu tu..huu. Ni Safwan yang main, well aku kan dah terbiasa dengan Euphonium..hihikk.

wif clarinet

Trumpeters

Mas n her Euphonium. Haha caption takleh blah. Ni masa training. Seminggu direct prektis kat bilik band and Dmas..huu. So minggu tu memang fokus kat benda ni je lah..asaimen banyak yang tertangguh ni...lalallaa


Hari terakhir, sesi ke-9 majlis konvokesyen UUM. Iqbal Popstar tu mai buat persembahan kat sini, huu. Untungla..kecik-kecik dah suara sedap plus muka komersial lagi tu.

Brassband UUM

Maka dengan berakhirnya sesi ke9, maka berakhirlah konvokesyen UUM kali ke-27 untuk tahun 2014 ni. Seronok sebenarnya involve dengan band ni, sebab kitorang macam family even ada jugak benda-benda sengal yang terjadi. Well, biasa lah tu..alah bisa tegal biasa..hehe. Insyallah next year kalau tak busy, aku join lagi.


Daa~



Saturday, 1 November 2014

WHAT A HECTIC WEEK !



Assalamualaikum semua..

   Nak dijadikan cerita, memang ni minggu yang penat, busy dan tak cukup tidur..huhu. Mana taknya, dengan assignment lagi..kelas, presentation plus midterm. Nasib baik la midterm ada 2 subjek ja, Business Law n Organizational Behavior (OB). Stay up sampai ke pagi jugak even 2 paper..haha ni la padahnya bila apply konsep 'procrastination'. Risau sungguh dengan Biz Law, sebab ni first time aku ambik papaer Law. Serabut jugak aku, even kitorang belajar dalam bahasa melayu. Sem depan kena ambik paper Labor Law pulak..adehh. 

Case study..hmmmm


Lega dapat siapkan case study T&D ni.

So far, ada lagi 2 assignment group yang masih 'otw' . Due date ada dalam sebulan lagi..tapi sebulan tu pun akan rasa sekejap ja...haha. Esoknya pulak mungkin ada kuiz Staffing. Huu Staffing la antara lecturer yang paling sempoi bagi aku untuk semester 3 ni. Sir Wan Din, stail giler method yang dia guna untuk bagi kuiz. Hadoiiiii.. Teringat pulak dalam kelas hari Rabu tu, sepatutnya ada kuiz, tapi disebabkan chapter yang masuk tu dia tak abis ajar lagi, kira postpone la. And masa kejadian, aku "ter-yeayyyy" pulak dalam kelas. Dia pun cakap, "Haa yang tu dah kenapa melompat ? Suka la takdak kuiz"? Hahaaaa malau giler weh..aku terspontan masalahnya.. huhuuu. *shakes head


Last but not least, rindu si FA ni.. Minggu yang busy sampai nak date pun tak sempat, uwuwuuuu. Masing-masing ada kerja.. tiga hari ni pulak dia kena pergi seminar SPR kat KL. Balik la cepat awok!! :-/