Saturday, 17 May 2014

FOR THE FIRST TIME - SCUBA DIVING


Assalamualaikum. Semalam aku dapat satu pengalaman baru. Wuhuuu~ Aku join scuba diving under Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UUM bersama beberapa orang team Palapes bertempat di Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Star. Sebelum bertolak ke sana, kami diberi taklimat dulu oleh Encik Zahrin selaku Travel Agent.






Lepas solat Jumaat, kami terus bertolak ke sana.


 Ni la Pusat Akuatik tu. Belakang Muzium Padi je rupanya. Besar la jugak. Tapi masa ni tengah renovate so tak berapa ramai la orang.


Alat-alat untuk berscuba. Yang macam kaki itik ni nama dia fins, pastu ada air tank, regulator, bouyancy compensator, pressure gauge dll.

Sebelum tu, kami diberikan briefing oleh jurulatih tentang cara-cara untuk memakai alat-alat scuba ni. Air tank tu berat nak mampus, dah macam tong gas biru yang kecik tu dah. Huu. Jurulatih jugak bagitau untuk sink and float dengan menekang button inflator dan deflator.



Then, lepas tukar pakaian, kami dibawak ke swimming pool yang kat luar tu untuk imbangkan diri dalam air, dan test pernafasan menggunakan mask & snorkel. Panas terik dah la takda bumbung.




Pukul 4pm masa ni. Burn dah muka aku. huhu


 

Takdak swimming suit muslimah, pakai macam ni pun takpa kot. :-p



Then, tba la masa yang dinantikan. Satu sesi dalam 8 orang terjun dalam pool tu dan diberi masa lebih kurang 10-15 minit. Before this, aku terfikir jugak, if tak reti berenang macam mana? Boleh ka nak main benda ni? Haha. Scuba ni tak kisah pun kita boleh berenang ke tak sebab ada bouyancy compensator tu, so kita boleh terapung la. Honest to say, aku memang tak tahu berenang langsung. Setakat nak menguak-nguak dalam air tu boleh la, lol. Tapi advantage la untuk yang tahu berenang, lagi senang nak sesuaikan diri dengan aktiviti ni.

 Mat Nordin dah ready tu. Offer nak ajar aku berenang katanya. Haha


Menanti giliran. Snap pic dulu. Sebenarnya cuak, so aku nak masuk dalam sesi last2. Huhu

 
Sporting ja jurulatih kat sini. Ajar dan layan karenah kami dengan penuh kesabaran, ehee. Cuak jugak sebenarnya sebab ni first experience aku berscuba. Memang aku jenis suka aktiviti outdoor macam ni, tambah yang mencabar. Eksaited ada jugak, hihi..

 Mek Zana dengan pakaian scubanya. Muka cuak tu ekceli, haha. Aku yang kat belakang tu , tengah dipakaikan belt. Lepas tu, sampai la turn kami untuk berscuba. Before jurulatih nak lepas aku kat air tu, dia tanya OK ke tak. Kalau dah konfiden baru dia tolak. Aku pun memang ketaq macam nak terkucil dah. Beranikan diri ja, sebab dia suruh langkah satu kaki lurus ke depan dan pegang snorkel tu rapat ke mulut. Rasa macam kita nak terjun flying folk weh, sebab pool tu dalamnya 3.0m haa 2x tinggi aku. Memang rasa gayat lah, tapi tak perlu risau pun sebab kita dibekalkan dengan jaket tu. Lepas tu, jurulatih tu pun tolak la..haha. Mula-mula terkapai-kapai jugak aku, pastu baru boleh stabilkan diri. Rupanya bila dah terapung dalam air, baru la tak terasa berat pun air tank yang digalas atas belakang tu. Rasa terapung je. Best memang best tapi aku still cuak. Unfortunately, aku tak berapa konfiden nak masuk sampai ke dasar pool, huu. So masuk sikit jer la sebab susah pulak rasa nak bernafas dari mulut bila pakai benda tu. Huhuuu. 

Sempat lagi peace. 

 Tepat pukul 7.00 malam, tamatlah aktiviti berscuba kami pada petang tu. Pool tu pun dah nak kena letak chlorine time camni.



Before balik UUM, bergambar dulu ramai-ramai. Bukan senang nak dapat pengalaman free macam ni, kalau sesaja nak pergi scuba kena bayar around RM150 jugak lah. Kalau nak ambil lesen menyelam, lebih kurang RM1300 camtu. Haa boleh la suatu hari nanti., hihiii pastu dapat pi dalam laut. Bestnyaaa!! Maka tamatlah aktiviti air kami , pukul 9pm baru sampai UUM. Huishhh letih amat, lenguh-lenguh badan aku. Tapi berbaloi sebab dapat pengalaman baru macam ni. Nanti hope dapat join lagi. :-)

Sekian.


8 comments:

  1. Peace lah. Bukan piece. Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha..banyak pulak typo. tq sbb bgtaw ! :-p

      Delete
  2. Gambar jurulatih x de pun. Hahahaha. Bleh x emailkan kat saye gambar koleksi yang ade time try out scuba 2. Nie email saye neo7amin@yahoo.co.nz... thanks. :)

    ReplyDelete
  3. Gambar instructor x de pun. Hee. Bleh x emailkan kat saye sume gambar yang mas ade time try out aritu. Nie email saye. neo7amin@yahoo.co.nz. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. opssss maap ye Abg Muhaimin. ni pun ambil kat camera kawan. ok nanti saya email. btw betul ke tak tu maklumat yg sy share . takut silap pulak. ehee :)

      Delete
  4. Welcome :). Biasa lah tu kadang2 kita tak perasan kan :).

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaa cam nak join juga la :)

    ReplyDelete