Thursday, 14 August 2014

RAYA 2014




Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Kosong-kosong naa.. (ayat cliche sangat..huu). Masih dalam mood raya? Of course la kan, raya sebulan..open house pun still dok ada even dah 18 Syawal hari ni.  Camna korang punya raya? Alhamdulillah sempat lagi merasa Ramadan dan Syawal tahun ni. Entah tahun depan sempat ke tidak kita taktau. Hope semuanya ok saja biarpun dalam mood yang sederhana.
 
Ok guys, takdak apa sangat lah aku nak story lagipun tak banyak gambar suasana hari raya nak share. If cerita pasal balik kampung, aku dah biasa sangat lah sebab aku pun memang tinggal kat kampung Batas Pinang, Nibong Tebal ni haa. Rumah tok sebelah abah pulak kat sempadan Pulau Pinang dengan Perak  ja..Kampung Tebuk Jawa, Perak. Nampak jauh tapi kalau naik moto 5 minit dah sampai. Sampai tak feel nak balik kampung, haha.
Macam biasa, pagi raya tu ada sesi bersalaman mintak maaf dan pi sembahyang sunat hari raya. Agak meriah jugak sebab Abang Pizan, aku punya step brother  beraya kat kampung tahun ni dengan wife and anak dia. Balik tu sementara takda tetamu datang beraya, kitorang bergambar dulu. Hok paling kuat selfie aku dengan akak la..adik tu jadi tukang snap ja..haha.



 Selamat hari raya dari Cik Mas dan suami. Suami takdak, kena outstation..haha.. Muhong sangat..acah-acah ja. :-p

Dengan adik. Besaq dah dia, tinggi pulak..dah macam abang aku. Tahun ni ambik SPM elok-elok naa..

Tema Emerald and maroon. :-)


Esoknya raya kedua kat Ipoh, rumah Mak Su and Pak Su ada buat kenduri sikit.


Ootd Raya Day 2. 

Sempat bergambar dengan Ahmad Zulkifli jap, anak sepupu aku. Sepetnya mata tuu.. I loike baby boy ! hehe

 Akak & adik :-)

 My beloved mother. Over lighting ni..nampak putih sangat aihh..hehe.

Dengan Cik Laila.. Alhamdulillah dah dapat kerja tetap mengajar kat Uitm Seremban. Next year, kalau dia ni dah kawin..makin sunyi la rumah..huu

Welfie sedaih..ehee

Yeayy dapat jugak kumpul duit raya pada umur 21 tahun ni. Haruslah selagi masih belajar, belum bekerja dan belum berkahwin kan. Sepatutnya yang masih belajar la kena dapat duit raya banyak, sebab kami nak pakai duit. Ni bagi bebanyak kat budak-budak buat apa, depa nak beli mainan ja.. Yedop? Bhahaa..



Lepas balik dari Ipoh petang tu, singgah Mydin Parit Buntar kejap beli apa yang patut untuk esoknya. Tak cukup sorang dalam gambar ni, kakak kedua aku. Biasa la dah kahwin kena beraya kampung suami..huk.

Selfie raya ke-3. Ehee. Off to Sik, Kedah sebab ada kenduri sedara. 

Esoknya raya keempat beraya dengan kawan-kawan pulak. Setelah sekian lama tak jumpak dengan member2 sekolah rendah aku (SKSA) ni. Sekali dapat jumpak, banyak sungguh nak story..huu memang kecoh la.

Aidiel, Fauzan, Sabri, Sazatul, me and Wani. 


Wif Mat B, nickname rare sangat..haha. Asyik dok bahan aku ja hari tu. Mentang-mentang lama tak jumpak. Takpa la aku kasi can..haihh. Dulu masa darjah 5 dok sebelah dia ja dalam kelas. Hari-hari kot kena buli..pity me. :-/


Petang tu pulak beraya dengan secret admirer. Haha ya2 jaa. Lepak kat Aeon Bukit Mertajam kejap..ingat nak tengok wayang tapi tak sempat. Ohh pandai-pandai ja adik dia snap gambar curi ni..lol. Tq belanja sushi, hikss.

My Pak Ajis. :-)

Doa aku dimakbulkan jugak nak beraya dengan Abah tahun ni. Alhamdulillah. Dah berapa tahun tak jumpak. Sebenarnya, dia pak teh aku..i used to call him Abah sebab dari kecik lagi aku memang manja sangat dengan dia. Balik sekolah ja Abah datang ambik., bawak pi jalan-jalan, plus and rapat setiap minggu mesti ada hari untuk tido rumah dia..lagipun dekat ja dari rumah aku. So, dia dah macam abah kedua aku. Tapi sejak divorced dengan mak teh, kitorang jarang jumpak sebab Abah dah pindah rumah. Tu agak menyedihkan la.. Nak buat macam mana kan jodoh tak panjang. Memang rindu sangat la, that's why aku harap sangat dapat beraya dengan dia tahun ni. Dapat jugak..huu happy nya rasa.



Sampai sini saja la yang aku nak story. Thanks untuk yang sudi baca. If ada typo detected, rajin-rajinlah  lah korang auto-correct sendiri ehh.. hehe. Ok bye !




















No comments:

Post a Comment