Friday, 19 September 2014

OF PADANG BESAR & STEAMBOAT


Assalamualaikum semua. Entri hari ni berkisar tentang hangout aku dengan le girlfriends hari Selasa lepas. Memandangkan Selasa, 16 September tu cuti plus tak dak kelas kitorang pun plan la hangout ke Padang Besar . Bertolak pun dah petang dalam pukul 5. Susah benau nak book kereta sewa time hari cuti coz ramai pulak yang pakat nak keluar, huu. Tak tahannya, pergi sana pun pakai Waze dah memasing tak tahu jalan, haha. Kesian lahai. 


Touch down Big Field. :-p

ootd sikit. 

Muka diorang ni memang familiar sangat dah dalam blog aku, so xperlu kenalkan kot. Haha

Puas hati sebab masing-masing ada barang yang dibeli, tapi kitorang kesuntukan masa. Huu, sokay lain kali mai lagi lah. Pergi lewat petang pun tak sempat nak round lama-lama sebab pukul 7 peniaga-peniaga kat situ dah mula tutup kedai. 

Sebelah malamya, berbalik kepada tujuan asal untuk 'memerut' kat steamboat Bukit Kayu Hitam.


Banyak jugak la choices seafood kat steamboat Bukit Kayu Hitam ni dengan harga RM 13.90 per-person.  Paling best hotdog cheese dia. Tapi overall, rasanya kat Alor Star sedap lagi.  Hewww. Makan sampai lebam lah sebab memang kosongkan perut dari petang lagi, tak nak cepat kenyang katanya..haha. 


Rasanya malam tu kecoh dengan sora kami je, haha. Buat macam port sendiri pulak ka. Haihhh. *shakes head . Setelah kekenyangan , kitorang pun bergerak pulang ke Yuyuem (skema skala 8 punya ayat) Lol. Tak boleh nak lepak lama sangat sebab esoknya kitorang ada kelas awal pagi. 


Next plan ke Langkawi . Insyallah kalau takdak aral melintang, huu.


1 comment: