Friday, 26 September 2014

SO DAMN MISSING YOU..


Assalamualaikum, selamat tengahari.

Serious cakap, tak tipu..aku rindu giler kat dia. Tahap maksima tak terkata..tapi sekarang aku hanya mampu berdoa dari jauh. I dont want anything bad happen to him..like seriously.. :-(

Lebih kurang dalam 2 minggu lepas la aku dapat bad news dari mak aku. Katanya, Nakatsu dah beberapa hari tak balik rumah. Sedih tak terkata lah. Menangis jugak aku. Yela..tak pernah-pernah si Nakatsu tu buat macam ni. Selalunya paling jauh pun dia pergi merayau kat area selang dua bijik rumah dari rumah aku ja. Ni sampai berhari-hari tak balik. Dah kenapa..huu. Risau giler aku..tak keruan pulak dah macam orang baru lepas putuih cinta..uwuwuwuu. Mana taknya, dah lama dah kitorang bela dia.. Bulan 11 ni genap la setahun umur Nakatsu n abang-abang dia tu. Tak tau la kalau dia dah jumpak jodoh ka, sesat jalan nak balik or apa-apa. Tapi..aku nak sangat dia balik semula ke rumah.. Hmm. 

So..this is my beloved Nakatsu yang aku terindu-rindukan sangat ni haa. Yang lain-lain kat rumah tu pun aku rindu jugak..Sano, Mizu, Nicky, Hibari, Oscar, Hiro, Mika and lagi 2 ekor belum kasi nama..

 Masa ni umur dia dalam 5 bulan rasanya. Chubby kan..huhu. Harus la chubby, sebab jenis makan banyak macam tuan dia jugak.. Sangat manja..selalu lepak-lepak kat bilik aku. Lepas bagi mandi ja, dia gedik2 buat sejuk..lepas tu tertido atas riba aku. Heee..perangai tu kenapa la kiut sangat Nakatsu oii..


Sano & Mizu

Dua hero kat atas tu pun dah besar sekarang..rinduuuuuuu! Mother rindu sangat kat korang haa.. :-(

For those yang tak ambik port langsung pasal kucing, mesti tak rasa apa yang aku rasa sekarang. Once kau dah sayang sangat2 kat something tu, mesti la kau nak dia selalu dalam keadaan yang baik saja kan. Ni la yang aku rasa.. bila dah balik ke UUM ni, mula la risau pasal makan minum diorang..sakit ke apa. Mujur la ada mak kat rumah..boleh tengokkan diorang ni. Tazzabar rasanya nak balik rumah minggu depan, biar aku seniri pergi cari si Nakatsu tu dengan harapan jumpak dia dalam keadaan yang selamat. huuu. 

Teringat pulak kisah  satu malam tu, aku tengah on the phone dengan si FA kat luar bilik, aku bertenggek la kat koridor..then aku ternampak la seorang manusia ni berkelakuan yang agak mengguris hati nurani aku ni..huhuu. Dia keluar bilik, ada sekor kucing ni tengah landing kat kasut dia depan ointu tu..dengan rasa marahnya dia halau kucing tu siap tendang2 lagi..tapi takdak la tendang teruk kan..masalahnya tak payah la sampai halau dia macam tu. Kucing tu just nak duduk ja kat luar pintu..tak daknya dia nak berak ke apa kat kasut kau tu. Erghhh plis la manusia..aku sedih tengok.. Kucing ni haiwan kesayangan Nabi tau tak, tak boleh ka layan dia elok-elok.. sigh..  :-(


Friday, 19 September 2014

OF PADANG BESAR & STEAMBOAT


Assalamualaikum semua. Entri hari ni berkisar tentang hangout aku dengan le girlfriends hari Selasa lepas. Memandangkan Selasa, 16 September tu cuti plus tak dak kelas kitorang pun plan la hangout ke Padang Besar . Bertolak pun dah petang dalam pukul 5. Susah benau nak book kereta sewa time hari cuti coz ramai pulak yang pakat nak keluar, huu. Tak tahannya, pergi sana pun pakai Waze dah memasing tak tahu jalan, haha. Kesian lahai. 


Touch down Big Field. :-p

ootd sikit. 

Muka diorang ni memang familiar sangat dah dalam blog aku, so xperlu kenalkan kot. Haha

Puas hati sebab masing-masing ada barang yang dibeli, tapi kitorang kesuntukan masa. Huu, sokay lain kali mai lagi lah. Pergi lewat petang pun tak sempat nak round lama-lama sebab pukul 7 peniaga-peniaga kat situ dah mula tutup kedai. 

Sebelah malamya, berbalik kepada tujuan asal untuk 'memerut' kat steamboat Bukit Kayu Hitam.


Banyak jugak la choices seafood kat steamboat Bukit Kayu Hitam ni dengan harga RM 13.90 per-person.  Paling best hotdog cheese dia. Tapi overall, rasanya kat Alor Star sedap lagi.  Hewww. Makan sampai lebam lah sebab memang kosongkan perut dari petang lagi, tak nak cepat kenyang katanya..haha. 


Rasanya malam tu kecoh dengan sora kami je, haha. Buat macam port sendiri pulak ka. Haihhh. *shakes head . Setelah kekenyangan , kitorang pun bergerak pulang ke Yuyuem (skema skala 8 punya ayat) Lol. Tak boleh nak lepak lama sangat sebab esoknya kitorang ada kelas awal pagi. 


Next plan ke Langkawi . Insyallah kalau takdak aral melintang, huu.


SEMESTER 3


Ni hao !

Minggu ni dah masuk minggu kedua semester 3 aku kat UUM ni. Kelas pun dah start , memandangkan masih awal lagi, student pun dok bersantai-santai, hangout sana sini termasuklah aku. Hehe. 

Untuk semester 3, aku ambil 6 subjek yang berjumlah 19 jam kredit termasuklah ko-k.
1)  Staffing
2) Training and Development
3) Organizational Behavior
4) Business Law
5) Process Writing
6) Mandarin 1

Bermula sem ni, course aku, BHRM diwajibkan mengambil subjek Bahasa Mandarin sehingga level 3 sebab katanya semua course under COB memang kena ambil Mandarin. So, untuk ke  level 2 aku kena lulus dulu la paper Mandarin 1 semester ni. Alaaaa alaaa kenapa  mesti Mandarin, kalau Nihongo kan best jugak sebab aku dah ada basic dari Form 1 dulu, senang la if nak proceed. Tapi takpe lah tak rugi pun kan kalau kita belajar dan boleh kuasai banyak bahasa.

So far, lecturer ok la cuma untuk subjek Staffing aku tu dapat Sir Wan Din. Huu dia sangatlah rigid dengan kehadiran, punctuality, and coursework. Huwaaaa cuak pulak aku. Cara dia deliver lecture tu ok, funny and sporting tapi bab kehadiran ni haa. Aku just ada 4 lagi chance, sebab first day tu aku tak masuk kelas. Huu, total semua 5x. Aihhh berat dah la kena pi kelas sokmo ni. Takpe lah, sebenarnya tak kisah pun kita dapat lecturer mana asalkan kita pandai2 lah adapt dengan cara pengajara and survive dalam kelas dia. Bak kata Puan Azma, lecturer Business Law aku. Paper Law ni akak aku suruh score jugak, sebab dia pun mengajar subjek ni kat Uitm Seremban tu, huuu. 

Belanja satu gambar ootd. Eheeee

Besties yang sama kelas dengan aku since semester 1. Ros, Tasya, Shazana and Mira.


Orait, aku akhiri entri ini dengan harapan semoga semester 3 lebih baik dari sem-sem lepas. (Ayat klisyeeeee sangat kan) . Heheee. Hope pointer meningkat dan kerajinan aku bertambah.. Haha kbai.

Sunday, 7 September 2014

20 FAKTA TENTANG AKU



Assalamualaikum. Hari ni kasi entri fakta sikit. Nak tau 20 facts about me? 

Check it out : -



1. Nor Masmida nama aku, diberi oleh arwah tok wan yang bermaksud cahaya hamparan permaidani. Katanya lah. (Masa sekolah rendah  kengkawan panggil Mida, but start dari secondary school until now orang panggil Mas. Ayu sikit kan..phewww)

2. Dapat nickname Kelly (keli atau catfish tu) daripada Sham since Form 1. Haha ada kisah disebaliknya.

3. Sangat menggemari kaler purple. Sangat-sangat. Bleh dikatakan banyak baju kurung  and tudung kaler purple sajaaaa. Anti pink ! But now, dah mula berjinak-jinak sikit dengan pink. Orang kata jangan benci, nanti suka. Nahh hambik kau.

4. Tak suka kelantanese. Opsss. No..bukan la tak suka sangat. Cuma suatu ketika dulu aku peliks dengar orang lelaki kecek klate. That’s why la tak suka. Maaf ye. Tapi ok ja sekarang, ramai pulak tu kawan aku kat UUM ni dari Kelantan.

5. Cats lover. Kucing tu comel weh, kena la suka. Tengok rumah aku ada berapa ekor dah sekarang. Huu rindu depa. Salah satu kebahagiaan aku - bila dapat tengok kucing2 peliharaan aku (and kucing mana2 je la) makan dengan banyak dan berseleranya. Kalau ada duit poket lebih, aku akan beli makanan kucing sikit then bawak pi Dpp untuk kucing-kucing yang singgah depan bilik aku then aku bagi la depa makan. 

6. Die hard fan of Lee Min Ho oppa and Abang Fahrin Ahmad. Dari dulu sampai sekarang. Hati tak pernah berubah lagi. Lalalalaaa (Rasa eksaited tahap karma sebab pernah bergambar dengan  Abang FA hari tu )

7. Melting bila tengok lelaki berkulit sawo matang, berbadan katang, berambut spike dan tinggi. Hehehehe. Tapi..kalau calon suami, tak kisah sangat pun asalkan dia baik hati , caring dan menjaga agamanya.

8. Pernah jatuh hati kat seorang lelaki berumur 28 tahun. Hahahahaha. Well, suka camtu je la. Tapi, taste aku memang yang berusia lebih tua dari aku pun.

9. Kadang-kadang blur. Sampai orang dah cakap banyak kali pun aku dok buat blur jugak. lol

10. Sangat pendiam dengan orang yang baru dikenali. Tapi kawan2 yang kenal rapat dengan  aku tau la aku jenis banyak macam mana.

11. Tak suka girlish2 . Pendek kata, jenis simple lah. 

12. Lebih suka pakai tudung bawal berbanding shawl.

13. Love music. Euphonist . selalunya layan lagu yang tak berapa rock dan tak terlalu sentimental n jiwang. Kalau lagu jiwang sangat tu rasa geli pulak. Hewheww

14. Bercita-cita menjadi seorang guru, pensyarah. 

15. Sukakan aktiviti yang agak lasak dan outdoor EVEN  diri ini nampak ayu dan sopan. (Mohon jangan tampar saya..huhu)

16. Kalau nak mesej, tak suka if tak  ada intro and ending. 

17. Cepat nervous, sedikit clumsy kadang-kadang. Huk . Tapi ada yang cakap kadang-kadang aku ni nampak bersahaja. 

18. Suka spam gambaq kat Instagram. Hewhewww sorry my followers.

19. Tak makan bawang and sayur-sayuran hijau. Tapi bayam, kangkung and kubis tu boleh gagah la makan.

20.  Sensitif, kuat cemburu, kuat merajuk. Haihh buruk benar perangai kan. Entah, agaknya yang lahir bulan 1 memang macam ni kot. Kesian la kat ‘dia’ yang selalu kena pujuk aku ni. Huhu