Friday, 10 October 2014

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT CLUB (HRMC) UUM


Assalamualaikum semua. Hari ni kasi chance sikit kat aku untuk me'market'kan Human Resource Management Club (HRMC) kat blog aku ni. Seperti yang dah aku maklumkan tentang perjalanan aku di UUM  semester 1 dulu, aku telah pun mendapat jurusan Pengurusan Sumber Manusia di UUM ni. So, wajarlah untuk aku aktifkan diri dalam kelab yang berteraskan akademik dan terletak di bawah College of Business (COB) ni.


Barisan MT dan Exco HRMC sesi 2013/2014

23 Sept lepas telah berlangsungnya  Annual Grand Meeting (The Apprentice Of New Generations), bagi memilih calon-calon baru sebagai pengganti pucuk pimpinan HRMC untuk sesi 2014/2015. 


Pada awalnya, aku rasa so-so ja nak pergi interview tu..cofident level tak berapa nak tinggi lagi..haha. Tapi atas tujuan nak aktifkan diri dan cari pengalaman sebanyak mungkin kat universiti ni, aku pun join la interview untuk pemilihan jawatan baru ni. Fortunately, aku dapat jawatan untuk Exco Informasi & Penerbitan. Huu..tak sangka jugak terpilih exco yang aku nak tu since kerja-kerja publisiti ni boleh  la untuk aku buat. Depa tanya kenapa tak mintak jawatan MT? Hehe..sokay takpe la biar aku nak mula dari bawah. At least dapat develop soft skills sebab as management student, kita memang kena ambik tau la benda2 pasal pengurusan ni, camna nak handle program, paperwork dan sebagainya sebab nanti kat alam pekerjaan pun memang akan terikat dengan kerja-kerja pengurusan. Apa-apa pun, setiap tugasan yang diberi nanti aku akan cuba laksanankan sebaik mungkin. InsyaAllah.


First meeting bersama para MT dan Exco baru. Just ice breaking dan briefing tentang program terdekat. Kebanyakan exco dari semester 1, dan start semester ni HRMC ada bukak jawatan untuk timbalan exco sebab tu la macam ramai jugak. Agak busy sikit sem 3 ni since banyak program akan berlangsung dari semasa ke semasa.


Baru-baru ni jugak HRMC ada menganjurkan perjumpaan bersama penyelaras  kelab, iaitu Dr Faizal. Objektif utama adalah untuk membincangkan tentang ketidakfahaman berkaitan dengan subjek-subjek wajib dan elektif yang perlu diambil oleh pelajar jurusan Sumber Manusia. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. 

Yang kat bawah ni pulak, next program yang kitorang akan jalankan hari Selasa , 14 Oktober ni. 


Setiap MT dan Exco dikehendaki menjadi pengarah program untuk program masing-masing yang akan dijalankan nanti.nanti. Meeting, meeting dan meeting lagi. Huu so now aku tengah dok plan nak buat program apa. 

Last but not least, majulah HRMC untuk UUM. cewahhh semangat sangat !

No comments:

Post a Comment