Friday, 19 September 2014

SEMESTER 3


Ni hao !

Minggu ni dah masuk minggu kedua semester 3 aku kat UUM ni. Kelas pun dah start , memandangkan masih awal lagi, student pun dok bersantai-santai, hangout sana sini termasuklah aku. Hehe. 

Untuk semester 3, aku ambil 6 subjek yang berjumlah 19 jam kredit termasuklah ko-k.
1)  Staffing
2) Training and Development
3) Organizational Behavior
4) Business Law
5) Process Writing
6) Mandarin 1

Bermula sem ni, course aku, BHRM diwajibkan mengambil subjek Bahasa Mandarin sehingga level 3 sebab katanya semua course under COB memang kena ambil Mandarin. So, untuk ke  level 2 aku kena lulus dulu la paper Mandarin 1 semester ni. Alaaaa alaaa kenapa  mesti Mandarin, kalau Nihongo kan best jugak sebab aku dah ada basic dari Form 1 dulu, senang la if nak proceed. Tapi takpe lah tak rugi pun kan kalau kita belajar dan boleh kuasai banyak bahasa.

So far, lecturer ok la cuma untuk subjek Staffing aku tu dapat Sir Wan Din. Huu dia sangatlah rigid dengan kehadiran, punctuality, and coursework. Huwaaaa cuak pulak aku. Cara dia deliver lecture tu ok, funny and sporting tapi bab kehadiran ni haa. Aku just ada 4 lagi chance, sebab first day tu aku tak masuk kelas. Huu, total semua 5x. Aihhh berat dah la kena pi kelas sokmo ni. Takpe lah, sebenarnya tak kisah pun kita dapat lecturer mana asalkan kita pandai2 lah adapt dengan cara pengajara and survive dalam kelas dia. Bak kata Puan Azma, lecturer Business Law aku. Paper Law ni akak aku suruh score jugak, sebab dia pun mengajar subjek ni kat Uitm Seremban tu, huuu. 

Belanja satu gambar ootd. Eheeee

Besties yang sama kelas dengan aku since semester 1. Ros, Tasya, Shazana and Mira.


Orait, aku akhiri entri ini dengan harapan semoga semester 3 lebih baik dari sem-sem lepas. (Ayat klisyeeeee sangat kan) . Heheee. Hope pointer meningkat dan kerajinan aku bertambah.. Haha kbai.

No comments:

Post a Comment