Thursday, 23 October 2014

MID-SEMESTER BREAK


Assalamualaikum..

Mode cuti pertengahan semester masih lagi on, let me story apa pengisian aku untuk cuti ni..huu. Actually, aku tak balik rumah pun. Ramai tanya.. "Eh awat tak balik..hang kan dok Penang ja..bukan Sabah Sarawak pun." Lol. Memang pada awalnya plan dengan kengkawan nak pergi Langkawi 3 hari 2 malam, so cuti yang berbaki tu nak stay kat UUM ja... tapi plan tak menjadi pulak atas sebab tertentu. So aku, Jieha dengan Zana end up untuk stay sini selama mid-sem ni. Bosan jugak dowh..huu. Tapi, memandangkan assignment pun bertimbun, memang malas la nak balik. Kalau dok kat rumah pun rasanya tak menjadi jugak nak study , buat assignment, hehe. (Alasan sangat Mas oiii...).

Demi membunuh kebosanan yang melanda dalam jiwa ni, kelmarin secara tak sengajanya kitorang lepak Sungai Petani . Mulanya on lappy nak buat assignment Staffing, lepas tu on Facebook kejap, at last bersiap nak pergi ke Amanjaya Mall. Lulz sangat . Haha. 



Wif Mekna. Isi perut dulu kat foodcourt. :-)

Amanjaya Mall ni better la kalau nak compare dengan Jitra Mall and Cmart Changlun, haha. 
ootd sikit. Bila nak tinggi? Hukk



Lama tak main game..so kita enjoyyy. Haihh rasa macam budak2 pulak masuk tempat camni.. Tak kisah la asalkan puas main game tembak-tembak, racing bagai ni..huu.

Then, lepas maghrib kitorang terus pergi Happy Fun Park yang tak jauh pun dari Amanjaya Mall, bersebelahan dengan Balai Polis tu ja..





Benda first naik, apa tah nama dia.. crazy-car ke apa tah. Ingatkan tak memusing tinggi, bila dah naik baru tau nak menjerit non-stop..huu. Memang tak la aku nak bukak mata ja, gayat punya pasal..bila dah nak dekat habis tu baru aku bukak mata..haha dasar penakut gayat! Then, try naik pirate ship..tak berapa mencabar tapi gayat jugak la. Rasanya yang paling mencabar kat situ  - Discovery. Huishh..yang tak tahannnya, bila dia pusing ke atas, benda tu akan rotate balik..so kaki kita ke atas..kepala ke bawah..giler tak jerit..haha. Tapi aku tak naik pun. Huk ala..pergi Genting boleh ja naik roller-coaster, flying coaster n solero. Maybe sebab dah lama tak main dengan outdoor game camni, so rasa gayat and takut tu makin menjadi pulak. Ehee..


Lebihan 2 token guna untuk mencuba nasib. Alahaiii..tak berapa nak 'luck' la semalam, kitorang dapat benda ni ja. Kesian..haha. Dalam pukul 9.30 kitorang gerak balik ke UUM. 

Macam ni rasanya bila tak balik waktu cuti..huhu..bosan plus nak makan pun tak berapa nak berselera..ceyhhh padahal makan habis ja sepinggan..hiksss. Hari tu kena perli pulak dengan Abang Fadli, "Tak balik? Banyak assignment kah"? . Aku pun mengiyakan je la. Pastu dia perli pulak, "Nak buat assignment ka nak dating...? Haha " Cisss..perli rapat pulak dia ni. Takkan la tetiap hari aku nak date dengan si FA tu..agak-agak la. Erk..tapi mengidam pizza pulak ni. So, awak, bila nak keluar lagi? :-p

Ok tu je la aku nak story- Bye, nak sambung buat asaimen!!

2 comments:

  1. Wah student uum ke..akk dulu pun student uum gak..hehe..pergh akm pun tak penh smpai amanjaya mall

    ReplyDelete
  2. hehe yup.. ouh akak batch mna..dah grad la ye? hehe..borink nak pi dekat2 sini, sbb tu pi sampai amanjaya.. ambik course apa dulu. :).

    ReplyDelete