Saturday, 21 June 2014

SAYONARA SEMESTER 2


Assalamualaikum rakyat dunia sekalian. Rasanya masih belum basi kot nak update entri ni. Dua tiga hari ni seusai saja habis final exam , sibuk pulak aku dok melayan drama korea Emergency Couple tu. Best tahap la. Apa orang Korea kata, daebak ! Bukan nak cerita pasal drama korea tapi nak cerita pasal the end of my Semester 2 . Wuhuuuu~

Dengan berakhirnya paper Human Resource Management BSMH 2013, maha berakhirnya perjuangan  semester 2 aku kat UUM ni. Ayat cliche sangat, huu. Alhamdulillah. I've tried my best, dengan harapan dapat result yang baik nanti. Mohon tak kena repeat apa-apa paper. Aminnnn.

Nak dijadikan cerita, petang Rabu tu jugak aku dengan le members pi Alor Star Mall. Nak relese tension katanya. Actually memang dah plan lama pun, lepas exam ja nak pi karaoke. So, macam biasa geng anak dara pingitan berempat ni la - aku, Ikah, Jieha n Dieba. Haha ayat menyampah sangat.


How To Train Your Dragon 2 menjadi movie pilihan kami hari tu. Cerita ni memang best tahap karma. Serious talk. Ada part yang sedih masa ayah Hiccup tu mati and Toothless dia kena ambik dengan orang jahat tu, aku nangis kot. Sedih la haiihhh. Haha buat touching boleh. Rasanya hingaq dengan suara kami berempat ja dalam hall tu. Toothless sangat la cute, rasa macam nak bela dragon pulak buat jadi pet lepas tengok cerita tu. :-p


Maleficent ja tak sempat nak tengok lagi. Sobss.

 Lagu Penghujung Cintaku - duet dengan Jieha. Hmm nanyi lagu ni teringat pulak kat sepet. Lol



Lepas habis tengok movie, karaoke dulu sepam dua before maghrib. Not bad la bilik dia, ada aircond, RM20 for 1 hour. 

Tak sah kalau tak snap pic sorang. Hehe ni Cik Mas.

 Mek Jieha

 Mek Ikah

 Cik Adiba 






Sweet tak ittew ngan roomate, ekekke 

Ni la kami, gila camera nak pulak ada monopod. Lagi la pakat pulun welfie tak kisah ada orang tepi kiri kanan depan belakang. Pedehal? Hahhaa

Singgah makan jap kat gerat Tom Yam atas sikit dari Alor Star Mall tu, tak ingat nama gerai makan dia. Yang pastinya Tom Yam dia perghh nala punya kaw baq hiang. Sedap , pedaih, sedikit masam, dan cukup rasa. (Haaa tediaaa keluaq dah dialek utaqa aku ) . Lepas makan tu, terus gerak nak pi Happy Fun Park yang kat tepi stadium tu. Unfortunately, tak buka pulak funfair tu. Hmmm so hearbroken...nak jerit nak relese stress tapi tak bukak pulak. Aihhh potong betul la. Huhu..  So dah takdak apa nak buat, kami pun balik la. Nak overnight memang tak lah, pagar tutup pukul 12am.

Malas rasa nak pack barang, kemas2 bagai. Tu la benda paling malas aku nak buat setiap kali hujung sem. (Phewww baru 2 sem. ihikss). Tapi, 27hb baru balik Penang sebab aku join Baksis (Bakti Siswa) under Dpp Bank Muamalat , 24-26hb ni kat Yan, Kedah. Ala, sesaja nak cari pengalaman, teringin nak ada family angkat dan...kalau pi ni tak kena APUNG. Hihihiiiii. 

Ok guys, thanks baca sampai hadam. Tunggu entri seterusnya . Stay tune ! Sayonara!








No comments:

Post a Comment