Saturday, 17 May 2014

FOR THE FIRST TIME - SCUBA DIVING


Assalamualaikum. Semalam aku dapat satu pengalaman baru. Wuhuuu~ Aku join scuba diving under Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UUM bersama beberapa orang team Palapes bertempat di Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Star. Sebelum bertolak ke sana, kami diberi taklimat dulu oleh Encik Zahrin selaku Travel Agent.






Lepas solat Jumaat, kami terus bertolak ke sana.


 Ni la Pusat Akuatik tu. Belakang Muzium Padi je rupanya. Besar la jugak. Tapi masa ni tengah renovate so tak berapa ramai la orang.


Alat-alat untuk berscuba. Yang macam kaki itik ni nama dia fins, pastu ada air tank, regulator, bouyancy compensator, pressure gauge dll.

Sebelum tu, kami diberikan briefing oleh jurulatih tentang cara-cara untuk memakai alat-alat scuba ni. Air tank tu berat nak mampus, dah macam tong gas biru yang kecik tu dah. Huu. Jurulatih jugak bagitau untuk sink and float dengan menekang button inflator dan deflator.



Then, lepas tukar pakaian, kami dibawak ke swimming pool yang kat luar tu untuk imbangkan diri dalam air, dan test pernafasan menggunakan mask & snorkel. Panas terik dah la takda bumbung.




Pukul 4pm masa ni. Burn dah muka aku. huhu


 

Takdak swimming suit muslimah, pakai macam ni pun takpa kot. :-p



Then, tba la masa yang dinantikan. Satu sesi dalam 8 orang terjun dalam pool tu dan diberi masa lebih kurang 10-15 minit. Before this, aku terfikir jugak, if tak reti berenang macam mana? Boleh ka nak main benda ni? Haha. Scuba ni tak kisah pun kita boleh berenang ke tak sebab ada bouyancy compensator tu, so kita boleh terapung la. Honest to say, aku memang tak tahu berenang langsung. Setakat nak menguak-nguak dalam air tu boleh la, lol. Tapi advantage la untuk yang tahu berenang, lagi senang nak sesuaikan diri dengan aktiviti ni.

 Mat Nordin dah ready tu. Offer nak ajar aku berenang katanya. Haha


Menanti giliran. Snap pic dulu. Sebenarnya cuak, so aku nak masuk dalam sesi last2. Huhu

 
Sporting ja jurulatih kat sini. Ajar dan layan karenah kami dengan penuh kesabaran, ehee. Cuak jugak sebenarnya sebab ni first experience aku berscuba. Memang aku jenis suka aktiviti outdoor macam ni, tambah yang mencabar. Eksaited ada jugak, hihi..

 Mek Zana dengan pakaian scubanya. Muka cuak tu ekceli, haha. Aku yang kat belakang tu , tengah dipakaikan belt. Lepas tu, sampai la turn kami untuk berscuba. Before jurulatih nak lepas aku kat air tu, dia tanya OK ke tak. Kalau dah konfiden baru dia tolak. Aku pun memang ketaq macam nak terkucil dah. Beranikan diri ja, sebab dia suruh langkah satu kaki lurus ke depan dan pegang snorkel tu rapat ke mulut. Rasa macam kita nak terjun flying folk weh, sebab pool tu dalamnya 3.0m haa 2x tinggi aku. Memang rasa gayat lah, tapi tak perlu risau pun sebab kita dibekalkan dengan jaket tu. Lepas tu, jurulatih tu pun tolak la..haha. Mula-mula terkapai-kapai jugak aku, pastu baru boleh stabilkan diri. Rupanya bila dah terapung dalam air, baru la tak terasa berat pun air tank yang digalas atas belakang tu. Rasa terapung je. Best memang best tapi aku still cuak. Unfortunately, aku tak berapa konfiden nak masuk sampai ke dasar pool, huu. So masuk sikit jer la sebab susah pulak rasa nak bernafas dari mulut bila pakai benda tu. Huhuuu. 

Sempat lagi peace. 

 Tepat pukul 7.00 malam, tamatlah aktiviti berscuba kami pada petang tu. Pool tu pun dah nak kena letak chlorine time camni.



Before balik UUM, bergambar dulu ramai-ramai. Bukan senang nak dapat pengalaman free macam ni, kalau sesaja nak pergi scuba kena bayar around RM150 jugak lah. Kalau nak ambil lesen menyelam, lebih kurang RM1300 camtu. Haa boleh la suatu hari nanti., hihiii pastu dapat pi dalam laut. Bestnyaaa!! Maka tamatlah aktiviti air kami , pukul 9pm baru sampai UUM. Huishhh letih amat, lenguh-lenguh badan aku. Tapi berbaloi sebab dapat pengalaman baru macam ni. Nanti hope dapat join lagi. :-)

Sekian.


Thursday, 15 May 2014

BERSAMA FAHRIN AHMAD


Assalamualaikum si gadis yang cantik dan si jejaka yang kacak sekalian. Hari ni rasa happy, eksaited, terharu sesangat. Rasa macam nak bergolek-golek kat padang rumput. Ahahahaha. Happy Mas is happy !! Tengok tajuk entry dah la kan. Behave Mas, behave ! Ohh sorry I just wanna show my happiness right now. Wuhuuu~

Cerita dia camni, pagi tadi aku dapat la mesej dari member aku katanya dia tengah bersama Fahrin Ahmad. Ada program Siptik apa tah under Technologi Management punya program, dia jadi AJK and Fahrin Ahmad datang bagi talk. Ermm let me call him Abang Fahrin la, lagi mesra kot. Hahaha. Aku macam terkejut SANGAT. Betul ka dia ni. Entah-entah nak kelentong aku ja, sebab aku kan minat tahap gaban kat Abang Fahrin sejak dulu lagi. Sebenarnya, dulu suka kat Fizo Omar jugak, tapi sejak dia dah kahwin, rasa suka tu dah layu. Lol. Tapi, Lee Min Ho tetap di hatiku, waceyhhh ! Hmmm dah dia bersungguh-sungguh mengiyakan, aku pun tanpa melengahkan masa dengan penuh rasa berbunga-bunga pi la terus ke bangunan STML tu. Lagipun pukul 12.30 kelas Ecom aku kat BTA13 jugak. Takda la jauh sangat demi nak tengok Abang Fahrin secara face to face. Kesian Safwan kena ikut aku, hihiii.


First time ok dapat tengok Abang Fahrin secara live. Glad to say, dia tersangat la kacak, handsome, tough , and macho in person. Melting wehhh. Rasa macam nak pengsan je tadi, eksaited sangat. HAHAHA over la kau ni Mas. Biaq pi la, sapa suruh dia handsome sangat kan. 

Haihhh la Abang Fahrinku. :-p


Me : Ermmm..nak ambil gambar boleh? (Ekceli nak cakap, Abang Fahrin...nak ambil gambar sekali boleh..? ? Haha tapi tak terkeluar pun macam tu. lol
FA : Boleh !! (Sambil tersenyum macho ) hihikkk 
Mohon jangan jeles. Wiwiwiwiiii. Tapiii.....aku macam tak senyum sangat sebab taktau nak senyum macam mana. Rasa terharu happy sangat macam nak nangis. Eheeeee. Abang Fahrin steady ja. I loike !! Tinggi lah dia ni, dah la tough tahap, nampak aku rendah sangat. Uhuuu~

" Belajar rajin-rajin Mas, nanti lepas grad abang datang melamar okayyy."  Katanya sambil kenyit mata.

K tipu je. Ahahahaha. Jangan mimpi lah Mas. Ok ni ja nak cerita.. Happy tahap dewa sampai masuk blog baq hang. Apapun mission accomplished. Nanti kalau jumpak lagi nak selfie sama-sama sebab tadi sampai terlupa pulak nak selfie. Huhu what a waste !

Friday, 9 May 2014

GRADUATE CHARACTER BUILDING 6 (GCB )



Assalamualaikum, selamat malam. Pagi tadi telah berlangsungnya Graduate Character Building (GCB) untuk semua pelajar semester 2 . Bukan GCB McD tu k. :-p  Program di bawah anjuran Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia ni dijalankan berperingkat sebanyak 6 modul yang meliputi modul seperti pengurusan emosi, hubungan interpersonal dan identiti diri. Rajin jugak pi, tak pernah lagi aku skip dari GCB 1 sem lepas. Haha bangga jap. 


Tekun mendengar taklimat dari kaunselor yang bernama apa aku taktau sebab kitorang masuk lambat. Sentap jap kena dengar leteran Abg Ashman, huu.

Pengisian yang disampaikan oleh kaunselor tadi banyak menyentuh tentang aspek hubungan kemanusiaan, mengenali diri,  dan kehidupan. Best jugak sebab dia jenis kelakar plus banyak tunjuk video. 


Macam biasa, pakaian semi formal. Waktu rehat selepas Slot 1 digunakan sebaik mungkin untuk bergambar. LOL

Dari hujung Zana, Ikah , Deeba

Untuk slot 2, kaunselor tu  suruh lukis gambar kambing untuk menggambarkan personaliti diri.

 
Ni hasil lukisan 'kambing tough' aku. handsome tak? HAHA mohon jangan gelak over.

Best kan jadi kaunselor, kita boleh tau personaliti orang tu macam mana sebab its all about psikologi. Dengan lukisan pun kita dapat tau orang tu perangai macam mana, suka buat apa, malas ka rajin. Kaunselor tu kata kalau kita lukis pastu kerap sangat padam makna kata kita ni jenis yang sukar untuk buat pilihan. Mengikut tafsiran lukisan aku ni,   gambar berat ke sebelah kiri - seseorang yang sukakan keindahan, tetapi sering kecewa dalam percintaan. Ohmyyyy haha ni macam ada betul jugak. Wuwuwuw. Ada tanduk - seseorang yang suka memberontak. Yang ni tepat sekali. Memang aku jenis suka berontak pun dalam situasi tertentu la. Then ada janggut - bermakna dia sukakan lelaki yang beriman. HAHA takla ni main-main ja,. Yang tu je la serba sedikit yang dia describe, nak tau lebih lanjut kena serbu Pusat Kaunseling la pasni, eheee.

GCB kali ni habis awal, 10.30 . Last sekali ada sesi bergambar. Dengan tamatnya modul ni, maka berakhirlah keenam-enam GCB kitorang . Tunggu dapat sijil pulak. :-)

KE STEAMBOAT KE KITA


Assalamualaikum #villagepeople sekalian. Eh dah terpengaruh pulak dengan team #villagepeople yang dipelopori oleh abang #faizdickie kat instagram tu. Sampai terbawak-bawak dalam blog. Ehee~
So semalam aku berserta empat lagi gegirls keluar since petang kelmarin takdak apa nak buat then teringin pulak nak  akan steamboat.

  
macam biasa, ootd. Hipster sangat dengan seluar merah tu :3

Selfie beramai-ramai tak pernah diabaikan. Haha. sementara tunggu Deeba ni. Plan pergi steamboat kat Alor Star tu ja. 


By the way steamboat ni opposite dengan Hospital Sultanah Bahiyah tu ja. Orang Aloq Staq kalau tak biasa pi taktau la nak kata apa, huu. Actually kitorang tersesat jugak, sebab terlajak lepas tol tu. Nasib baik ada GPS, lol.  Boleh tahan rasa dia. Tapi yang sedihnya harga pelajar dah dimansuhkan pun since hujung bulan 12 last year. Apa guna bawak kad matrik? Sobss. So sekepala bayar RM17. makan la sampai habis, jangan membazir. waceyhhh.

  
Bukan sahaja 'rajin' memasak kat dapur, malah kat steamboat pun aku rajin. Hewheww. Aku paling suka beef balck pepper dia tu ja. Sedap. Nampak tak asyik dok pi refill and bakar daging tu ja. Haha

Ikah, Deeba and Cik Mas. 

 Bukak je blog aku korang mesti asyik nampak gambar aku ngan muka-muka ni ja kan. Of course, they are my bffs merangkap budak geng aku. Btw pic credit tu abang meja sebelah, eheee.

Selesai memenuhi ruang kat dalam perut, atau perkataan yang kurang sopannya, 'melantak' , kitorang gerak ke Giant sebab ada barang sikit nak beli. Tak jauh pun dari situ.


Roomate aku yang sengal dari sem 1 lagi. Hihikkk

Terjumpak dengan Ex pulak.. Snap pic kejap. Haha


Last but not least, sekeping pic models of the night. HAHA perasan to the max! Oh my God, I look fat. Hate it ! Mohon jangan menyampah. Cukup 5 negeri, start dari aku yang setia kat Penang, Terengganu, Pahang, Johor and Kelantan. Nampak tak 1 Malaysia kat situ, berkawan tak memilih negeri. Lulz. Pukul 10.30 kitorang dah gerak balik kampus, ingat nak pergi jugak funfair kat tepi stadium tu tapi dah lewat plus takboleh overnight coz esoknya ada GCB. 

Balik terus tido, letih shopping katanya. :-p 
Ok guys wait for the next entry k. SEKIAN. 


Monday, 5 May 2014

BAKSIS KE RUMAH ANAK YATIM GEMILANG


Assalamualaikum semua. Kelab Silat Olahraga UUM telah mengadakan baksis (bakti siswa) bertempat di Rumah Anak Yatim Gemilang, Sik, Kedah. Aku bukan dari kelab ni pun tapi saja join sebab roomate aku ni jadi pengarah program so dia memerlukan  lebih kurang  40 orang fasi.


Bas bertolak seawal jam 8.30 pagi . Sik tu dah masuk dalam hulu lagi, so agak jauh la jugak dari Sintok ni. (Sintok ni pun dah kira hulu... :-P)


Lebih kurang jam 10.30 kitorang pun sampai ke Rumah Gemilang ni yang memuatkan ramai jugak anak-anak yatim dalam kalangan umur 4 - 18 tahun. Sebenarnya ni first time aku join baksis and pergi melawat rumah anak-anak yatim.

Kehadiran kami disambut baik oleh warden Rumah Gemilang ni. Katanya diorang ada program hari ni tapi rezeki kami la boleh datang jugak  sampai diorang sanggup tangguhkan dulu program lain. Breakfast dulu bersama adik-adik ni, kesian diorang mesti dah lapar terok tunggu kami lama sangat, huu.

Sesi ice-breaking terlebih dahulu.. sembang-sembang ngan diorang.. Tapi pemalu sikit budak-budak ni , yang kecoh tu terlebih kecoh pulak..haha.

Amboi..sempat selfie lagi dengan adik ni. Nama dia Aliya, umur 9 tahun

Aku perhatikan je diorang ni sorang-sorang. Sebak weh. Taktau nak cakap camna. Tengok yang kecik-kecik tu lagi la sedih. Umur 4, 5 tahun..apa la nasib diorang. Dengar cerita ada yang ayahnya hantar kat sini, mungkin dah kematian emak..hantar dua tiga bulan pastu dah tak jenguk langsung anak dia kat sini. Menangis aku dalam hati. Serious sangat menyentuh jiwa kewanitaan aku ni huhuuu. Tapi tak nangis la kat situ, berair jugak mata ni haa. Bayangkan la kecik2 dah kena berdikari, duduk asrama, yang paling sedih takda saudara mara datang melawat. Takdak parents nak bawak pergi melancong. Warden and penjaga kat sini la tempat diorang nak mendapatkan kasih-sayang pun. Kawan-kawan yang jadi teman untuk bermain. Kesian budak-budak ni, taktau la camna perasaan aku kalau ada kat tempat diorang. Sebab tu lah kita kena memuliakan anak-anak yatim and jangan sesekali menzalimi diorang. Dah la takdak mak/ayah/kedua-dua sekali weh, kita ni yang masih ada parents kira bersyukur la. Tu pun ada yang hidup mewah, mak bapak bagi macam-macam, duit boleh mintak sesuka hati, pergi sana-sini,  itupun ada yang masih berlagak dan tak bersyukur.. Allah..memang tersentuh hati aku bila bersembang dengan budak-budak ni. :-(

  
Program dimulakan dengan LDK 1 - menghasilkan bendera Malaysia menggunakan bahan yang diberi sahaja. Syaratnya - semua ahli kumpulan tidak boleh berkomunikasi kecuali hanya dengan bahasa isyarat , dan diberi duit RM1 sebanyak 5 helai sebagai tanda denda jika ahli kumpulan melanggar peraturan. Fasi pun takboleh keluarkan suara, plus takboleh pegang barang. Just boleh mengarah, sobsss. Agak kelam-kabut masa nak bahagikan group kat diorang sebab masing-masing nak group sama sekali dengan member2. Biasa la budak-budak. Aku pun macam tu jugak dulu. Nak je melekat dengan kawan baik bila buat aktiviti apapun.

Adik-adik kumpulan kitorang - Kumpulan 9

Dah siap. Cantik tak weyh? Haha. Peraturan tetap peraturan bak kata Rafi. So group aku kena ambik RM1 jugak. Huk



Rezeki Kumpulan 3 la menang kat diorang. Then, kitorang stop dulu untuk lunch dan solat Zohor.


Maaf dik, akak-akak ni memang suka bergambar. Layankan ja buat peace..  :-p


Next program diteruskan dengan  LDK2 -  membina menara yang tinggi dan kukuh dan pada akhirnya bangunan tu akak diuji dengan sebiji telur selama 10 saat. Medium yang disediakan hanyalah sebungkus straw. Haa jenuh la pikir cemana nak bagi kukuh dan stabil.

Group ni punya dah macam Eifiel Tower aku tengok.

akak fasi yang baik hati. EHeee




Setelah dikaji dan dianalisis oleh Encik Syakir (cewaahh) pemenang untuk LDK 2 ni dapat kat group 3 jugak sebab menara diorang yang paling tinggi, kukuh, dan stabil.

Program kami diteruskan lagi dengan aktiviti gotong-royong. Kemas and kutip sampah kat sekitar kawasan rumah tu. Letih pun berbaloi, dapat jugak pahala kan..

Sebelum kitorang mengakhiri program, adik-adik ni buat persembahan nasyid. MasyaAllah..sedap suara budak tu. Pandai diorang..kecik2 dah dilatih nasyid macam ni and main alat muzik..


Lepas penyampaian hadiah, ada sesi bersalaman dengan abang-abang dan kakak fasi bersama adik-adik ni.Masa ni pun aku sebak jugak. Sempat diorang pesan suruh datang lagi nanti, huu. Program ni best katanya.



Pukul 5.30 petang kitorang dah gerak balik ke UUM. Berat hati nak tinggalkan adik-adik ni..nak spend masa lama-lama lagi dengan diorang. Takpela adik-adik, nanti akak abang buat program kitorang datang lagi. Insyallah. :-)