Friday, 9 May 2014

GRADUATE CHARACTER BUILDING 6 (GCB )



Assalamualaikum, selamat malam. Pagi tadi telah berlangsungnya Graduate Character Building (GCB) untuk semua pelajar semester 2 . Bukan GCB McD tu k. :-p  Program di bawah anjuran Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia ni dijalankan berperingkat sebanyak 6 modul yang meliputi modul seperti pengurusan emosi, hubungan interpersonal dan identiti diri. Rajin jugak pi, tak pernah lagi aku skip dari GCB 1 sem lepas. Haha bangga jap. 


Tekun mendengar taklimat dari kaunselor yang bernama apa aku taktau sebab kitorang masuk lambat. Sentap jap kena dengar leteran Abg Ashman, huu.

Pengisian yang disampaikan oleh kaunselor tadi banyak menyentuh tentang aspek hubungan kemanusiaan, mengenali diri,  dan kehidupan. Best jugak sebab dia jenis kelakar plus banyak tunjuk video. 


Macam biasa, pakaian semi formal. Waktu rehat selepas Slot 1 digunakan sebaik mungkin untuk bergambar. LOL

Dari hujung Zana, Ikah , Deeba

Untuk slot 2, kaunselor tu  suruh lukis gambar kambing untuk menggambarkan personaliti diri.

 
Ni hasil lukisan 'kambing tough' aku. handsome tak? HAHA mohon jangan gelak over.

Best kan jadi kaunselor, kita boleh tau personaliti orang tu macam mana sebab its all about psikologi. Dengan lukisan pun kita dapat tau orang tu perangai macam mana, suka buat apa, malas ka rajin. Kaunselor tu kata kalau kita lukis pastu kerap sangat padam makna kata kita ni jenis yang sukar untuk buat pilihan. Mengikut tafsiran lukisan aku ni,   gambar berat ke sebelah kiri - seseorang yang sukakan keindahan, tetapi sering kecewa dalam percintaan. Ohmyyyy haha ni macam ada betul jugak. Wuwuwuw. Ada tanduk - seseorang yang suka memberontak. Yang ni tepat sekali. Memang aku jenis suka berontak pun dalam situasi tertentu la. Then ada janggut - bermakna dia sukakan lelaki yang beriman. HAHA takla ni main-main ja,. Yang tu je la serba sedikit yang dia describe, nak tau lebih lanjut kena serbu Pusat Kaunseling la pasni, eheee.

GCB kali ni habis awal, 10.30 . Last sekali ada sesi bergambar. Dengan tamatnya modul ni, maka berakhirlah keenam-enam GCB kitorang . Tunggu dapat sijil pulak. :-)

No comments:

Post a Comment