Wednesday, 16 April 2014

A DAY WITH MY GENG


Assalamualaikum para pembaca blog diarimrsmcbride sekalian. Rasanya lambat jugak untuk aku update entri ni, macam dah basi ja haha. Event minggu lepas punya kot. Tapi tak kira la, nak kasi story jugak.

Seperti yang dijanjikan (last minute punya plan ni) , geng nuklear telah mengadakan satu reunion, erm, tak la reunion sangat pun kira macam hangout la. Ahli yang terdiri daripada Haleeda Natasya, Affan Safwan, Nur Shahirah, Masmida Ahmad, Safwan Othman, Wafi, Sarah Lajid dan Zaidatul Atiqah. Tapi untuk kali ni Sarah dengan Zai tak dapat join kami, huu. Kami sebulat suara pilih Batu Feringghi, Penang untuk lokasi picnic petang tu. Nasib baik la depa mai ambik aku kat rumah, senang sikit nak keluar sebab aku takdak transport sendiri. Kami bertolak pun dah petang, so sampai sana lepas Asar. Masa nak parking tu, terserempak pulak dengan aksi yang tidak manis dipandang. Huk ala, aku ingatkan depa dok korek tanah ka apa tepi tu rupanya tengah buat 'projek'. Haihhh kat tepi pantai pun jadi noh korang nih. Yang aku pun blur sangat pasai pa, habis kena gelak sebab aku tak pikir pun depa dok tuttttt. haha. Pastu terus blah, macam kami ni kacau port diorang pulak. Pedehal, kira bagus la mencegah orang buat maksiat. Lol.


Ni welfie nama dia, huu. Suka pic ni sebab aku yang snap, lol.


Siap bawak bekal lagi. Memang picnic sungguh la. Kebetulan pulak masak ikan keli sambal. Haha memang kena bahan la sebab dulu aku diberi nickname "Kelly'' oleh rakan sekelas. Hadoiiii.


Pantai yang masih terjaga. Apasal aku nampak kembang semacam ni. -_-




 
Selfie is a must !

Syok la depa dok berendam lama-lama. Kami yang gegirls ni malas lah nak mandi, nak kena salin baju bagai pulak nanti. Huu


ok pic ni tak bleh blah sangat. Safwan macam dikepit oleh aku. Haha


Wuhuuu pinjam shades Affan jap nak selfie. macam comel ja, macam cantik ja. Kbai

Konon nak ambik pic lompat tapi tak menjadi. Haha

 Bajet sangat pic ni. 



Safwan dengan Affan tu dah macam abang-abang kitorang dah, bak kata Haleeda. phewww. haha. yelaa mana tak nya, kenal dari form 1 lagi..dah macam slumber dah aku pun dengan depa ni.


Hmm..tak complete jugak nampaknya geng nuklear ni. Lagi tiga orang takdop dalam gambar. Zai. Sarah n Wafi. Takpelah, ada masa nanti kita kumpul lain bagi cukup.


Penang dengan bangunan-bangunan  berpisah tiada. Huu

sempat lagi la nak pose kat sini pun. 

Sebelah malamnya pulak, ada satu lagi event wajib. Lepas makan kat Wan Zai, kami terus serbu Pacific untuk tengok Captain America. Nak dijadikan cerita si Kayu ni taktaw la pasai pa dengan dia, mandi laut sampai pening kot boleh pulak termuntah dalam kereta Wafi. Huhu...adoyaiii nasib baik Wafi tak mengamuk kat situ. Buat servis cuci kereta kejap sampai terlepas movie setengah jam. Huhu tapi gigih masuk jugak dalam panggung. Apapun Captain America lakonan Chris Evans yang handsome lagi tough tu memang super awesome lah. Rugi weh tak tengok. Memang memberi keterujaan. Biasa lah, cerita omputih ni hebat-hebat.

Habis wayang pun dah tepat pukul 12 pagi weh. Memang overnight la kami malam tu. Hmmm letih-letih. Pukul 2.30 baru sampai rumah Haleeda, sebab aku bermalam kat situ. In conclusion, objektif keluar tercapai jugak - Penang second bridge , picnic, mandi laut, makan kat Wan Zai n Captain America. Walaupun letih tapi at least moment kami bersama tu sangat berharga di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli geng nuklear ni. Tu baq hang, ayat serupa karangan bahasa malaysia dah, lol.

Nanti kita plan lagi untuk event seterusnya.. Long live geng nuklear. Aku sayang hangpa dulu kini selamanya !!!

No comments:

Post a Comment