Friday, 25 April 2014

ME AND MY BROKEN HEART


Selamat malam sayangku sekalian, pheww. Tajuk entri macam aku ja yang broken heart kan. Hmm before that, korang pernah rasa broken heart ? Orang yang pernah terjebak dengan gejala sosial seperti couple ni pernah la rasa, orang single takkan nak rasa perasaan 'bahagia' ni. Tak kisah la in case pasangan curang ka, backstabbing, tipu, flirt2 ngan girl/boy lain, two-timing and yang sama waktu dengannya. Bila dia nak kat kita, bersungguh bagai tapi bila dah bosan senang-senang ja dia tinggal kita terkontang kanting macam hapa lagi. Ehh banyak retis dia boleh buat macam tu. Rasa macam nak humban kat Lautan Hindi ja kan untuk orang yang sesedap rasa nak ssssakitkan hati kita. Aku? TIPU sangat la kalau tak pernah rasa. HAHA padan muka. Tapi tu cerita lama, zaman tak matang. Eh. Biasa la benda-benda cheesy camni kan. Sakit lagi dari rasa luka kat tangan pastu disimbah air garam weh. Giler arh, betapa parahnya rasa sakit putuih cinta tuu. Sobss sobss. Takyah nak sedih sangat lah. Cari jer la orang lain. Ramai lagi kan. Haha. Sembang kemas. Ingat senang ka nak jatuh cinta??? Ok la pasal broken2 heart ni aku tak tujukan kat sesapa pun, sama ada yang ditinggalkan atau meninggalkan tapi untuk sesapa yang mengalami situasi pahit bak hempedu ni aku suggest layan lagu ME AND MY BROKEN HEART by RIXTON .

All I need's a little love in my life
All I need's a little love in the dark
A little but I'm hoping it might kick start
Me and my broken heart
I need a little loving tonight
Hold me so I'm not falling apart
A little but I'm hoping it might kick start
Me and my broken heart

Shot gun, aimed at my heart, you got one
Tear me apart and then some
How do we call this love
I try to run away but your eyes
Tell me to stay oh why-y
Why do we call this love

It seems like we've been losing control
Somebody tell me I'm not alone
When I say

Maybe some part of you just hates me
You pick me up and play me
How do we call this love?
One time tell me you need me tonight
To make it easy, you lie
And say it's all for love


Dapatkan full lyrics kat  SINI . Adious.

Wednesday, 23 April 2014

ALL OF ME


Ada satu lagu lagi nak share dengan korang, i bet ramai giler la pernah dengar lagu All of Me by John Legend ni. Awesome tahap infinity weh, even aku pun dah addicted to this song. Sangat sangat sangat sweet, romantik, bermakna and terbaik lah.

Boleh cari lirik kat sini, and dengar kat youtube .

chorus , 

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh



, and part yang aku paling jatuh hati of course, ''...'cause all of me loves all of you, love your curves and all your edges, all your perfect imperfections.." . ouch so sweet, sesuai la kalau a man nak nyanyikan lagu ni kat pasangan dia dengan penuh perasaan. Konpem pasangan dia terharu sampai bunuh diri. Haha ni hiperbola !



Mohon nanti future suami ittew nyanyi lagu ni masa keluar dating sesama. wiwiwiwi. so please, my future man, please HAFAL lirik lagu ni. KALAU awak nyanyi lagu ni kat saya, memang saya terharu sangat sangat lah sampai nak sayang awak setiap saat. Tu baq hang. 

K BYE. 

THE TIDE IS HIGH



"The tide is high but iim holding on..i'm gonna be your number one.."

Pernah dengar tak ayat atas tu? Erm actually lirik lagu. Sejak kebelakangan ni rajin pulak aku dengar lagu omputih, selalu layan la jugak lagu melayu tapi asyik jiwang karat ja, malas aku..haha. Bila dengar lagu omputih la rasa macam feeling tu tulus ikhlas sikit. waceyhhh. 

So aku nak suggest lagu dari Atomic Kitten ni kat korang, The Tide Is High. Before that, cer tengok lirik dia dulu.

The tide is high
But I'm holding on
I'm gonna be your number one

I'm not the kinda girl
Who gives up just like that  *Oh no*


It's not the things you do
That tease and hurt me bad
But it's the way you do the things
You do to me
I'm not the kinda girl
Who gives up just like that
*Oh no*


The tide is high
But I'm holding on
I'm gonna be your 

 The tide is high
But I'm holding on
I'm gonna be your number one


Everytime that I get
the feeling
You give me something
to believe in
Everytime that I got
you near me
I know the way that
I want it to be
But you know that
I'm gonna take
my chance now
I'm gonna make
it happen somehow
And you know I can
take the pressure
A moment's pain for
a lifetime pleasure

Every girl wants you to be her man
But I'll wait right here
'Til it's my turn
I'm not the kinda girl
Who gives up just like that
Oh no

The tide is high
But I'm holding on
I'm gonna be your number one
The tide is high
But I'm holding on
I'm gonna be your number one

Everytime that I get
the feeling
You give me something
to believe in
Everytime that I got
you near me
I know the way that
I want it to be
But you know that
I'm gonna take
my chance now
I'm gonna make
it happen somehow


And you know I can
take the pressure
A moment's pain for
a lifetime pleasure


Boleh try dengar kat  sini .

Lagu ni menggambarkan perempuan tu suka dekat lelaki ni, tapi dia masih belum mampu untuk memiliki hati lelaki tu. Alaa, macam katakan la kita minat kat someone tu dia memang famous, ada crush and dengar pulak dia dah ada awek. Dah la handsome kan, sapa takmau. Hihihikkk. Tapi bila dengar dia dah ada awek tu la rasa kuciwa sikit. Tapi lagu ni macam nak kata even dia tau ramai perempuan suka kat lelaki yang dia minat tu, tapi dia still takkan berputus asa. Dia akan tunggu lelaki tu alert tentang dia. Dia takkan give up! Wuhuuu terbaiklah. Aku paling suka lirik ni, ''Every girl wantas you to be her man, but i will wait right here until it's my turn.." Hmm nampak tak kat situ kesanggupan dia? Memang la takut tak worth. Tapi mana la tahu penantian kita tu tak sia-sia, haa.. KALAU jodoh tak ke mana. haha. 

Teringat la once upon a time, aku pernah la confess feeling kat mamat yang aku berkenan teramat sangat ni, (yang takleh blahnya beza umur dia dengan aku 7 or 8 tahun kot ) bukan sahaja dari paras rupa matang dan kacaknya, tetapi sikap karisma, kepimpinan, dan ketelusan bicara hatinya tu...puii ayat novel baq hang. Haa..aku pernah weh buat benda sengal ni. Macam perigi cari timba. Tapi...tapi...huhuu...masa tu aku macam despredo pun ada. Aiyakkk malunyaaa... and ceritanya biar la aku saja tahu. Haha kbai.


I'm not that kind of girl who gives up just like that~
k ni gambar hiasan semata. phewww



Wednesday, 16 April 2014

A DAY WITH MY GENG


Assalamualaikum para pembaca blog diarimrsmcbride sekalian. Rasanya lambat jugak untuk aku update entri ni, macam dah basi ja haha. Event minggu lepas punya kot. Tapi tak kira la, nak kasi story jugak.

Seperti yang dijanjikan (last minute punya plan ni) , geng nuklear telah mengadakan satu reunion, erm, tak la reunion sangat pun kira macam hangout la. Ahli yang terdiri daripada Haleeda Natasya, Affan Safwan, Nur Shahirah, Masmida Ahmad, Safwan Othman, Wafi, Sarah Lajid dan Zaidatul Atiqah. Tapi untuk kali ni Sarah dengan Zai tak dapat join kami, huu. Kami sebulat suara pilih Batu Feringghi, Penang untuk lokasi picnic petang tu. Nasib baik la depa mai ambik aku kat rumah, senang sikit nak keluar sebab aku takdak transport sendiri. Kami bertolak pun dah petang, so sampai sana lepas Asar. Masa nak parking tu, terserempak pulak dengan aksi yang tidak manis dipandang. Huk ala, aku ingatkan depa dok korek tanah ka apa tepi tu rupanya tengah buat 'projek'. Haihhh kat tepi pantai pun jadi noh korang nih. Yang aku pun blur sangat pasai pa, habis kena gelak sebab aku tak pikir pun depa dok tuttttt. haha. Pastu terus blah, macam kami ni kacau port diorang pulak. Pedehal, kira bagus la mencegah orang buat maksiat. Lol.


Ni welfie nama dia, huu. Suka pic ni sebab aku yang snap, lol.


Siap bawak bekal lagi. Memang picnic sungguh la. Kebetulan pulak masak ikan keli sambal. Haha memang kena bahan la sebab dulu aku diberi nickname "Kelly'' oleh rakan sekelas. Hadoiiii.


Pantai yang masih terjaga. Apasal aku nampak kembang semacam ni. -_-




 
Selfie is a must !

Syok la depa dok berendam lama-lama. Kami yang gegirls ni malas lah nak mandi, nak kena salin baju bagai pulak nanti. Huu


ok pic ni tak bleh blah sangat. Safwan macam dikepit oleh aku. Haha


Wuhuuu pinjam shades Affan jap nak selfie. macam comel ja, macam cantik ja. Kbai

Konon nak ambik pic lompat tapi tak menjadi. Haha

 Bajet sangat pic ni. 



Safwan dengan Affan tu dah macam abang-abang kitorang dah, bak kata Haleeda. phewww. haha. yelaa mana tak nya, kenal dari form 1 lagi..dah macam slumber dah aku pun dengan depa ni.


Hmm..tak complete jugak nampaknya geng nuklear ni. Lagi tiga orang takdop dalam gambar. Zai. Sarah n Wafi. Takpelah, ada masa nanti kita kumpul lain bagi cukup.


Penang dengan bangunan-bangunan  berpisah tiada. Huu

sempat lagi la nak pose kat sini pun. 

Sebelah malamnya pulak, ada satu lagi event wajib. Lepas makan kat Wan Zai, kami terus serbu Pacific untuk tengok Captain America. Nak dijadikan cerita si Kayu ni taktaw la pasai pa dengan dia, mandi laut sampai pening kot boleh pulak termuntah dalam kereta Wafi. Huhu...adoyaiii nasib baik Wafi tak mengamuk kat situ. Buat servis cuci kereta kejap sampai terlepas movie setengah jam. Huhu tapi gigih masuk jugak dalam panggung. Apapun Captain America lakonan Chris Evans yang handsome lagi tough tu memang super awesome lah. Rugi weh tak tengok. Memang memberi keterujaan. Biasa lah, cerita omputih ni hebat-hebat.

Habis wayang pun dah tepat pukul 12 pagi weh. Memang overnight la kami malam tu. Hmmm letih-letih. Pukul 2.30 baru sampai rumah Haleeda, sebab aku bermalam kat situ. In conclusion, objektif keluar tercapai jugak - Penang second bridge , picnic, mandi laut, makan kat Wan Zai n Captain America. Walaupun letih tapi at least moment kami bersama tu sangat berharga di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli geng nuklear ni. Tu baq hang, ayat serupa karangan bahasa malaysia dah, lol.

Nanti kita plan lagi untuk event seterusnya.. Long live geng nuklear. Aku sayang hangpa dulu kini selamanya !!!

Tuesday, 1 April 2014

DINNER - SEOUL GARDEN


Assalamualaikum. Semalam punya cerita, aku, Ikah, Adiba and Jieha hangout ke Alor Star. Nak dijadikan cerita, kitorang semua bukan expert pun jalan area sini tapi pakai redah ja dengan bantuan signboard, Ish3..yela mana taknya, sorang dok Penang, sorang lagi Johor, Pahang plus Terengganu. Aku pulak jarang mai Alor Star ni, so mana la nak ingat jalan tu. 

Matlamat utama hanyalah nak teman Diba beli kain pasang kat Nagoya. Pastu, terus ke Alor Star Mall untuk dinner. Seoul Garden dijadikan pilihan utama. Pheww bajet korean sangat makan kat situ. To be honest, ni kira first time la aku rasmi Seoul Garden kat sini. Lol noob giler kan. Mohon jangan gelak kat aku. 





 Opsss. Ni pic google. saja nak bagi imageview lebih . Hiks
 


Kitorang pilih set student meal dinner tu. Macam biasa lah - dah bayar korang booleh ambik ja apa yang korang nak makan asalkan jangan membazir. Pakai ambik ja apa yang ada untuk steamboat tu, kimchi and yang paling aku suka beef black pepper dia. Thumbs up lah !


Pic credit to Abang Waiter. Haha

Aummmm. Btw Diba tu dah macam kembaq kak Heliza Helmi pulak kan.

 Diba n Jieha

 Ikah n Jieha

Sibuk membakar beef black pepper. Hiks

Banyak bergambar sungguh kami ni. Haihhhhh. 

Snap lagi sampai hangit apa yang dimasak. -_-

Amboiii macam nak kiss je. Macam nak kisss je. Hewhew

pic selfie WAJIB ada. :-p

Memang kenyang teramat lah. macam-macam disumbat dalam perut umpama puasa 3 hari..lol. Bak kata Jieha, kalau tak muat kat perut sumbat kat pipi. Haa sebab tu lah pipi aku makin tembun. sobss.

Lepas makan- shopping pulak. 


Last but not least, jalan-jalan then terjumpak lukisan pray for MH370 ni. Sebak.
Speechless. Hmmmm.


Jumpak lagi di next entri, readers. Sekian.

POWERBANK


Assalamualaikum semua. Hari ni terasa nak update pasal powerbank. Hangpa taw tak powerbank tu apa? Bukan sejenis makanan. Lol. Alaa, function dia untuk charge handphone, mp3, camera dan seumpamanya lah. Aku baru ja beli powerbank ni dua minggu yang lepas, dan seperti yang diidamkan sekian lama untuk ada powerbank brand PINENG.

Aku order secara online dari Aksesori Corner melalui Instagram, (Aksesori_Corner). Antara sebab aku order kat AC ni - harga memang berpatutan, dijamin original, plus service yang mantap. Kalau beli barang yang kita nak guna dalam jangka masa yang lama baik beli yang original terus kan, kalau tak ori nanti cepat rosak tak best lah. Harga termasuk postage, RM130 depends jugak pattern powerbank mana yang korang nak. Aku prefer yang PN-903 , keluaran latest dengan kapasiti 11200mAh . 


Silver. Haa nampak ekslusif sikit..yedop. So far, khidmat powerbank ni memang memuaskan lah. Boleh charge dalam 4-5 kali full untuk handset samsung galaxy core yang aku tengah guna sekarang. So, senang la kalau ada benda ni memang tak payah risau kalau nak travel mana-mana lupa nak charge handset, or bateri off. Untuk orang-orang yang suka travel macam aku ni, powerbank kena la sentiasa ada di sisi tambah lagi bila selalu online guna smartphone bateri tu kan cepat ja nak habis. 


Make sure korang beli hanya yang original ok. Sebab sekarang ni, ramai dah yang jual powerbank tak ori macam gred AAA kononnya tu.





For those yang berminat nak beli powerbank PINENG, monopod, universal lens, glass screen protector dan pelbagai aksesori untuk handphone, boleh la ke Instagram Aksesori Corner ni. Postage pun sangat memuaskan- diorang pakai pos laju aku order sehari dah sampai. Giteww.


Sekian.