Monday, 5 May 2014

BAKSIS KE RUMAH ANAK YATIM GEMILANG


Assalamualaikum semua. Kelab Silat Olahraga UUM telah mengadakan baksis (bakti siswa) bertempat di Rumah Anak Yatim Gemilang, Sik, Kedah. Aku bukan dari kelab ni pun tapi saja join sebab roomate aku ni jadi pengarah program so dia memerlukan  lebih kurang  40 orang fasi.


Bas bertolak seawal jam 8.30 pagi . Sik tu dah masuk dalam hulu lagi, so agak jauh la jugak dari Sintok ni. (Sintok ni pun dah kira hulu... :-P)


Lebih kurang jam 10.30 kitorang pun sampai ke Rumah Gemilang ni yang memuatkan ramai jugak anak-anak yatim dalam kalangan umur 4 - 18 tahun. Sebenarnya ni first time aku join baksis and pergi melawat rumah anak-anak yatim.

Kehadiran kami disambut baik oleh warden Rumah Gemilang ni. Katanya diorang ada program hari ni tapi rezeki kami la boleh datang jugak  sampai diorang sanggup tangguhkan dulu program lain. Breakfast dulu bersama adik-adik ni, kesian diorang mesti dah lapar terok tunggu kami lama sangat, huu.

Sesi ice-breaking terlebih dahulu.. sembang-sembang ngan diorang.. Tapi pemalu sikit budak-budak ni , yang kecoh tu terlebih kecoh pulak..haha.

Amboi..sempat selfie lagi dengan adik ni. Nama dia Aliya, umur 9 tahun

Aku perhatikan je diorang ni sorang-sorang. Sebak weh. Taktau nak cakap camna. Tengok yang kecik-kecik tu lagi la sedih. Umur 4, 5 tahun..apa la nasib diorang. Dengar cerita ada yang ayahnya hantar kat sini, mungkin dah kematian emak..hantar dua tiga bulan pastu dah tak jenguk langsung anak dia kat sini. Menangis aku dalam hati. Serious sangat menyentuh jiwa kewanitaan aku ni huhuuu. Tapi tak nangis la kat situ, berair jugak mata ni haa. Bayangkan la kecik2 dah kena berdikari, duduk asrama, yang paling sedih takda saudara mara datang melawat. Takdak parents nak bawak pergi melancong. Warden and penjaga kat sini la tempat diorang nak mendapatkan kasih-sayang pun. Kawan-kawan yang jadi teman untuk bermain. Kesian budak-budak ni, taktau la camna perasaan aku kalau ada kat tempat diorang. Sebab tu lah kita kena memuliakan anak-anak yatim and jangan sesekali menzalimi diorang. Dah la takdak mak/ayah/kedua-dua sekali weh, kita ni yang masih ada parents kira bersyukur la. Tu pun ada yang hidup mewah, mak bapak bagi macam-macam, duit boleh mintak sesuka hati, pergi sana-sini,  itupun ada yang masih berlagak dan tak bersyukur.. Allah..memang tersentuh hati aku bila bersembang dengan budak-budak ni. :-(

  
Program dimulakan dengan LDK 1 - menghasilkan bendera Malaysia menggunakan bahan yang diberi sahaja. Syaratnya - semua ahli kumpulan tidak boleh berkomunikasi kecuali hanya dengan bahasa isyarat , dan diberi duit RM1 sebanyak 5 helai sebagai tanda denda jika ahli kumpulan melanggar peraturan. Fasi pun takboleh keluarkan suara, plus takboleh pegang barang. Just boleh mengarah, sobsss. Agak kelam-kabut masa nak bahagikan group kat diorang sebab masing-masing nak group sama sekali dengan member2. Biasa la budak-budak. Aku pun macam tu jugak dulu. Nak je melekat dengan kawan baik bila buat aktiviti apapun.

Adik-adik kumpulan kitorang - Kumpulan 9

Dah siap. Cantik tak weyh? Haha. Peraturan tetap peraturan bak kata Rafi. So group aku kena ambik RM1 jugak. Huk



Rezeki Kumpulan 3 la menang kat diorang. Then, kitorang stop dulu untuk lunch dan solat Zohor.


Maaf dik, akak-akak ni memang suka bergambar. Layankan ja buat peace..  :-p


Next program diteruskan dengan  LDK2 -  membina menara yang tinggi dan kukuh dan pada akhirnya bangunan tu akak diuji dengan sebiji telur selama 10 saat. Medium yang disediakan hanyalah sebungkus straw. Haa jenuh la pikir cemana nak bagi kukuh dan stabil.

Group ni punya dah macam Eifiel Tower aku tengok.

akak fasi yang baik hati. EHeee




Setelah dikaji dan dianalisis oleh Encik Syakir (cewaahh) pemenang untuk LDK 2 ni dapat kat group 3 jugak sebab menara diorang yang paling tinggi, kukuh, dan stabil.

Program kami diteruskan lagi dengan aktiviti gotong-royong. Kemas and kutip sampah kat sekitar kawasan rumah tu. Letih pun berbaloi, dapat jugak pahala kan..

Sebelum kitorang mengakhiri program, adik-adik ni buat persembahan nasyid. MasyaAllah..sedap suara budak tu. Pandai diorang..kecik2 dah dilatih nasyid macam ni and main alat muzik..


Lepas penyampaian hadiah, ada sesi bersalaman dengan abang-abang dan kakak fasi bersama adik-adik ni.Masa ni pun aku sebak jugak. Sempat diorang pesan suruh datang lagi nanti, huu. Program ni best katanya.



Pukul 5.30 petang kitorang dah gerak balik ke UUM. Berat hati nak tinggalkan adik-adik ni..nak spend masa lama-lama lagi dengan diorang. Takpela adik-adik, nanti akak abang buat program kitorang datang lagi. Insyallah. :-)



No comments:

Post a Comment