Wednesday, 5 March 2014

THE CARNIVALL & AMANJAYA MALL


Assalamualaikum bloggers and readers. Mesti dah lama tertunggu entri baru dari aku kan? Sorry lah busy dengan kelas so tak boleh nak update blog selalu macam dulu, huu. 

Disebabkan takdak kelas kelmarin, aku dengan member-member plan untuk hangout. Matlamat asal dari minggu lepas lagi nak pergi main air, So kelmarin kitorang pi kat The Carnivall Water Park, Sungat Petani tu. Siap konvoi 2 biji kereta, hehe. Bertolak dari Dpp pukul 11, dalam sejam macam tu dah sampai sana. Kira pecut jugak la, ish ishh.

Kalau hari biasa macam ni, RM12 sahaja untuk adult & children. If hari minggu 20++ jugak la. Dah buat payment, letak barang apa semua and then terus terjun pakai pelampung besar. Lol.  Perghhh segar bugar terus rasa. Tapi masa tu dah tengahari kan, panas teramat kot. Burn habis kulit iolss ni, huu.


Here i am. Mandi la puas-puas sampai masuk air sebab best tambah lagi mai ramai-ramai dengan kengkawan,

Apa ni Jieha ? Hehe


Euwwww buat apa tu Zana? Haha tak senonoh. 

Sesi bergambar dengan sotong. Pun boleh. -_-
Riuh teramat tempat tu dengan kehadiran kami bersembilan ni. Sampai abang yang jaga tu pun geleng kepala sambil gelak. Haha. Izah, Ira, Ain dengan Ecah xdak dalam pic pulak.
 
Kitorang memang suka bergambar. Mohon memahami. Hihik. 

Aroung pukul 3.00pm kitorang terus gerak ke Amanjaya Mall. Lapar teramat baq hang. Yela, lama sangat berendam dalam air mananya tak lapar. Terus serbu Food Court !


It's karaoking time bebeyh ! Tuuuu sejam dok dalam ni memang bergegar bilik tu dengan macam-macam lagu. Dangdut pun tak terlepas. Haha


Nyanyi lagu Aishiteru kot masa ni. Biasa la, suara macam retis kan. Huhu. *Mohon hantuk kepala kat dinding


Koya tuuu..feeling habis mek Zana ni.. :-p

Pantang jumpak cermin besar. Haihhh


Korang kalau mai Kedah aku rasa better shopping kat Amanjaya Mall ni lagi, besar sikit la dari Alor Star Mall and City Plaza. Puas shopping? Errr entah. Aku tak beli apa sangat pun. Jimat duit la katakan, huhu. 6.30pm kitorang gerak balik UUM. Terpaksa la batalkan niat di hati untuk overnight since esoknya, Rabu ada kelas pukul 8.00 am.


Nak dijadikan cerita, masa on the way balik tu, kereta buat pasal kot. Ini memang daebak. Meter minyak memang sempat lagi, tapi tetiba ja masa nak dekat traffic light tu kereta terstop menandakan minyak habis. OMG !! Haha memang terrible horrible lah. Kitorang dah la gegirls saja dalam kereta ni. Nasib baik la kereta boleh jalan lagi ke tepi, then terus pasang lampu emergency . Minyak pun nak habis time macam ni.Malu weh. HAHA. Jalan pun agak sesat disebabkan kereta kitorang yang tengah tersadai tepi jalan tu. Jieha, Ika jalan kaki pergi beli minyak , nasib lah Caltex tak berapa jauh dari situ. Then baru la ada pakcik and abang-abang tu datang tolong. Siap bagi nasihat lecture macam-macam kat kami pakcik tu, huhu. Seriously pengalaman mengerikan kot. Hope tak jadi dah. Pengajarannya, naik kereta tu beringat la pasal minyak. :-p

Ok uolss, ni ja yang dapat aku update. For those yang sudi menjenguk entri ni, terima kasih k. Bye.

No comments:

Post a Comment