Friday, 24 October 2014

SEPETANG BERSAMA AFFAN


Kelmarin punya cerita tapi baru berkesempatan nak update. Hangout lagi..wuhuu. Mulanya Wan kata si Affan ni (Bachan) - nama manja yang aku bagi kat dia since Form 5, haha nak mai UUM. Konon travel lah sebab bosan kat rumah, lagipun tengah cuti midsem. So tengahari tu kami pun decide nak hangout sekali.. Mulanya pi ambil Affan dulu kat Stesen Bas Shahab Perdana tu. Nasib baik Wan dapat sewa kereta..huu.

Budak2 geng yang lain tak balik..kalau tak , boleh la buat mini reunion lagi..hehe rindu hangpa semua kot..so kelmarin kami berempat je la, aku, Wan, Affan n Jieha.

Pizza Hut Tesco Mergong menjadi pilihan since aku dah 3 hari mengidam pizza. Pembawakan budakkah. Eh? Haha merapu!

Coz 'wefie' is a must! :-)

Nyumsss.. Why so messy meja tu? Hehe. Tak kisah la..yeayyy dapat jugak menikmati pizza. Thanks korang!

Mek Jieha yang suka selfie jugak..ehee. Ohmyy kenapa muka aku tu dah semakin membolat sampai dah tak berapa nampak 'shape'. Lulz

Lepas lunch tu plan nak ke Gua Kelam n air terjun, tapi memandangkan cuaca kurang baik dengan hujan lagi so kitorang pun terpaksa la tukar plan. Terus ke Jitra Mall untuk survey movie apa yang best. Tapi dah sampai sana tak jadi pulak nak tengok wayang..huu. Ada bebudak uum jugak kat cinema kemarin, citer The Room borink n tak best katanya. Siap cakap kat kitorang jangan tengok, buat rugi tiket ja..haha. So, kitorang blur kejap taktau nak tengok cter apa lagi since Annabelle pun tak cukup seram. So we end up lepak2 pusing mall tu ja.

Ehh ternampak Instagram Coolblog_Jitra pulak dalam ni. So,, tunggu lagi? ;-p


 
Rasa macam, tempat ni kami yang punya. haha. Gigih dok snap kat situ banyak2.. Hmm, aku dengan Wan siap nak 'jodohkan' Jieha dengan Affan memandangkan depa masih single. Lol. 

Kalau ikutkan hati ni nak je terus ke Penang sebab sana banyak tempat best nak lepak. Tapi..haihh..asaimen berlungguk atas meja tu sapa nak siapkan? Wuuu.. Midterm pulak start 27hb ni, dan aku masih bersenang-lenang melayari Blog, FB, Twitter, Instagram, Whatsapp & Wechat. Hadoiiii.

Thursday, 23 October 2014

MID-SEMESTER BREAK


Assalamualaikum..

Mode cuti pertengahan semester masih lagi on, let me story apa pengisian aku untuk cuti ni..huu. Actually, aku tak balik rumah pun. Ramai tanya.. "Eh awat tak balik..hang kan dok Penang ja..bukan Sabah Sarawak pun." Lol. Memang pada awalnya plan dengan kengkawan nak pergi Langkawi 3 hari 2 malam, so cuti yang berbaki tu nak stay kat UUM ja... tapi plan tak menjadi pulak atas sebab tertentu. So aku, Jieha dengan Zana end up untuk stay sini selama mid-sem ni. Bosan jugak dowh..huu. Tapi, memandangkan assignment pun bertimbun, memang malas la nak balik. Kalau dok kat rumah pun rasanya tak menjadi jugak nak study , buat assignment, hehe. (Alasan sangat Mas oiii...).

Demi membunuh kebosanan yang melanda dalam jiwa ni, kelmarin secara tak sengajanya kitorang lepak Sungai Petani . Mulanya on lappy nak buat assignment Staffing, lepas tu on Facebook kejap, at last bersiap nak pergi ke Amanjaya Mall. Lulz sangat . Haha. 



Wif Mekna. Isi perut dulu kat foodcourt. :-)

Amanjaya Mall ni better la kalau nak compare dengan Jitra Mall and Cmart Changlun, haha. 
ootd sikit. Bila nak tinggi? Hukk



Lama tak main game..so kita enjoyyy. Haihh rasa macam budak2 pulak masuk tempat camni.. Tak kisah la asalkan puas main game tembak-tembak, racing bagai ni..huu.

Then, lepas maghrib kitorang terus pergi Happy Fun Park yang tak jauh pun dari Amanjaya Mall, bersebelahan dengan Balai Polis tu ja..





Benda first naik, apa tah nama dia.. crazy-car ke apa tah. Ingatkan tak memusing tinggi, bila dah naik baru tau nak menjerit non-stop..huu. Memang tak la aku nak bukak mata ja, gayat punya pasal..bila dah nak dekat habis tu baru aku bukak mata..haha dasar penakut gayat! Then, try naik pirate ship..tak berapa mencabar tapi gayat jugak la. Rasanya yang paling mencabar kat situ  - Discovery. Huishh..yang tak tahannnya, bila dia pusing ke atas, benda tu akan rotate balik..so kaki kita ke atas..kepala ke bawah..giler tak jerit..haha. Tapi aku tak naik pun. Huk ala..pergi Genting boleh ja naik roller-coaster, flying coaster n solero. Maybe sebab dah lama tak main dengan outdoor game camni, so rasa gayat and takut tu makin menjadi pulak. Ehee..


Lebihan 2 token guna untuk mencuba nasib. Alahaiii..tak berapa nak 'luck' la semalam, kitorang dapat benda ni ja. Kesian..haha. Dalam pukul 9.30 kitorang gerak balik ke UUM. 

Macam ni rasanya bila tak balik waktu cuti..huhu..bosan plus nak makan pun tak berapa nak berselera..ceyhhh padahal makan habis ja sepinggan..hiksss. Hari tu kena perli pulak dengan Abang Fadli, "Tak balik? Banyak assignment kah"? . Aku pun mengiyakan je la. Pastu dia perli pulak, "Nak buat assignment ka nak dating...? Haha " Cisss..perli rapat pulak dia ni. Takkan la tetiap hari aku nak date dengan si FA tu..agak-agak la. Erk..tapi mengidam pizza pulak ni. So, awak, bila nak keluar lagi? :-p

Ok tu je la aku nak story- Bye, nak sambung buat asaimen!!

Friday, 10 October 2014

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT CLUB (HRMC) UUM


Assalamualaikum semua. Hari ni kasi chance sikit kat aku untuk me'market'kan Human Resource Management Club (HRMC) kat blog aku ni. Seperti yang dah aku maklumkan tentang perjalanan aku di UUM  semester 1 dulu, aku telah pun mendapat jurusan Pengurusan Sumber Manusia di UUM ni. So, wajarlah untuk aku aktifkan diri dalam kelab yang berteraskan akademik dan terletak di bawah College of Business (COB) ni.


Barisan MT dan Exco HRMC sesi 2013/2014

23 Sept lepas telah berlangsungnya  Annual Grand Meeting (The Apprentice Of New Generations), bagi memilih calon-calon baru sebagai pengganti pucuk pimpinan HRMC untuk sesi 2014/2015. 


Pada awalnya, aku rasa so-so ja nak pergi interview tu..cofident level tak berapa nak tinggi lagi..haha. Tapi atas tujuan nak aktifkan diri dan cari pengalaman sebanyak mungkin kat universiti ni, aku pun join la interview untuk pemilihan jawatan baru ni. Fortunately, aku dapat jawatan untuk Exco Informasi & Penerbitan. Huu..tak sangka jugak terpilih exco yang aku nak tu since kerja-kerja publisiti ni boleh  la untuk aku buat. Depa tanya kenapa tak mintak jawatan MT? Hehe..sokay takpe la biar aku nak mula dari bawah. At least dapat develop soft skills sebab as management student, kita memang kena ambik tau la benda2 pasal pengurusan ni, camna nak handle program, paperwork dan sebagainya sebab nanti kat alam pekerjaan pun memang akan terikat dengan kerja-kerja pengurusan. Apa-apa pun, setiap tugasan yang diberi nanti aku akan cuba laksanankan sebaik mungkin. InsyaAllah.


First meeting bersama para MT dan Exco baru. Just ice breaking dan briefing tentang program terdekat. Kebanyakan exco dari semester 1, dan start semester ni HRMC ada bukak jawatan untuk timbalan exco sebab tu la macam ramai jugak. Agak busy sikit sem 3 ni since banyak program akan berlangsung dari semasa ke semasa.


Baru-baru ni jugak HRMC ada menganjurkan perjumpaan bersama penyelaras  kelab, iaitu Dr Faizal. Objektif utama adalah untuk membincangkan tentang ketidakfahaman berkaitan dengan subjek-subjek wajib dan elektif yang perlu diambil oleh pelajar jurusan Sumber Manusia. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. 

Yang kat bawah ni pulak, next program yang kitorang akan jalankan hari Selasa , 14 Oktober ni. 


Setiap MT dan Exco dikehendaki menjadi pengarah program untuk program masing-masing yang akan dijalankan nanti.nanti. Meeting, meeting dan meeting lagi. Huu so now aku tengah dok plan nak buat program apa. 

Last but not least, majulah HRMC untuk UUM. cewahhh semangat sangat !