Thursday, 14 August 2014

BAKSIS DPP BANK MUAMALAT 2014


Assalamualaikum semua. Huiii dah sebulan lebih tak update blog, biasa la cuti kan..rumah takdak wifi..sobs. Ni baru ada kesempatan nak update pasal Baksis DPP Bank Muamalat yang aku join bulan 6 lepas. Cerita tak basi lagi kot…haha.

Program Baksis kitorang ni dijalankan selama 3 hari 2 malam, dari 24-26 Jun bertempat di Kampung Raga Yan, Kedah. Tak ramai sangat pun yang join, dalam 30 orang saja..mungkin sebab Dpp kitorang ni semua girls takdak boys. Objektif utama Baksis ni adalah untuk menjalankan bakti siswa, menjalin ukhwah antara pelajar dan orang kampung serta  di samping menerapkan nilai murni kepada mahasiswa. Tapia da jugak kot yang pergi sebab takmau kena apung ke DPP lain. Yedop? Hihii. Dari Sintok ke Yan tu ambil masa lebih kurang 2 jam lebih saja. 


Seusai sampai kat sana, orang-orang kampung dah siap tunggu untuk majlis perasmian program untuk hari pertama. Yang tak boleh blahnya kami dibawak naik apa nama dia, jip unit penguatkuasa tu sebab bas tak boleh masuk dalam jalan sempit. Haha lawak betul , tapi semua tu pengalaman. 
 Yang ni la. Haha

 Majlis perasmian 

Program kami dirasmikan oleh JKKK Kampung Raga Yan sendiri, Encik Faizal diiringi felo Dpp Bank Muamalat, Encik Sobri.. Kedatangan kami disambut baik oleh orang kampung. Lepas makan tengahari, kami dipelawa oleh mak-mak dan ayah-ayah angkat masing-masing. Aku dapat dengan Zana..actually tukar partner..takmau berpisah katakan..macam belangkas pun ada. .haha. Wuuu tazzabar. First time dapat family angkat. 

 
Ni la rumah family angkat kitorang. Tapi..Pak Yusof ni just suruh kami panggil depa tokwan n tok since cucu dia pun ada yang sebaya kami plus umur pun dah dekat 67 tahun. Hehe..ok tokwan pun tokwan lah.Lagipun umur abah aku lebih kurang dia ja. Peramah sungguh tokwan ni, layan kami baik ja. Sebelum ni pun dah banyak dia terima anak angkat sebab selalunya banyak Universiti yang buat program bakti siswa kat kampung ni. Petang tu jugak tokwan jamu kami semua durian dengan pulut. Banyak giler kot aku makan entah berpa ulas dah. Best rumah area sini sebab kawasan dusun.. tepi rumah tokwan saja dah ada pokok manggis, durian, rambutan, cempedak..nangka. Fortunately, kitorang datang masa musim buah so memang makan buah la tak henti..hehe


Siap ada pondok lagi tepi rumah. Santai. Kat bahagian tepi sekeliling tu ada landskap. Huu rajin tokwan buat ye..

 Mohamad & Qaseh

Qaseh, sedap nama dia comel pulak tu kan. Mula2 aku ingat budak ni boy. Yela tengok dressing la tak nampak macam perempuan langsung. Huu. Tapi dah tokwan cakap, tengok nama dia la..baru aku taw dia ni gegirl. 

see, dah la photogenic. 

Petang tu jugak tokwan ajak kait buah manggis. Kami pun ON saja la. Bab makan laju kan, Mas. Eheee


  Ada 4 orang tak silap aku cucu tokwan yang tinggal sekali dengan dia. Comel kan..masa mula-mula malu lagi dengan kitorang pastu dok melekat saja la main dengan depa..huu. Kejap ja dah friendly ngan kitorang.

Malam tu pulak selepas maghrib, ada program bersama Anak-anak Yatim Rumah Budi. Tak buat apa sangat pun, just ada beberapa aktiviti LDK  .

 

 Pehal aku nampak 'gemuk' ni? Sobss

Dalam pukul 11 camtu dah balik rumah masing-masing. Tak boleh tidur dengan kepala pening giler mungkin sebab makan durian banyak sangat..huu.

 Bilik dah siap tersedia. "Zana u tido katil single okay. I takboleh tido dengan orang lain." Haha..mengada. Nope la, siyes aku kalau tido memang conquer katil..bukan apa, kalau tido berdua or ramai2 nanti tak comfort and memang aku takleh tido. So, incik suami aku nanti tido atas sofa la . Opssss. Hahahaha kesian.


Hari keduanya, aktviti bebas bersama keluarga angkat masing-masing. Cuma pagi tu ja kitorang ada slot motivasi bersama pensyarah UUM, Dr Fauziah Mohd Noor  bertajuk Perkahwinan dan Penceraian. Dah kenapa mesti tajuk ni? Lol. Tapi banyak jugak la info yang aku dapat since dia banyak bercerita pasal hal-hal gerbang perkahwinan, then ada sentuh pasal topik kahwin muda, couple kat u, punca ceraian and banyaklah. Antara yang aku ingat lagi dia kata,  sebelum nak kahwin ni kita kena ready dari segi kewangan, hati, restu, hak , tanggungjawab etc. Yang penting, kena dapatkan restu mak dan ayah, second buat istikharah dan perkahwinan seeloknya sekufu ( sama padan). Yela..kalau tak dapat restu mak ayah, tak ke mana la usia perkahwinan kita. Mula-mula boleh la bahagia, tapi nanti mesti timbul masalah jugak sebab tu banyak kes cerai saban hari. Istikharah. Kadang-kadang kita dah kenal orang yang kita suka tu dalam jangka aktu yang lama..contoh la kenal dari sekolah, berbelas tahun lamanya..tapi seeloknya kita cuba buat istikharah untuk dapatkan petunjuk. Sebab boleh jadi kita dah takdak rasa apa dah pada dia dan itu menunjukkaan bahawa dia bukanlah jodoh atau yang terbaik untuk kita. Kadang yang kahwin ni kenal sebulan ja..sebab JODOH. So that’s why la istikharah itu penting. 

Yang ketiganya, sekufu. Contohnya, si lelaki ni dari family yang biasa, mak ayah tinggal kat kampung tapi pasangan dia dari family berada, anak Datuk, pendek kata spesis urban la kan. Sebelum kahwin memang la pasangan tu boleh terima seadanya, tapi boleh jadi selepas kahwin dia punya perangai berubah. Kata la, si perempuan tadi tu tak selesa tinggal kat kampung si lelaki, sebab panas, takdak aircond dia mesti akan look down dekat family suami ni. So ini yang kita taknak. Biar kita cari yang sekufu, senang cerita. Ini ja lah yang dapat aku kongsi, tapi memang banyak la yang Dr cerita  buat aku rasa cuak pulak nak kahwin. Haha. 

Sebelah petangnya kitorang berkelah kat Sungai Raga. Belakang rumah tokwan angkat kami ja rupanya..yang aku dengan Zana pi guna jalan jauh..haihh. Yang bestnya air kat sungai ni bersih , jernih dan still terjaga denga baiknya. So nak mandi pun takdak la ragu-ragu sangat.




 
 Manggis dengan durian lagi.. lalala

 
Malam:  sesi ceramah dengan Ustaz Mahathir tentang ‘Ramadan yang dirindui.”

Keayuan dalam muka yang mengantuk..huhu

Esoknya pulak, program terakhir sebab dah tiga hari kitorang ada kat sini. Program bersama Murid-murid Tahun 6 SK Langkasuka. Just ada slot motivasi disebabkan UPSR kan dah tak lama lagi serta aktiviti bersama dengan diorang. Kami selaku fasilitator kena guide diorang untuk LDK. 




 


 Sedikit taklimat daripada ketua fasi, Kak Nana


Diorang dikehendaki explain tentang nama kumpulan, sebab pilih nama tersebut dan cheers.


Sporting jugak dioran g ni, dengar cakap so tak susah sangat la nak handle. Ni budak group aku..nama Panda, tengok ketua diorang la..cute haha. Aku pun nak sama tinggi dengan diorang ja..tumbesaran terbantut ke hapa? lol
 
Habis ja program dengan SK Langkasuka, kitorang balik rumah keluarga angkat masing-masing untuk makan tengah hari, dan kemas-kemas sebab petang tu dah kena bertolak balik UUM. Sebelum balik, ada majlis penutup dan sesi bergambar.

 So, this is our tokwan angkat. Tak sempat pulak nak bergambar dengan tok.





Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan lancar. Walaupun rasa macam tak banyak aktiviti dengan waktu yang singkat macam ni tapi ok jugak la sebab ada jugak pengalaman and benda baru yang kami belajar sepanjang berada di Kampung Raga Yan ni. Terima kasih untuk semua yang terlinat, especially tok dan tokwan angkat aku yang layan kami dengan baik. Ada masa nanti insyaAllah kita jumpa lagi ye. :-)






No comments:

Post a Comment