Tuesday, 11 March 2014

SINGLE ?


Assalamualaikum. Petang-petang macam ni bila berseorangan dalam bilik rasa terpanggil nak berceloteh kat blog. Tak jadi joging la memandangkan roomate aku tu keluar ada urusan, huu.

Back to the title, SINGLE ? Single boleh diterjemahkan kepada satu, seorang, alone, belum berpasangan, tak ada couple and so on. Tapi apa yang aku nak fokuskan sekarang ialah 'single' dalam kalangan remaja macam kita-kita ni. 




Boleh faham apa yang tersirat dalam gambar kat atas? Hmm pic credit to Baad, hehe. Tak payah la nak sedih sangat kalau kita single. Lagipun orang yang single ni saham dia tinggi sikit. Bukan sikit, banyak jugak la. Haha. Ok la aku bagi situasi dalam kalangan mahasiswa dan mahasisiwi kat universiti. Rata-rata golongan pelajar banyak yang aku perhatikan ada pasangan masing-masing. Pergi kelas dengan couple, pergi makan dengan couple, pergi ko-k dengan couple, pergi 'biyak' pun dengan couple. Eh?? Baju nak sama kaler ja hari-hari. Sedondon katakan. Baru sweet, hehe. Jeles ka ? Ok honest to say aku bukan lah jeles, tapi kadang-kadang teringin la nak merasa 'sweet moment' macam tu dengan bf. Biasa la hormon remaja, cenderung untuk tertarik kepada jantina yang berlawanan dengannya. Macam gegirls, terigin nak ada bf, boboys pulak nak ada gf. Tapi...tapi...sweet ka apa yang kita buat tu dengan seseorang yang masih belum halal dengan kita? Kalau setakat nak jalan sesama dengan bf/gf tu aku tak la kisah sangat. Ni sampai pegang-pegang tangan dalam kampus, bermanja-manja di khalayak pelajar lain, bermesraan. Hmm...berbulu mata ni tengok tau? Aduhaiiii... Takkan la korang couple hanya untuk suka-suka, menunjuk-nunjuk and ikut trend masa kini? Kamon la sayang-sayangku sekalian, kalau setakat couple untuk melepaskan rindu, bermanja-manja, suka-suka, takdak semua tu pun aku tak kisah. Sebab bagi aku, bagi aku la kalau nak couple biar sampai menikah. Erm pembetulan.. senang cerita tak payah couple la, bercinta ja selepas nikah. At least takdak la nak buat dosa. Tapi bagi yang dah terjebak macam aku ni, sila la ambil pengajaran. Kalau kita merasai saat-saat manis tu dengan seseorang yang belum halal, kemungkinan besar nanti lepas kahwin semua akan jadi hambar. Banyak dah kata-kata yang aku pernah terbaca daripada kalangan ustaz ustazah yang dok cerita pasal couple ni. Bercinta bagai nak 'rak' tapi kesudahannya kecundang jugak, dan yang lebih parah cinta berlandaskan nafsu sampai melahirkan anak luar nikah. Nauzubillah.. Mintak simpang semua tu.. Kuatkan la iman masing-masing, especially untuk kaum perempuan. Di mana maruah kita? Senang sangat nak bagi laki pegang, sentuh-sentuh kita even alasan uttuk aksi-aksi ringan ja. Kadang-kadang terfikir, betapa untungnya kalau kita tak pernah terjebak dengan dunia couple. 

Yelah, aku pun pernah couple, tapi dah takdak jodoh kesudahannya putus jugak. Sakit kan rasa dikecewakan ? Orang yang pernah tau saja yang faham. So bagi yang belum terjebak tu anda memang beruntung. Bagi yang sedang berjinak-jinak untuk menjauhi maksiat dan semua perkara yang melaghakan tu, jom la sesama saling mengingati. Bukan lah niat di hati ni nak bash orang yang sedang bercouple, tapi sedar-sedar la..sebab aku pun belajar dari pengalaman. Kalau kekal sampai alam perkahwinan kira alhamdulillah la. Bukannya forever alone sangat pun kalau single - macam aku, buat masa sekarang ni aku takdak rasa pun nak menjalinkan hubungan serious dengan sesiapa. Kalau betul-betul nak, aku penah cakap kat seseorang yang simpan perasaan ni, biar kita study bagi habis dulu-dah grad kerja apa semua pastu nak datang meminang, silakan. Parents aku pun of course dah kasi greenlight masa tu. Bukan setakat nak suka-suka, nak ada pasangan sebab nak hilangkan bosan. Grrrr please la, aku pantang kalau orang tu nak couple sebab sunyi. "Sunyi la takdak awek/pakwe." Habis tu, kau couple sebab bosan je? Sebab sunyi? Then bila bf/gf kau tu dah mula membosankan - kau clash then cari yang baru. Gitu? Haihhh kesian dengan manusia yang bersikap cenggini. What a waste.

Lagi satu - bak kata roomate aku, best apa single ni sebab kita bebas nak ushaaa laki-laki handsome. Haha...amboiiii. Betul la tu. Ehhh. Fitrah manusia la suka akan sesuatu yang indah. Tapi ushaaa sikit-sikit dah la, bukan ushaaa sampai berkali-kali tu dah kira berdosa beb. TAK payah fikir nak jaga hati dan perasaan pasangan kita. Yedop? Tapi once dah ada niat nak berkahwin tu bagus la. Kalau nikah terus pun ok jugak daripada berterusan buat benda-benda yang mendatangkan dosa.


Kesimpulanya, mohon clash , mohon clash dan mohon clash ! Ehhh... Haha. Dah terikut-ikut pulak dengan page @MohonClash kat Twitter tu. Hmmm ikut suka korang la, aku just nak share apa yang aku rasa, perhatikan dan patut untuk aku sampaikan. Korang dah besar, pandai-pandai fikir la apa yang patut buat ke tak. Setakat ni ja la, nak kupas panjang-panjang tunggu next entri lah if aku free. Huuu. Orait suka untuk aku ingatkan sekali lagi especially untuk perempuan - Lelaki ni kalau dia sayang kat kita, dia takkan sesekali sentuh atau pegang-pegang. Dia jaga elok-elok. Sampai masa dia akan approach kita , sekali dengan restu mak ayah kita dia dapatkan. Ingat tu.

Bye. Wasalam.

No comments:

Post a Comment