Friday, 26 September 2014

SO DAMN MISSING YOU..


Assalamualaikum, selamat tengahari.

Serious cakap, tak tipu..aku rindu giler kat dia. Tahap maksima tak terkata..tapi sekarang aku hanya mampu berdoa dari jauh. I dont want anything bad happen to him..like seriously.. :-(

Lebih kurang dalam 2 minggu lepas la aku dapat bad news dari mak aku. Katanya, Nakatsu dah beberapa hari tak balik rumah. Sedih tak terkata lah. Menangis jugak aku. Yela..tak pernah-pernah si Nakatsu tu buat macam ni. Selalunya paling jauh pun dia pergi merayau kat area selang dua bijik rumah dari rumah aku ja. Ni sampai berhari-hari tak balik. Dah kenapa..huu. Risau giler aku..tak keruan pulak dah macam orang baru lepas putuih cinta..uwuwuwuu. Mana taknya, dah lama dah kitorang bela dia.. Bulan 11 ni genap la setahun umur Nakatsu n abang-abang dia tu. Tak tau la kalau dia dah jumpak jodoh ka, sesat jalan nak balik or apa-apa. Tapi..aku nak sangat dia balik semula ke rumah.. Hmm. 

So..this is my beloved Nakatsu yang aku terindu-rindukan sangat ni haa. Yang lain-lain kat rumah tu pun aku rindu jugak..Sano, Mizu, Nicky, Hibari, Oscar, Hiro, Mika and lagi 2 ekor belum kasi nama..

 Masa ni umur dia dalam 5 bulan rasanya. Chubby kan..huhu. Harus la chubby, sebab jenis makan banyak macam tuan dia jugak.. Sangat manja..selalu lepak-lepak kat bilik aku. Lepas bagi mandi ja, dia gedik2 buat sejuk..lepas tu tertido atas riba aku. Heee..perangai tu kenapa la kiut sangat Nakatsu oii..


Sano & Mizu

Dua hero kat atas tu pun dah besar sekarang..rinduuuuuuu! Mother rindu sangat kat korang haa.. :-(

For those yang tak ambik port langsung pasal kucing, mesti tak rasa apa yang aku rasa sekarang. Once kau dah sayang sangat2 kat something tu, mesti la kau nak dia selalu dalam keadaan yang baik saja kan. Ni la yang aku rasa.. bila dah balik ke UUM ni, mula la risau pasal makan minum diorang..sakit ke apa. Mujur la ada mak kat rumah..boleh tengokkan diorang ni. Tazzabar rasanya nak balik rumah minggu depan, biar aku seniri pergi cari si Nakatsu tu dengan harapan jumpak dia dalam keadaan yang selamat. huuu. 

Teringat pulak kisah  satu malam tu, aku tengah on the phone dengan si FA kat luar bilik, aku bertenggek la kat koridor..then aku ternampak la seorang manusia ni berkelakuan yang agak mengguris hati nurani aku ni..huhuu. Dia keluar bilik, ada sekor kucing ni tengah landing kat kasut dia depan ointu tu..dengan rasa marahnya dia halau kucing tu siap tendang2 lagi..tapi takdak la tendang teruk kan..masalahnya tak payah la sampai halau dia macam tu. Kucing tu just nak duduk ja kat luar pintu..tak daknya dia nak berak ke apa kat kasut kau tu. Erghhh plis la manusia..aku sedih tengok.. Kucing ni haiwan kesayangan Nabi tau tak, tak boleh ka layan dia elok-elok.. sigh..  :-(


1 comment:

  1. tah la.. macam2 orang. nak marah pasal lain tak ppasal si comel ni jadi mangsa lak

    ReplyDelete